Falling in love with you is the second best thing that has ever happened to me. Finding you is the first.
______________________________________________
Ini kisah kami.. Dua dunia.. Dua perangai..
•••••
"Dia ni lelaki gatal.."
"Ala sayang.. Malu² pu...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Aipp jangan cakap nak jumpa noona ya.. Noona.. Noona.. Mana ada noona dekat sini.." Tegas Namjoon sambil matanya mencerlung tajam ke arah dua pemuda yang baru masuk ke kedainya. Tangannya masih ligat memasang figura yang ada di depannya, actually terkial² sebab dia bukan expert pun dengan menda alah tu.
"Salah tu hyung.. Meh sini saya pasangkan.." Laju Hoseok menarik kit figura yang ada di depannya. Beg sandangnya di campak ke tepi.
Namjoon hanya memandang kosong. Hilang kejap rasa marahnya.
"Uhmmm.. Hyung.."
Namjoon merenung tepat wajah Taehyung yang nampaknya macam terlalu berusaha untuk menyoal, tapi mukanya dah gaya macam orang tercekik tulang ikan.
"Uhmmmm.." Jari jemari dimainkan berselang seli dengan gosokkan dibelakang leher.
Ter'uhmmm', ummm budak ni. Namjoon mengigit bibir geram. "Nak apanya!!" Tegas suaranya.
"Yah!! Jangan menjerit dekat dia la.." Tegur Jihyo yang baru masuk ke kedai. Pandangan matanya dingin, sedingin salji yang bakal turun nanti.
Gulp. Adoi, salah timing ni. Namjoon sudah berkira² mahu lari, kenapa loceng pintu tak berbunyi?
"Noona!!" Jerit Taehyung dan Hoseok serentak. Laju mereka berlari dan memeluk kemas badan kecil Jihyo.
"Whoahhh.. Kenapa ni?" Soal Bo-Young pelik memandang dua budak yang seronok sangat memeluk kawannya.
"Tae rindu noona.. Lama tak nampak.." Cebik² bibir Taehyung bercakap.