Bab 10

10.5K 66 0
                                    


Aku mahu lari terus ke pelukan umi. Tapi, di tengah-tengah pasar tani tu, aku rebah ke pelukan mak Hadi. Wanita yang aku tiada hak lagi untuk memanggilnya mak.

Aku mahu jer menangis. Tapi aku tidaklah serapuh itu. Terutamanya di khalayak ramai. Jatuhlah reputasi aku sebagai gadis tanpa harga diri.

Namun, seorang ibu yang dah lama mengenaliku, bagaikan nampak manik-manik yang disembunyikan mataku. Mak tak tunggu Hadi buka mulut. Laju jer, mak arahkan Hadi ambik kereta sementara dia menanti di pintu utama pasar tani.

Aku tidak dibenarkan ke mana-mana. Agaknya, mak nak lepaskan kerinduannya kepadaku. Aku pun sama. Entah bila lagi aku dapat berpelukan dengan wanita yang telah mendapat tempat di hatiku. Di sisi umi.

"Hadi sakitkan hati Aara?" soalan itu benar-benar mengusik. Aku tertewas.

Emak kesat air mataku. "Sudahlah. Jangan menangis. Takde gunanya nak buang air mata Aara untuk anak mak yang takde hati tu."

Aku cuba untuk herot senyuman tipis. Namun sendu tetap menyisip. Sehingga bahuku terjungkit-jungkit. Makin emak pujuk, makin berderai-derai tangisanku.

"Aara...sudahlah sayang. Aara nangis ni buat mak rasa bersalah."

Aku tersentuh tiba-tiba.

"Hadi ni memang nak kena." Mak dah mula panas. Dan-dan pula tangisanku mengendur. Macam budak-budaklah.

"Kenapa Aara nak nangis ni? Hadi tak nak kahwin dengan Aara ke?"

Spontan, aku angguk. Bibir terjuih entah kenapa.

"Hmmm." Emak mertuaku tengah fikir sesuatu. "Kalau Hadi tak nak kahwin dengan Aara, dia nak kahwin dengan siapa?"

Kan? Macam dugaanku juga. Perempuan mana nak bersuamikan lelaki hati beku tu?

"Mak rasa Hadi ada sebab yang lain tak nak kahwin tu. Janganlah Aara makan hati dengan kata-katanya. Kalau dia nak kahwin dengan orang lain, mak kan ada. Dah tentulah mak takkan setuju."

"Sebab lain?" Aku terpanggil nak tahu. "Hadi ada awek lain kat kampung ni?" Aku makin terhimpit.

"Dah tentulah ada."

"Siapa?"

"Siapa lagi kalau bukan wanita gemuk ni." Mak Hadi pusing mengereng sedikit. Macam ala-ala Miss World pula tu. Ceh! Kurus semangat aku. Ingatkan siapalah tadi.

"Kalau Miss World ni bukan boleh tambah zuriat." Nampak tak keceluparan mulut aku. Dan-dan aku terkup mulut sendiri.

Aku tak kata aku gadis perfect 10, okey. Tapi aku tak hipokrit. Dalam nakal-nakal aku, aku berhak untuk disayangi dan menyayangi seseorang.

"Sebab tak boleh tambah zuriatlah, mak berharap dengan Aara. Mak nak ada cucu tahun ni juga." Mak Hadi tenung perut aku.

Aku tenung wajah Mak Hadi tu lama-lama. Sampai bila aku nak mengharap simpati Hadi? Mengharap ehsan bakal mak mertuaku pula.

Bakal mak mertuaku sekali lagi tepuk-tepuk bahuku. Tepuk-tepuk pipiku juga. Macam tiup semangat gedik kembali ke dalam diriku agaknya.

"Aara dah dekat dah dengan penghujung. Jangan nak mengalah sekarang. Lantaklah Hadi kata apa. Alah bisa tegal biasa. Takkan hati Aara masih terasa lagi."

"Hati Aara hanya milik Hadi. Dia yang memiliki. Dia yang berhak melukai."

Alamak! Mana pula datang minah jiwang ni?

"Oh oh oh...cayang cayang Aara ni. Mak tahu Aara sayangkan Hadi. Usahalah lagi. Jangan putus asa. Mak kan ada. Mak akan tolong Aara 'cucuk-cucuk' Hadi kat rumah." Bakal mak mertuaku kenyit mata.

Planning yang sangat baik ni. Aku tak boleh mengalah sekarang ni. Terutamanya bila Hadi dah melekat kat kampung ni.

Yeppi! Aku bersorak hanya dalam hati. Aku yakin aku takde masalah nak mengandung cepat. Aku terlalu subur. Itu kata umi. Period aku lancar tepat pada waktunya setiap bulan. Tak pernah ada masalah. Jadi, bila mak mertuaku dah berangan macam tu, aku pun nak anak sebiji macam Hadi. Aku tak boleh bayangkan muka bayi aku tu muka orang lain pula.

Mungkin sebab keterujaan tu, serta-merta semangatku yang terumbang-ambing tadi, berkumpul semula. Wajah kembali berseri-seri. Terutamanya bila aku nampak kereta Hadi menuju ke arah kami. Warna merah menyala-nyala tu menyemarakkan obor kerakusanku semula. 

RAKUSWhere stories live. Discover now