bab 8

101 11 0
                                        

Violet balik ke kelas...Dia ternampak kad di atas mejanya.Dia mengambil kad tersebut dan membacanya.

Saya mahu jumpa awak di taman sekolah pada tengahhari nanti.Harap awak datang sebab ianya penting.

From..
secret admire.

"Siapa pulak yang hantar ni?"tanya violet.Dia yakin bukan chen yang menghantarnya.Sebagai bukti, tulisan chen lebih baik daripada tulisan yang terpapar di kertas yang diterimanya itu. Violet mengeluh.

"Baik aku pergi." Bisik violet.
Chen telah mendengar kata2 yang keluar dari mulut violet.Dia mengambil keputusan untuk mengekori violet tengahari nanti.

Agak nya siapa yang violet nak jumpa?

Miss.Suzanne masuk dan memulakan kelasnya.

***

Chen mengikut gerak langkah violet ke taman sekolah.
Kelihatan violet telah bertemu dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Violet and xxx pov.

"adakah awak yang hantar kad dekat saya tadi?" Tanya violet.
"Ya, saya orangnya."Jawab lelaki itu.

"Kenapa ehh?" tanya violet lagi.
"Kerana saya sudah terpikat dengan awak.Sudikah awak menerima cinta saya?" kata lelaki itu tanpa tergagap langsung.

Violet gelisah.Adakah ini bermakna ia telah bertemu dengan cinta sejatinya? tapi bagaimana dengan chen? tapi, chen bukannya bagitau aku yang dia suka kat aku. Baik aku terima lelaki ni terus. mudah untuk aku hilangkan sumpahan itu.

Chen pov

Chen tertunduk kecewa kerana cinta pandang pertamanya sudah terlepas.Dia tidak tahan mendengar violet dan lelaki itu bercakap lagi. Dia terus menapak laju ke kereta.Riuh rendah pelajar bersorak apabila melihatnya tetapi dia tidak menghiraukan.

Sebaliknya dia gagah menapak ke kereta.Sungguh pedih hatinya mendengarkan violet bersetuju dengan cinta lelaki itu.

Apabila chen masuk ke dalam kereta, pintu kereta ditutup dengan keras.Dihidupkan enjin kereta dan memandu laju menyusur jalan besar. Wuu.. dah pandai naik keta sendiri...Wuu...

  Habis kereta lain dilintas olehnya.Seolah olah sedang berlumba kereta.
Akhirnya dia sampai di perkarangan rumah.Ibunya yang sedang siram pokok bunga terkejut dengan kepulangannya secara kasar.

Chen tidak menghiraukan ibunya.Melayan perasaan yang bercelaru dan diibaratkan tsunami baginya.
Dia ke bilik.Menghempaskan beg sandangnya ke meja berdekatan komputer.

  Kedudukan komputer senget daripada tempat asal kerana terkena tempias beg yg dilempar oleh chen.
Chen berbaring di atas katil.Cecair jernih mula menghiasi kelopak matanya.

  Akhirnya cecair itu gugur dan melakar garisan abstrak kerana tenggelam dengan kulit putihnya itu.
"Kenapa aku ditakdirkan hidup begini?!"tanya chen dalam esakan.

  Dia mengacip gigi. Seperti dia mahu rahangnya hancur begitu sahaja.
"Aaargghh!!" dia menyelerakkan bantal bantal draculanya.gambar gambar yang berada di dinding turut dicabut dengan kasar. Buku buku di atas meja belajar turut disepahkan.

member chen and miss rossa pov

"Hai auntie,kami ni kawan chen. datangnya nak blajar sama2 ." Tanpa bahasa chanyeol barkata..

"Oh, chen ada kat atas.Kamu naiklah ye..." Kata miss rossa.
"Thank you auntie."Sehun berterima kasih.
Mereka berempat naik ke tingkat atas dan menjumpai bilik chen.

"Chen, kitorang datang ni..." Panggil baekhyun.
"Aargh! korang balik skang! aku x nak blajar hari ni ! pergi !" member chen terdengar laungan chen.

  Mereka terkejut.
"What?" tanya kai yang tidak boleh menerima kenyataan. Jauh jauh datang bertandang tapi diusir.. cis cas cus..

"Syuuhh..." Chanyeol membuat isyarat senyap kepada kai.
"Chen, kalau ye pon, buka la pintu ni.Kot2 kami boleh tolong." Rayu xiumin.

"No!"jawab chen laju beserta lantang. dia melemparkan salah satu frame gambar draculanya ke pintu. Tidak semena mena frame itu pecah dan membuatkan bunyi yang kuat di permukaan pintu.

  Membernya yg berada di luar terkejut besar.Chen tersandar di dinding.Dia jatuh terduduk.Dia memegang kepalanya yang dirasakan serabut.
Akhirnya member diluar mengeluh.

"Tak apalah chen.Kami pergi dulu.Kamu datang kolej ye esok sebab esok hari valentine.Kami semua dah ada pasangan.Tunggu kau je." Ujar chanyeol.

Kata chanyeol membuatkan chen resah. Kenapa perkataan tu keluar jugak ye dari mulut orang? Heh! Dengan siapa dia nak berpasangan.violet sudah bertemu dengan lelaki yang disukai.

  Apabila dia membuka pintu,membernya sudah tiada.Dia sedih lalu menutup balik pintu biliknya.Barang2 yg berselerak di atas lantai dipijaknya begitu sahaja.

Malam berlabuh.

"Mama! kitorang dah sampai!" laung jongdeok di luar rumah mr junho dan miss rossa.

Apabila miss rossa membuka pintu,dia terkejut dengan kepulangan anak sulungnya itu bersama isteri dan anak kembarnya.

"Joe!" jongdeok mesra dipanggil joe.Miss rossa memeluk anaknya itu.Kemudian hye rin,isteri jongdeok.

"mummy!" nomine dan keisha memanggil serentak miss rossa.
"Aa! cucu mama dah besar. Gemok gemok bucuk bucuk ni...."Miss rossa memeluk cucunya itu.

"Mana uncle, mummy?" tanya keisha iaitu anak anak pertama jongdeok.Serta merta air muka rossa berubah.

"Kenapa ma? ada yg tak kena ke?" jongdeok mula bimbang. Mana tahu kot-kot adiknya itu tertelan kepala kambing ke.. mana tau ann?

"sejak pulang dari kolej tadi, dia berkurung di dalam bilik. Sekali tu, mama ada terdengar barang2 dalam biliknya itu pecah skali dengan suara dia mengamuk.

  Mama juga runsing.Mama ada panggil dia turun, tapi dia tidak menjawab." Terang rossa panjang lebar. Jongdeok mengeluh. Adiknya itu masih tak berubah dengan perangai barannya itu.

"Eh, mari la naik dulu.." rossa menukar topik.Mereka masuk ke dalam rumah.

***

"Chen, taknak jumpa ngan hyung ke.Hyung dah balik ni.Takkan tak rindu hyung." Kata jongdeok dari luar bilik chen.Namun, tidak bersahut.

"Nephew kau pon nak sangat berjumpa dengan kau." Sambung jongdeok lagi.Chen yang termanggu di bilik sedih dengan kata2 jongdeok.

Dia nak berjumpa ngan abangnya.Dia rindu sangat2. Tapi, perasaan kecewa belum surut lagi dalam jiwanya.

"Bukak la pintu ni dik..." Rayu joongdeok lembut sambil mengetuk pintu bilik adiknya.
Akhirnya pintu terbuka. Jongdeok tersenyum kerana kelibat adiknya sudah dilihat oleh matanya. Muka Chen semakin berubah dalam pemergiannya ke luar negara.
Semakin tampan..

"Hyung..."Kata chen sambil air mata mengalir di pipi.Jongdeok memeluk adiknya dengan erat untuk melepaskan rindu.Chen membalas pelukan jongdeok.

"Hyung rindu sangat dengan chen" kata jongdeok." Chen pun." Balas chen.Mereka meleraikan pelukan.Chen masuk ke dalam biliknya semula.Dia duduk di birai katil.Termenung.

"Mama cakap,kamu dari petang tadi berkurung dalam bilik. Betul ke?"jongdeok meminta kepastian sambil melabuhkan punggung di tepi chen. Chen tunduk ke lantai.

"Chen jangan risau. Saya ni hyung kamu. Kalau ada masalah,cakap kat hyung.Mana tahu hyung boleh tolong." Kata jongdeok yg tidak lagi berputus asa. Chen melihat abangnya dengan pandangan sayu. Nampak jelas muka abangnya meminta penjelasan.

😀 Lepas baca bab 7, anda dikehendaki baca bab ini...Takut nanti ternganga masa baca..Author dh ingatkan dah tu..Nanti kalau x faham, itu bukan masalah author.JAngan kecam k?

My Dracula Wife [ EXO CHEN ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang