A

179 29 60
                                    

Wonho - Losing You 

Don't you know that I would die for you
If I knew that you would make it through
Coz losing me is better than losing you








❇❇❇❇❇

48. "Losing You"

❇❇❇❇❇













"Mana la aku tahu dia tak mati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mana la aku tahu dia tak mati.. Kau suruh aku tikam je kan.. Tikam je la tak kata pun sampai mati.. Ke aku salah dengar? "

Eh bebal sungguh orang tamak ni, Woo-Bin mula menggaru telinganya yang tak gatal. "Aku bagi kau arahan tikam.. Suruh bunuh la.. Apa kau ingat aku suruh kau tikam tu.. Main cucuk-cucuk je? Kau berapa lama dah dalam kumpulan gajah tu.. Benda kecik macam ni pun susah nak buat ke?"

"Ni.. " Jin-Hyuk memberi isyarat duit kepada Woo-Bin yang tajam merenung dirinya.

"Upah kau kecik sangat.. Itu la yang kau dapat.. Kau bagi besar.. Besar la manfaatnya.."

"Kecik? Whoahhh.. Kecik.. Joe.. Kau dengar tak? Dia kata aku bayar dia kecik? Hahahaha.. Hey orang tua.." Woo-Bin mula mencekak kedua kolar baju Jin-Hyuk.

"Kira bagus aku bayar kau untuk buat kerja ni je.. Setakat nak tikam ala-ala main macam tu.. Aku pun boleh buat.. Aku bayar kau untuk bunuh dia.. Bukan untuk kau p-"

"Boss.."

"Kau tak nampak apa yang aku tengah buat ni? "soal Woo-Bin berang.

Pemuda yang nampak cuak, cepat-cepat berbisik ke telinganya. Woo-Bin yang mendengar hanya tersenyum sinis. "Tepi kau budak.. Aku tak setel lagi dengan orang tua ni.. Hal tu boleh tunggu"

Jin-Hyuk hanya tergelak, "Kau kata aku orang tua.. Heyy aku yang tolong kau dengan ayah kau hancurkan banyak kumpulan tahu tak? Berapa ramai musuh ayah kau aku setelkan.. Kalau aku nak.. Dengan kau-kau sekali aku boleh hancurkan.. Melutut dekat kaki aku ni.."

"Wahhhh kau ingat aku takut? Ini Hwang Woo-Bin.. Bukan budak suruhan ayah aku.. Aku adalah aku!!" semakin erat genggaman kolar baju hingga Jin-Hyuk kesesakan nafas.

"Huk..Huk.. Kau.."

"Huhh.. Kau ingat.. Ini amaran terakhir aku.. Kalau aku bagi kau kerja.. Selesaikan dengan baik.. Bukan main-main.. Aku bukan bodoh macam ayah aku yang ikut je segala telunjuk kau.. Kalau tak nak merasa anggota badan kau terpisah dari anggota asal.. Baik kau buat apa yang aku suruh dan ingat.. Aku tak pernah main-main dengan kata-kata aku!!"

Jin-Hyuk yang jatuh terduduk setelah ditolak kasar mula menghirup udara, mencari ruang untuk bernafas. " Ba..Ba-Baik.. Aku ikut.." Tangannya mengurut-urut dadanya, sesak. Aku akan pastikan kau dan ayah kau  merasa semuanya, terutamanya kau budak bebal. Terima kasih kerana sudah masuk ke perangkap aku. Bisik hati Jin-Hyuk.

H.E.R.OWhere stories live. Discover now