Worth it - Kim Jong Kook, Hwang Chi Yeul, Muzie, Loco, Gray
"If it makes you smile, I can bring the moon.. "
❇❇❇❇❇38. Bittersweet
❇❇❇❇❇
"Choi Namjoon.. Wae? Kenapa perlu layan adik kau macam ni.. Kau lupa ke janji kau pada mama? " Gumam Namjoon. Matanya masih kekal menatap pusingan kipas.
Tangannya dikepal lalu menumbuk kuat permukaan katil. "Kenapa harus wujud kau dalam situasi macam ni.. Urghhhhhh.. "
Bingkas Namjoon bangun. Lambakkan kertas kerja di atas meja, dibiarkan. Sekeping gambar ditatap dengan penuh amarah.
"Aku betul² berharap kau memang tak terlibat dengan kematian mama aku.. Aku akan buat apa sahaja untuk membahagiakan adik aku walaupun aku terpaksa ha -.. "
Pin! pin!
Namjoon mula menyelak sedikit kain langsir biliknya. Memantau adiknya yang berlari keluar ke arah seorang lelaki yang baru keluar dari sebuah kereta.
Wajah Jihyo nampak memerah setiap kali si lelaki membuka mulutnya.
Badannya bergerak ke belakang, menyorok dibalik langsir bila Jihyo memandang ke arah biliknya. Jelas kelihatan lelaki itu merangkul mesra bahu adiknya, menenangkan Jihyo yang tampak sedih.
"Kim Wonho.. Aku akan siasat siapa kau sehabis²an.. "
.................
"Hei budak.. Mana abang aku? "
"Ha?! Hmm.. Dekat bilik dia.. "
"Wonho oppa?"
Lelaki bertopi dihadapannya hanya mengangkat bahunya. Malas nak layan perangai over perempuan dihadapannya ini.
"Huh.. Sombong betul.. Kau tak tahu aku ni siapa? "
Berjeda sebentar lelaki bertopi. Aku yang mesra alam ni sombong? "Tak kenal la noona ni.. Macam tak penting.. Nak cari Sir Kim atau Wonho hyung? Kalau big boss dalam bilik tu.. Wonho hyung pergi dating kot kalau hilang time macam ni.. " Ujarnya sambil menunjuk ke arah bilik senjata.
"Mwo?! Dating? "
"Aduh, bingitnya suara.. Ye la.. Hyung dengan noona comel.. Dah la.. Layan noona ni.. Apa pun tak dapat.. " Tongkat dicapai, dengan perlahan² dia mula bergerak.
"Kita baru nak rehat².. Ini semua salah Kwang-Soo hyung.. Ada ke patut orang yang cedera suruh jaga pintu.. " Gumamnya perlahan.
"Yakkkk kau budak.. Aduhh kaki aku.. " Terhenjut² dirinya memegang kaki yang dipijak dek tongkat.
YOU ARE READING
H.E.R.O
RomanceFalling in love with you is the second best thing that has ever happened to me. Finding you is the first. ______________________________________________ Ini kisah kami.. Dua dunia.. Dua perangai.. ••••• "Dia ni lelaki gatal.." "Ala sayang.. Malu² pu...