Bab 29

82 6 0
                                    

  Pada malam itu, bermulalah misi untuk menyelamatkan si sehun. Hari sudah larut malam, violet sudah bertukar menjadi dracula. Walaupun begitu, ia tidak memberi apa-apa ketakutan pada keempat-empat orang member itu iaitu chan, xiu, baek dan kai. Mereka meredah hutan untuk mencari sarang penginapan dracula-dracula disitu.

  "Ha, dah bawak apa yg saya pesan?" tanya vio kepada empat orang itu sbil bercekak pinggang. "Dah.." Jawab empat orang itu serentak.

  "Apa yg korang bawa?" tanya vio lagi. Dia ingin tahu setidaknya, boleh prepare awal-awal untuk berhadapan dengan makhluk yg tiada darah itu. Ceh, dia pon sama...

  Keempat2 member itu mengeluarkan barang dari beg sandang masing-masing. Semua membawa barang yang.....Sama. Iaitu, torch light?.

  "Kenapa bawak torch light?" tanya vio sbil menggaru-garu kepala di dalam samar-samar cahaya bulan. "Torch light kan bercahaya. Dracula kan takut pada cahaya. So, apa salahnya?" jawab chan sinis. Bangga nya rasa pada masa tu.

  "Ye lah..." Vio mengalah. "Tapi, jangan halakan kat aku. Nanti aku terajang ko semua esk. Ingat, kita datang sini nak selamatkan sehun. Jangan nak berfoya-foya or bersuka ria kat sini. Bahaya" sambung vio.

  "Hmm..Takda maknanya nak bersuka ria kat tempat cemni." Jawab baek yg mengusap lengannya beberapa kali setelah merasakan bulu romanya naik setegak-tegaKnya.

  "Jom" ajak xiu sambil menarik tangan kai. Semua berjalan beriringan sebab takut.ada yg pegang kain yg sedia di belakang vio iaitu...baek.

Zapp!!

  Angin kuat tiba-tiba menampar mereka berlima serta membuatkan mereka semua melayang ke belakang dan belakang mereka terhantuk di dahan pokok yg merintangi antara satu sama lain.

  "Argh...!!!" mereka mengaduh. Vio cepat-cepat bangun dan mencari kelibat angin itu.

swasshhh!!!!!

Swasshh!!!!

Swashh!!!!

  Angin kuat menerbangkan daun-daun kecil membuatkan vio sukar untuk melihat siapa dalang yg mengganggu misi mereka.

  "Vio!! macam mana ni? angin kuat sangat!!" teriak xiu yg terhuyung-hayang mengawal keseimbangan badan daripada tumbang sia-sia.Punah macho nanti.

  "Semua berpaut pada pokok!!" arah vio. Arahan diterima.mereka berpaut pada batang pokok masing-masing tanpa berlengah. Vio masih mencari kelibat Seseorang.Angin masih lagi belum berhenti menampar tubuh itu. hujung kain paras bawah lutut  dipegang kuat takut terangkat keatas. Tak pasal2 cerita lain pulak yang hadir.

  "Tolonglah berhenti!!!!!!!!!!!!" pekikan vio membuatkan angin tadi berhenti membuat aksi. Semua kembali reda seperti sediakala.

  "Aku menyerah!!!!! aku tau aku kacau puak kau dengan bawa manusia datang kemari!!!! aku datang sini ada tujuan!!!!!" teriak vio sekali lagi. Kali ini dengan muka kemerah-merahan seperti menahan marah. Empat orang yg berpaut di pokok mula melonggarkan pautan. Melihat si sekeliling untuk mengesan sesuatu yang dicari.

Zappp!!!!

  "Arghh!!!" semua berpaling ke arah kai yang tiba-tiba meraung.
  "Kai!!" semua berlari ke arah kai untul menyelamatkan kai daripada pegangan makhluk itu. Mereka berhenti melangkah setelah vio menghalang daripada mendekati kai.Mereka kembali berada di belakang vio.

  "Lepaskan dia!!!" marah vio kepada satu lembaga yg lengkap berpakaian sepertinya dengan kepala disembunyikan.

  "T-toloongg...." Pinta kai yg mula lemah kerana cekikan dibahagian tengkuk sangat kuat diberikan.

  "Kau ingat semudah itu ke aku nak lepaskan? hhh.....Hahahaha!!!!!" ketawa sederhana sudah bertukar menjadi ketawa yg menakutkan. "Kalau datang sini, mestila ada yg mati. Tak paham-paham lagi ke? nama je dracula...Tapi, baik. Ish3.." Sambung dracula itu sbil memperli. Vio mengetap bibir.

  "Hei, ko dengar sini baik2! aku x akan terpengaruh dengan hasutan kau dan nenek tua yg muka macam jahanam tu. Aku tau puak kau nak balas dendam atas kematian vorce. Iaitu anak didik serrim. Tapi, aku takkan berdiam diri atas dendam yg puak kau dah berikan kepada aku! " vio menyusun ayat untuk memuaskan hatinya dengan siratan dendam yg terpendam sekian lama.

  " Bukan itu saja vio... ayah Kau dah ambil buku hikmat dari volnan. Serrim hampir sekian lama mahukan buku itu. Tapi, tidak kesampaian."

  "Buku? apa yg kau maksudkan ni? aku tak tahu apa2? "

  "Itulah kau...Budak mentah x sedar diri. Masih lagi membela diri walaupun ayah kau sudah mati ditangan kau..." Perkataan 'mati di tangan kau' membuat vio tersentak. Dia tahu yang dia sudah tersalah menghalakan senjata ayahnya kepada orang yang tersayang semasa hendak menembak serrim.

  "Hei, hal dulu kau jangan perbesarkan!!!" air mata vio sudah jatuh ke pipi. Dalam samar2 cahaya, ia masih boleh melihat muka vio seakan-akan tidak boleh menerima kenyataan.

  "Hahaha...Ok lah macam tu... Aku ambik ehh budak ni. Nak masak. Lapar. " Kata dracula itu sinis. Mukanya masih tidak ditunjukkan lagi. Kai yg masih dalam genggaman dracula itu meronta kesakitan kerana tidak boleh bernafas sejak tadi lagi.

  "Lepaskan dia!! " chan tiba-tiba bersuara. Semua terkejut dengan pekikan itu. chan berlari ke arah dracula itu dan menyambar figura itu sehingga terjatuh ke tanah. Kai terlepas dari pegangan dracula itu dan segera berlari ke arah vio.

  Chan berada di atas dracula itu sbil menumbuk muka yg tidak berdarah itu. Tiba-tiba dia berhenti membuat tumbukan ke muka itu. Mukanya kelihatan terkejut. Sangat terkejut.

  Ahli lain termasuk vio berlari ke arah chan yg sedang bertumbuk itu.

  Apabila melihat wajah sebenar dracula itu, mereka seakan-akan tidak percaya. Dracula yg ditumbuk itu masih dengan senyuman sinis.

  Dracula itu ialah......

SEHUN...

Tbc...

  Maafla guys.. Sya x pandai nak buat cerita aksi and horror. Hmm..Kalau ada idea tolong beri tunjuk ajar.. Ok, sekian lama x update, finally bernafas gak. Author janji insyaallah author update ASAP eh... Bye

My Dracula Wife [ EXO CHEN ]Where stories live. Discover now