CHEN POV
Suasana di swetsauza sudah bertukar menjadi suasana bandar yang penuh dengan makhluk seperti aku dan makhluk yang mempunyai tayar serta enjin yang lalu lalang merentasi lebuhraya.
Aku tak tahu kenapa aku berasa ganjil dan janggal disitu. Mungkin sebab aku mendapat perhatian ramai penduduk disitu. Sebenarnya itulah bandar yang aku menetap selama ni. Ibu negara chicago.
Aku melihat diriku. Patutla diperhatikan. Mana taknya, baju kotor. Berpeluh apatah lagi. Macam orang gelandangan. Itu aku tak nak fikir. Yang penting aku nak balik.
Aku terus menyelit di celah-celah orang yang berduyun-duyun yang melalui zebra cross..(Betul ka?)
Macam mana pula aku nak sampai dengan jalan kaki. Tahtah mampos dulu baru sampai. Aik? takkan mampus dah tak boleh berjalan ke? aik? macam mana nak boleh sampai? (whoi!! apa engko merepek!! jalan daa!!)
Akhirnya setelah penat memerah otak cam perah kain buruk, aku terjumpa basikal yang mempunyai raga.Tak tahannya kat raga tu ada reben warna pink. Sah basikal wanita. kalau nak naik pengangkutan awam, bukan boleh benefit, tahtah boleh bala adalah. Nanti orang sahkan aku sebagai orang gila sesat kat bandar chicago.
Aku apa lagi. Terus ambil tanpa mempedulikan maruah lelaki yang telah melayang dipandang orang. Aku memecut laju. Mengayuh dengan sekuat tenagaku. Orang disitu hanya melihat kehadiranku lalu didepannya. Aku merentasi kaki lima pejalan kaki sehingga sampai di rumah. Tayar basikal itu disahkan haus dan tak nampak lagi bunga2 dimuka tayar. Tambah2 lagi tu basikal wanita. Kayuh ganas sikit, dan rosak. Ceh.
"I'm home!!! ma!!! oooooiiiii ma!!!! anybody home?!!!!" aku melaung di halaman rumah cam budak baru balik sekolah.
"Hei! shut up you!" aku terdengar pengkecaman orang yang berperanan sebagai jiranku. Ya, seorang yang tak suka bising. Peduli apa aku. Selama ni aku buat bising, bukan aku yang kena. Tapi mak aku. Kahkah. Tak lucu pon.
Setelah meminta maaf, aku melangkah masuk ke dalam rumah. Takda orang. Aik? kemana pulak mak aku? "ah! ,baik aku mandi dulu." Putusku. Aku terus baik ke tingkat atas. Menunaikan hajat. Paham sendiri reader 👌.
~~~~
Setelah selesai mandi, aku turun ke bawah. Hajatnya nak makan. Aku buka peti sejuk. Takda snek. Buka almari. Takda gak. Mungkin aku takda kat rumah masa tu, mereka tak beli lah kan. Ceit!
Buka periuk. Takda. Mak aku tak masak kah? kat atas meja, tudung saji pon takda Apatah lagi makanan. Aku mengeluh kasar. Mengambil tempat di kerusi meja makan.
Aku merehatkan kepala di atas meja. Akhirnya terlena disitu. Tanpa makanan. Ulang semula. TANPA MAKANAN.
~~~
Aku merasakan orang mencuit belakangku. Celik.....
"Woah!!!! mak!!! banyaknya makanan!!!" aku ingin menyentuh makanan di hadapanku tetapi telingaku ditarik. Oleh mak aku sendiri.
"Aduih..Putus telinga ceq ni ma..!!" aku meraung. "Kot ye pon, basuh la muka tu dulu.... Ni apa pasai tidur kat meja ni?" kata ibuku setelah melepaskan tangannya dari telingaku.
"Tunggu makanan la....Habuk pon takda.." Ujarku seraya pergi ke sinki untuk membasuh muka. "alala..Kesiannya..". Mak aku berseloroh tapi aku tak endahkan sebaliknya aku duduk semula di kerusi. Mak aku ambil tempat di depan aku.
Aku mula menyuakan lasagna yang sedia bergelimpangan di dalam box nya dengan menggunakan sudu. Maybe mak beli kat restaurant yang aku pergi dulu. Iaitu restaurant faster leapord.
"Ni mama nak tanya. Kamu pergi mana sebenarnya? " lasagna yang tidak sempat kutelan tersembur kembali. Kenapa mak pergi tanya soalan macam tu?
"Apa ma?" aku buat buat tak faham. Mak aku mengeluh. "Kamu pergi mana...seminggu tak balik..Mak ada jumpa kawan kamu, ingatkan kamu ada dengan mereka. Tapi mereka kata kamu dah lama tak ada nampak. Tu yang mak hairan. Psal kamu kata nak pergi camping tu, mak dah tau mesti kamu tipu. Tapi, masalahnya, kamu pergi mana sampai radar tak boleh nak kesan."
Aku membetulkan urat. Susahnya nak jawab soalan KBAT ni. "Bukan apa ma... Saya nak bertugas untuk menyelamatkan kebahagiaan seseorang. Hal tu ma tak perlu tahu. Yang penting saya dah balik."
Mak aku mengangguk. "Siap makan, kita pergi beli barang." Putus emakku. "Kenapa? sampai ajak chenchennie sekali? ada makan besar eh?" tanyaku.
"Ha,a. Majlis untuk papa kamu. Naik pangkat katakan. Buatnya di dewan tertutup. Dia kata nak adakan majlis tari menari. And kawan kamu pon nak datang. Nak buat hujung minggu ni." Emakku tersenyum kepadaku. Macam ada benda penting je.
"Kenapa tersengih camtu. Chen ada buat salah ka?" kataku dan kembali menyua makanan yang telah tersisa. "Umur kamu kan dah 20. tak terpikir nak taken ke?" slow slow ayat tu menyapa telingaku. Secara drastik kepalaku terangkat.
"Hai...Mak ni..Dah ada calon ke untuk saya?" selorohku. Biarlah di dalam jantung, cam kena cucuk dengan seribu jarum peniti.
Mak aku mengangguk. Bala apa pula yang datang ni. Violet nak letak mana. "Erm...Calon tu, nanti mama cari--" aku kembali tersenyum. Sebelum mak aku menyambung aku memotong.
"Mak tak payah cari, saya dah ada. NAnti tunggu je eh..." Aku terus pergi ke sinki untuk mencuci mulut dan segera naik ke bilik. Muka mak aku cam lepas bersalin. Nervous + keliru agaknye.
Di bilik, aku mengambil beg sandang di bawah katil. Potion itu aku tilik. "malam sumpahan dracula kekal hujung minggu ni-- tapi, majlis pun hari tu jugak" aku berfikir sejenak dan mendapat akal.
"Aku ajakla violet sekali. Tepat pukul 12 malam, buat drama disitu sekali. senang je...Kan...".Monologku. "Woah!! mama. Cam tau tau je buat majlis masa tu. Bagus2" aku tersenyum dan potion tu aku letak balik di dalam beg.
Tbc.
ANDA SEDANG MEMBACA
My Dracula Wife [ EXO CHEN ]
Fanfiction✅Ini kisah cinta si UNTA..✅ "Chicago? bencinya tempat tu. Tapi kena pergi jugak..Nak buat cmne. Redo jela..Nak jaga hati makbapak lah kan." 🔮Cerita fantasi tahap gaban 🔮permulaan bodoh, pengakhiran pon bodoh. 🔮takda sawit dan NC. selamat ke atas...
![My Dracula Wife [ EXO CHEN ]](https://img.wattpad.com/cover/107860073-64-k412465.jpg)