jealous part 1: intan

14.1K 97 0
                                    

Di kampung

"Assalamualikum nenek" teriak zehra

"Sayang, jaga suara tu..kang nenek terkejut pulak, karang bila dia dengar suara sayang teriak lain yang jadi kang" tegur zahid

"Hehe yela" zehra menunduk malu kerana ditegur si suami

"Ass...salam..mualaikum nenek oh nenek" ujar zehra suaranya dibuat2 lembut.

"Main2 eh, cubit kang" zehra menunjuk peace ke arah zahid.

"Waalaikumsalam, eh abang dengan kak raa, bila abang mai? Tak cakap kat kami pon?" Ujar intan teruja kerana melihat lelaki pujaannya, intan hanya memandang ke arah zahid.

'Cis hang pandang laki aku ja, taguna!' Bisik hati zehra

"Baru je tadi dik ingat nak buat suprise kat nenek, nenek kat mana dik?" Ujar zahid

"Nenek ada kat dalam tu ha, abang pa habaq? Sihat ka? Petang nanti teman adik main layang2 nah? Pahtu kita pi......."

"Ha intan mana nenek? Akak da lengguh2 ni dari kl pai sini Takkan berjam nak dok luaq je kan? Da lah panaih, kat luaq ni bukan ada air cond pon!" Pintas zehra sambil memerli.

"Ha nenek kat belakang tu ada ja hang pi lah belakang" zehra terus berlalu pergi intan hanya menjeling.

"Intan abang masuk dulu lah yee nak letak beg" ujar zahid sambil mengeluarkan barangnya di dalam bonet kereta

"Meh intan tunjuk abang bilik, mai lekaih"
Intah memengang lengan zahi

"Ehem iyelah adik" ujar zahid zambil melepaskan tangan intan dari lenganya
'Dah kenapa budak ni?' Bisik hati zahid

Di dapur

"Nenek!" Teriak zehra

"Allah zehra! Mai sini awat tak habaq?" Ujar neneknya seraya terkejut melihat cucu angkatnya.

"Soprise nek, hehe" balas zehra sambil menayang giginya yang putih dan menyalami tangan tua itu.

"Mai dok dalam, sini panaih...hang dari mana ni? Mana laki hang?" Ujar nenek sambil mengambil ulam yang di ambil di belakang.

"Kl nek, zahid kat luaq tu tengah borak ngan ulat bulu" ujar zehra sambil membuat muka menyampah.

"Awat ulat bulu dah naik daun ka?"balas nenek, faham akan siapa yang di maksudkan.

"Ulat bulu naik daun tapi tak sempat naik daun dah nak kena pijak nek!"

"Amboi, biaq pi lah.. budak2"

"Assalamualaikum nenek" ujar zahid sambil menyalami nenek zehra.

"Waalaikumsalam Ha zahid? Pa habaq? Lagu mana kahwin? Ada best ka?"

"alhamdulillah zahid sihat je nek, best nek terlalu best, unexpected" zehra hanya menunduk malu, eh dia ni kang

"Apa hang sebut anpeted? Adui tergeliat lidah nek nyebutnya" kata nenek

Mereka ketawa...kecuali intan yang menayang muka menyampah

"Nasibb nenek masak banyak, meh makan dulu" mereka pon berlalu ke atas meja.

"Abang nak makan pa? Meh intan tolong cedukkan?" Pelawa intan

"Awat hang dok sibuk lagu nih intan? So zahid tu ada bini dia biaq pi bini dia lah nak cedukkan!" Marah nenek

"Ala nek ni biaq lah chek nak tolong abang zahid, kak raa mesti penat nak tolong abang kan abang kan?" Ujar intan tidak berpuas hati dengan neneknya yang cuba menghalangnya.

love me like you do babyWhere stories live. Discover now