If It Is You - Jung Seung Hwan
Do you know that I'm becoming more ruined
As I look at you?
I feel like dying
Even though there's no way you'll come to me
Even though I know you're looking somewhere elseI don't think I can let go of you
❇❇❇❇❇
52. I'm DONE...
❇❇❇❇❇
"Bye-bye.. Hana..dul..se.."
BANG!
Kwang-Soo memandang sayu Shownu yang terbaring lemah sebelum memejam rapat matanya. Berdesing telinganya mendengar bunyi tembakan yang keluar, betul-betul di sebelah telinganya. Linangan air mata laju menuruni pipi. Shownu.. Shownu dah mati, kini gilirannya. Bahunya yang berlumuran darah dipegang erat dengan tangan yang mengigil.
Maafkan hyung Hobie, hyung tak dapat jumpa dan jaga kamu lagi.. Saranghae Jung Hoseok..
BANG!
BUK!
Bunyi tembakan tepat ke arah Kwang-Soo dan juga secara rambang mula kedengaran. Hiruk pikuk orang menjerit dan berlari mula kecoh. Kwang-Soo mula membuka matanya, terkejut kerana merasakan ada sesuatu yang jatuh ke ribanya. Berat.
" Wargghhhhhhhhhh!!!"
"Soo!!"
Kwang-Soo mendonggak ke arah suara yang menyeru namanya. Cepat-cepat dia menyeka matanya yang telah dikaburi dengan air mata.
"Jangan nak menangis.. "
"B-boss Tao.. Huawaaaargghh.. "
Tao hanya mengeleng laju. Orang yang berada di depannya disepak kuat hingga jatuh tersungkur. Satu tembakan dilepaskan tepat mengenai dada musuhnya.
"Kau ni kan.."
"Sho-Shownu.. Dia dah ma-"
Pang!
Kwang-Soo memegang pipinya. Sakit, Siapa tampar?
"Woii aku h-hidup lagi la.. Kau memang nak aku mati ke?"
Shownu tergelak kecil sesekali menyeringai kesakitan. Sempat lagi dia menunjuk isyarat penumbuk ke arah Kwang-Soo.
Ulah bibir Kwang-Soo yang tadi melopong kini mencebik. Bibit-bibit gaya tangisan kuat yang akan dikeluarkan lagi.
"Kau menangis lagi Jung Kwang-Soo, aku tembak kau betul-betul.."
Suara ni, satu suara yang cukup dikenalinya. Suara yang dirindui biarpun selalu membelasahnya setiap masa. Kwang-Soo berpaling laju ke arah suara yang memarahinya.
"Boss!!"
Wonho berjalan ke arah Kwang-Soo, mula mencangkung dan hanya menjeling sekilas wajah tangisan Kwang-Soo. Lelaki yang rebah ke riba Kwang-Soo diterbalikkan. Topeng dibuka kasar dengan pistol yang ada ditangannya.
YOU ARE READING
H.E.R.O
RomanceFalling in love with you is the second best thing that has ever happened to me. Finding you is the first. ______________________________________________ Ini kisah kami.. Dua dunia.. Dua perangai.. ••••• "Dia ni lelaki gatal.." "Ala sayang.. Malu² pu...