✅Ini kisah cinta si UNTA..✅
"Chicago? bencinya tempat tu. Tapi kena pergi jugak..Nak buat cmne. Redo jela..Nak jaga hati makbapak lah kan."
🔮Cerita fantasi tahap gaban
🔮permulaan bodoh, pengakhiran pon bodoh.
🔮takda sawit dan NC. selamat ke atas...
Hari yang dinantikan sudah tiba. Ya. Hari yang ditunggu-tunggu oleh pemuda yang bernama chen. Iaitu, malam dracula kekal. Kaget mengambil alih untuk masuk ke dalam separuh tubuhnya. Runsing. Risau. Itu sudah lali ditelan olehnya kebelakangan ini.
CHEN POV
7.56 p.m
Aku membetulkan tali leher di hadapan cermin. Majlis yang akan diadakan pada malam ini hanya tinggal beberapa jam lagi. Aku tersenyum sendiri kerana mengingatkan violet bersetuju untuk hadir malam ni. Kalau boleh, aku nak menari dengan dia. 😀. Sekali lagi. KALAU BOLEH LA...
Aku turun untuk ke ruang tamu. Ibubapaku sudah berangkat petang tadi. nak buat persiapan lah kan.
Aku memakai kasut dan menapak ke kereta. Enjin dihidupkan. Tidak lama kemudian, kereta yang aku naiki mula menyusur meninggalkan house compound.
~~~
VIOLET POV
Aku berdiri di hadapan cermin. Gaun labuh yang terdedah di bahagian bahu dikenakan. Rambut perangku disanggul rapi. Solekan di bahagian mata semua diasaskan dengan warna ungu kecuali eyeliner.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
(Separuh dari minda author berkata ya pada gambar ini. Tapi, di pikiran author, gaun yang author maksudkan lebih cantik dari ini)
Aku menatap diriku di hadapan cermin. Hinakah aku sehingga tidak diberi peluang kedua untuk hidup? jijikkah aku sehingga orang sanggup berbuat sedemikian terhadapku. It's pain....It's hurt! kenapa aku ditakdirkan untuk hidup begini? kebahagiaan tak pernah sedikitpun hadir dalam diriku. Apatah lagi cinta?
Cinta?
Kenapa aku kaitkan cinta?
Impossible la violet!!! harapkan cinta? bukan mudah! pengakhiran hidup aku berakhir pada malam ni! Be the dracula forever.Full stop.
~~~
CHEN POV
8.30 p.m
Orang sudah semakin ramai menghadiri majlis tersebut. Orang yang kutunggu masih belum sampai. Iaitu violet. Lama aku tunggu di muka pintu. Orang yang lalu lalang untuk masuk disapa dengan senyuman sahaja olehku.
Beberapa minit selepas itu, teksi berwarna kuning berhenti di hadapanku. Keluarlah seorang wanita yang amat aku cintai dari teksi itu. Bergaun ungu dan rambutnya disanggul. Cantik.
"Erk..Chen. Hi..." Dia menyapaku dan cuba memberi senyuman paling manis kepadaku. Aku tahu dia sedih sekarang. "Kenapa lambat?" pertanyaan bodohku membuat dia keliru. "Traffic jam.." Jawabnya ringkas dan melangkah untuk masuk ke dewan besar.
Aku mengejarnya hingga menyamai langkahnya. Laju sungguh dia berjalan. Tak larat nak turut. "Erm...Kita duduk kat situlah. Tak ada orang." Putusku setelah mencari kedudukan strategik untuk duduk.
Aku dan dia mengambil tempat di meja penjuru dewan ini. Aku menarik kerusi untuk dia. "Thanks." Dia berkata lalu duduk tanpa senyuman. Aku mula nervous.
Aku mengambil tempat di hadapan dia. "Kenapa tak datang kuliah?" PERTANYAANNYA membuat aku keliru untuk menjawab.
"Ada hal." Jawabku datar. Tak romantik langsung. Dia mengangguk. "Hal apa sampai lima hari? tak bagitahu ibu lagi. Tak baik tau." Dia ni sindir ke perli atau puji atau sekadar nak kata? letih la cemni.
"Saya jalankan tugas la awak. Tugas ni penting dari tugas kuliah. Nak selamatkan kehidupan seseorang. Awak mana tahu." Dia membuat muka pelik mendengar jawapanku.
"Who?" ha, ni yang aku malas ni. Aku hilang idea untuk kelentong. "Erk.." jawapan untuk diujar terpotong setelah namaku dipanggil.