K

157 25 27
                                    

WINNER - COLOR RING

The blue sky only stays beautiful

But why am I only becoming shabby
I keep holding onto the unanswered phone

The melody flowing out of the phone is sweet

But why does it sound painful to my ears
It sounds like my heart that lost you screaming

❇❇❇❇❇

50. Where Did You Go?

❇❇❇❇❇





"Arggghhhhhhhh"

"Kau.. Haa.." Nafas berat dilepaskan. Peluh yang meleleh perlahan diseka dengan lengannya. Tangan dan pisau yang berlumuran darah hanya dipandang sepi.

"Joe.."

"Ya boss.."

"Tolong sambung habiskan nyawa mangkuk ni.. Aku tak ada mood dah.. " Pisau bertukar tangan. Woo-Bin mula menghempaskan badan sasanya ke sofa empuk, meneguk laju minuman yang sedia ada.

"Arghhhhhh.. Jebal.. Arghhhhhh.. " Sayup kedengaran suara mangsa Woo-Bin mengerang kesakitan. Semakin lama semakin menghilang dibalik muzik bingit.

"Boss.. Selesai.."

"Buang dekat tempat biasa.. " ucap Woo-Bin bersahaja.

Joe, orang kepercayaan Woo-Bin hanya mengangguk seperti biasa. Wajah lesu Woo-Bin dipandang sepintas lalu. Tidak mahu menyoal banyak tentang arahan yang diberikan.

"Aku nak tahu mana Choi Jihyo sekarang.. Kim Wonho dan-"

"Erkk boss.. Wonho tu bukan-?"

"Bukan apa? Mati?"

"Uishhh bukan.. Boss ni, tak tahu cerita lagi ke?"

Berkerut dahi Woo-Bin mendengarnya, cerita apa yang dia terlepas ni. "Cerita apa?"

"Tu la boss.. Berkurung lagi dalam bilik ni.. Dah dekat dua bulan  Wonho menghilangkan diri.. Budak-budak dia pun kami tak nampak langsung.."

"Tao?"

"Baru minggu lepas saya nampak dia keluar dari bangunan Wonho.. Lepas tu, dia ada iring Kim Jong-Kook ke lapangan terbang.. Itu je boss.."

"Pelik.."

"Mungkin dia dah undur diri dalam bidang kita ni.. Lagipun kematian haelmoni banyak beri impak yang besar pada Wonho.. Kan boss sendiri tahu dalam keluarga Wonho tu cuma ada nenek dan adik lelaki dia sahaja.."

"Ya tu aku tahu, kau tak cakap pun aku dah tahu.. Tapi macam pelik sangat kalau tiba-tiba nak hilangkan diri masa ni.. Bukan dia tengah bercinta sakan dengan anak peguam tu.. Takkan tinggal macam tu je.."

Joe hanya memandang kosong wajah Woo-Bin yang terkumat kamit menyebutkan sesuatu yang sukar difahami dirinya.

"Saya rasa ini peluang terbaik kalau boss nak dekat anak peguam tu.."

Woo-Bin mengurut perlahan dagunya. Peluang keemasan yang dia sendiri takkan lepaskan tapi perasaannya masih ragu. Benarkah Wonho tu pergi macam tu sahaja?

"Kau pasti Wonho dah tak ada dekat sini?"

"Betul la boss.. Adik dia pun kami tak nampak langsung.. Bukan ke namanya menghilang tu.. Boss pun tau adik dia tu cenggeng.. Melekat sepanjang masa dengan anak peguam tu.. Ni tiba-tiba tak muncul dekat kedai tu.. Hilang la diorang tu.."

H.E.R.OWhere stories live. Discover now