O.

1.1K 140 222
                                    

LeE Hi - My StAr

👻👻👻👻👻

4. Fighting over..

👻👻👻👻👻

"Tae.."

"Hmm..."

"Tae.. Hyung nak tanya ni..."

"Hmm.. Tanya je la.."

Wonho membaringkan kepalanya di atas sofa, mengadap ke arah Taehyung.

Wonho membaringkan kepalanya di atas sofa, mengadap ke arah Taehyung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hyung nak tanya apa ni? Boleh cepat tak?"

Amboi budak ni. Wonho mengerling sekilas wajah Taehyung yang khusyuk dengan memasang patung figura yang dibelinya kelmarin.

"Barang yang Tae order tu dah sampai ke?"

"Barang?" Kit figura diletak ke bawah. Taehyung memandang curiga hyungnya. Mesti ada apa² ni, tak pernah sepanjang hayat menyoal tentang koleksi yang dia order.

"Hyung ni kenapa?" Taehyung mendorong mukanya betul² dihadapan muka Wonho.

"Apa? Tanya je.."

Lama Taehyung memandang wajahnya. Diangkat pula bahunya, "sudah sampai..Tapi Tae tak pergi amik lagi.. Ingat petang nanti baru nak pergi.. Tae tunggu Hobie.."

"Nak hyung pergi amikkan?"

Taehyung tersenyum kotak. "Nak jumpa noona yaaaaa.. Haa.. Haa.." Jari runcingnya dicucuk² ke bahu Wonho.

"Jumpa noona? Noona mana pulak.." Dalih Wonho.

"Eleh.. Malu la tu.. Jihyo noona la.. Siapa lagi.. Ke hyung nak jumpa Namjoon hyung?"

"Tolong ya.. Bukan.. Hyung tak nak la nanti Tae datang kacau hyung lagi dekat pejabat tu.. Bahaya tau tak.. Lagi pun.. Tak kisah la apa nama dia pun.. Jihyo ke.. Jojo ke.. Bukan penting pun.." Wonho bingkas bangun dari duduknya.

"Ha.. Kamu ni nak ke mana pulak Wonnie.." Tegur haelmoni yang kebetulan keluar dari arah dapur.

"Haelmoni.. Wonho la.. Apa pulak Wonnie nya.. Ni terpengaruh dengan si Tae la ni.. Bagi nama orang pelik².. Wonho nak keluar sekejap.. Ada hal.."

Haelmoni tersenyum memandang cucu sulungnya. "Ala.. Nak bagi nama manja sikit pun tak boleh.. Marah ke ni.. Hmmm.. Tengok sikit muka budak marah ni.." Haelmoni menekup kedua pipi Wonho.

Wonho tersenyum manis pada satu² ahli keluarga yang dia ada, selain dari Taehyung.

"Monimoni.. Tae mahu makan ayam malam ni.. Boleh?" Taehyung terus melulu datang menerkam haelmoni. Badan Wonho di tolak ketepi.

"Ishkk.. Sibuk je budak kecik ni.. Sana kau.." Wonho menolak kembali muka Taehyung menggunakan tapak tangannya.

"Moni... Tengok hyung ni.."

H.E.R.OWhere stories live. Discover now