CHEN POV
Kemuncaknya hampir tiba. Vorse kini sudah berada di hadapanku. Sungguh menakutkan. Walaupun wajahnya kelihatan manis, tetapi jiwanya seperti keras untuk dipecahkan begitu sahaja.
Peluh jantanku tidak berhenti mengalir di dahi. Aku menelan liur.
"Kenapa kau kemari.." Tanya dia. Muka tidak lekang untuk menunjukkan wajahnya yang bengis itu. Sekali lagi aku menelan liur.
"Potion" ringkas sahaja jawapan yang keluar dari mulutku.
"Buat apa..." Tanya dia lagi. Seperti di interview pula. "Rahsia.." Sempat lagi aku berseloroh. Akhirnya batu sebesar tangan orang dewasa mendarat di sisi kepalaku.
"Aduh!!" akhirnya aku berjaya menyembah bumi. Kulit kepala dirasakan terkoyak. Air mata mula membuat genangan di tubir mataku.
"Aku tidak pernah lagi perasaan begini sehingga aku terjumpa kau. Kaulah yang menaikkan amarahku!" sekali lagi dia menggunakan kuasanya untuk melurukan satu lagi batu ke arahku. Sasarannya terkena di dahi kananku.
Sakit.
"Aahh!!!" aku mengerang sakit. Darah tidak berhenti keluar. Bendalir itu cukup membuatkan aku longlai.
"Aku takkan benarkan kau ambil tanpa sebab!!!" dia terus menghalakan tapak tangannya ke arahku dan terasalah di bahagian leherku seperti ketat dicekik orang.
"Naffass..Tak boleh...Nafas...Ahh..." aku merayu dengan suara tersekat-sekat. Air mata sudah sebati di muka.
"Violet~~." Akhirnya nama violet terpacul dari mulutku sekali dengan desahan.
Kelihatan vorse membeliakkan biji matanya dan terus melepaskan cekikan dari leherku. Aku mengambil nafas secukup mungkin.
Tiba-tiba vorse sebak. Dia mendekatiku. Dia mengambil tempat di hadapanku dengan melutut bagi menyamakan posisiku yang terduduk lemah. Aku menangis semahu-mahunya dan tidak menghiraukan dia.Aku berserah dengan apa yang dia nak buat kepadaku.
Dia mengangkat daguku untuk aku memandang mukanya. Muka dia bertambah manis. Ya, manis. Lebih indah dari bengis tadi.
"Kau kenal violet...." Dia menatap mukaku yang dipenuhi darah di sudut tertentu. Aku mengangguk. Sebaik sahaja aku mengangguk, air matanya terus jatuh membuat lakaran abstrak.
"Kau kenal violet...." Dia sekali lagi bertanya bagi meyakinkan anggukaNku tadi. Aku sekali lagi mengangguk.
"Abang mintak maaf adik..... Abang salah....." Dia mengguman sendirian seraya melepaskan daguku. Aku tidak faham apa yang diperkatakannya.
Dia berjalan meninggalkan ku. Dia mengambil potion di puncak gunung dengan menggunakan kuasanya. Potion itu akhirnya mendarat di atas telapak tangannya.
Selepas itu dia menapak ke arahku semula. Dia mengambil posisi yang sama berhadapan denganku.
"Aku tak sangka kau manusia yang hebat....Terima kasih kerana hadir dalam hidup adik aku..." Aku mengangkat muka. Terkejut. Memang aku dah tahu yang dia adalah abang violet, tapi dia mudah untuk dilawan. Dia tidak seperti yang aku sangka.
Dia menggapai tanganku dan meletakkan botol kaca yang dipenuhi potion di tapak tanganku.
"Masukkan satu sudu je dalam minuman. Beri dia minum pada hari dracula kekal. Sebelum pukul dua belas malam, kau mesti k**s dia. Hati2, ahli sihir pasti datang." Aku mengangguk dengan ujarannya.
Dia membantuku bangun. "Minta maaf hal tadi.".Katanya lagi. Aku mengangguk lemah dan cuba menarik senyuman tawar.
"Buat yang terbaik..."Dia mengakhiri dengan memelukku seerat mungkin. Degupan jantungnya jelas terasa sebak di bahagian itu.
Kami meleraikan pelukan. Aku memberi senyuman kali terakhir sebelum menepuk tangan tiga kali.(Syarat di swetsauza). Akhirnya tubuhku menjadi debu dan roh dan jasadku berada di dunia kembali.Sempat lagi aku melihat dia membalas senyumanku dengan air mata
sori eh reader. Takde idea nak buat action gusti, kungfu, cara nak smackdown orang ape tah. Sori bebanyak.Btw, tq sebab sudi singgah read cite mengarut lebih ni.
ANDA SEDANG MEMBACA
My Dracula Wife [ EXO CHEN ]
Fanfiction✅Ini kisah cinta si UNTA..✅ "Chicago? bencinya tempat tu. Tapi kena pergi jugak..Nak buat cmne. Redo jela..Nak jaga hati makbapak lah kan." 🔮Cerita fantasi tahap gaban 🔮permulaan bodoh, pengakhiran pon bodoh. 🔮takda sawit dan NC. selamat ke atas...
![My Dracula Wife [ EXO CHEN ]](https://img.wattpad.com/cover/107860073-64-k412465.jpg)