Bab 7

11.2K 68 0
                                    


Niat hati memanglah aku nak serang ayah sebaik jer dia masuk rumah. Tapi, bila aku dengar keluhan ayah, segala niat yang berkepal-kepal tadi, mengendur perlahan-lahan. Aku boleh tunggu ayah. Aku pun boleh tunggu Hadi.

Jadi, aku perhatikan ayah duduk di sebelah umi yang sedang memasukkan ikan kering ke dalam plastik. Untuk jualan di pasar tani lusa. Pastinya gerai-gerai Tauke Chin dan Pak Alang Busuk nak tambah stok lagi. Kesian aku tengok. Ayah dan umi bertungkus-lumus selama ini nak membesarkan aku.

Sampai bila lagi aku nak jadi beban hidup mereka? Dah berusia 25 tahun pun masih melekat dengan ayah dan umi. Nampak sangat aku anak gadis yang tak laku.

"Aara mana?" soal ayah, meliar ke setiap ceruk rumah.

Aku yang terlindung di balik sofa kayu, pura-pura tak dengar. Bila ayah sebut namaku, tiba-tiba pula perutku mengulas. Kecut perut? Taklah.

Padahal dalam dada dah mula bergendang-gendang. Tubuhku terasa sejuk pula.

Apa agaknya jawapan Hadi? Aku yakin Hadi salah dengar. Tengok gaya ayahku duduk tadi, dia memang tak tersilap lamar orang.

"Ada tu. Kalau tak dengar, cuba sebut nama Hadi. Dengarlah tu."

Umi...kalau bab menyakat aku memang nombor satu. Aku dengar ayah ketawa. Aku tarik muka. Bersedia dengan muka plastik. Konon-konon aku taklah kemaruk sangat nak kahwin dengan Hadi. Boleh ke?

"Aara..." ayah panggil aku akhirnya.

Tapi kenapa tubuhku keras nak bagi respon? Aku buat bodoh. Jantungku berdegup kencang. Macam bersedia naik roller coaster jer ni.

"Abang dah jumpa Hadi?" Aku dengar umi bertanya. Dan-dan, roller coaster mula bergerak.

Ayah mendehem. Dan roller coaster seakan naik tinggi mencacak ke awan. Nafasku terbang melayang sama. Jantung macam nak terkeluar dari petinya.

"Dah bincang dengan Hadi?"

Ayah mendehem lagi. Roller coaster tegak di puncak. Ohhh...minta nyawa.

"Semuanya dipermudah?"

Dan-dan roller coaster jatuh menjunam laju. Debar mengecut tiba-tiba. Aku pasang telinga. Ayah senyap? Atau ayah berbisik sesuatu yang aku tak boleh dengar? Aku korek-korek telinga. Pekak dah ke?

"Abang kena bincang dengan Aara." suara umi lain macam.

Bincang apa? Takde apa nak bincang. Aku tetap nak kahwin dengan Hadi Haririe. Tahun ni juga. Bukan orang lain. Bukan tahun depan. Aku tak mahu tunggu lagi. Bukan orang lain yang terseksa dalam penantian ni. Tapi, aku!

Cukup-cukuplah aku tunggu Hadi selama ni.

"Aara!" Ayah sengaja lontarkan suara.

Aku pejam mata. Tangan dibawa menekan-nekan dada. Alahai hati...berhenti mengamuk kat dalam tu!

"Chak!" Aku jengulkan kepala dari sofa. Mataku bulat memaku kepada ayah. Aku tayang gigi putih bersih.

"Sinilah. Ayah nak bincang dengan kamu ni." Ayah panggil aku macam biasa jer nadanya. Nada manja-manja gitu.

Yehaaa! Perkara yang aku tunggu-tunggu tu. Riak umi tak suka jer. Tapi, ayah macam biasa-biasa. Aku pun melangkah manja-manja kepada ayah.

Sampai kat sisi umi dan ayah, aku pilih duduk sebelah ayah. Aku terus jer berpaut pada bahu ayah. Seperti biasa, bahu ayah aku tekan-tekan dengan jari-jemari lembutku.

"Ayah penat kan? Kalau ayah penat, Aara buatkan air ya." Konon nak tenangkan ayah. Atau tenangkan gelora hati sendiri. Padahal umi tertawa tipis. Macam tau-tau jer alasanku tu.

RAKUSWhere stories live. Discover now