bab 44 (potion)

45 5 0
                                        

  "Aku boleh bawa kamu ke gunung berapi swetsauza. Itupun kalau kamu mahu." Kucing yang sebagai sezzy menawarkan peluang yang kalau tak diambil, rugi.

  "Eih..Saya mahu. Rezeki jangan ditolak. Maut jangan dicari." Chen berseloroh sambil menatap ungun api di depannya.

  Kamu sendiri yang cari maut, manusia...

  " Tapi kan, jauh lagi tak gunung itu daripada gua yang kita duduk skang ni?" Chen bertanya. Silanya diperkemaskan.

  " Dah tak jauh..Cuma 5 kilometer saja dari sini." Chen mengangguk. Kucing itu tersenyum sinis.

  " Kalau camtu, kita gerak esok. Hari dah larut malam. Kita rehat dulu eh..." Chen merebahkan badan di atas kayu yang didudukinya.

  "Chen, selesa tak tidur kat situ?" kucing itu bertanya. Chen mencelik kembali matanya.

  "Bolehla daripada takda." Jawab chen ringkas. " mari la tidur sini. Bulu saya lebih lembut dari kayu tu" pelawa kucing itu.

  "Eh, yeke? maseh la..." Chen merebahkan dirinya di dalam pelukan kucing gergasi itu. Akhirnya dia terlena.

  Jerat sudah dapat mangsa.....

~~~~

CHEN POV

  Aku membuka mata. Gua yang aku tidur malam tadi sudah berubah menjadi bilik bertanah yang memiliki palang kayu sebesar lengan manusia.

  Aku melihat kiri dan kanan. Longgokan tengkorak manusia membuatkan aku tersentaK. Loya dia anak tekak lebih lagi la.. Dengan bau hanyir darah manusia yang segar mahupun sudah berabad.

  "Tak sangka betapa bodohnya manusia ni!!!!" aku mengesot  berundur ke belakang setelah mendengar sergahan itu. Itu suara....

  "Lepaskan aku!!!" aku memegang palang besi itu sambil menjerit ke arah makhluk yang paling aku benci. Iaitu, ahli sihir durjana.

  "Lepaskan? tak semudah tu manusia..." A.Sihir itu menganjing. aku mengetap gigi. " Hein, macam mana kau dapat pergi ke dunia tu heh? cuba cerita pada aku apa rahsia kau! aku nak dengar!...

  Macam mana budak hingusan macam kau ni boleh masuk? nak ambil potion pulak tu..." A.Sihir menapak perlahan-lahan sehingga sampai di pintu 'sangkar' itu. Dia membuka dan terus pergi ke arah chen yang sedang menekap di sudut sangkar.

  "Eh, kau takut ke? aku tak pahamla dengan kau..."

  "Lepaskan aku!" itu sahaja yang dapat aku katakan. "pengecut" perkataan yang keluar dari mulut a.Sihir itu membuatkan aku ingin menumbuk dia dengan sekali tumbukan je.

  " Kau nak tau kan kenapa aku boleh masuk dalam dunia tu?" otakku sudah mendapat idea untuk impuls sarafku bergerak mengeluarkan kata-kata.(Ayat apekah ini dey!)

  Ahli sihir itu mengangguk dangan perlahan-lahan datang ke arahku. Aku sedikit mendongak kerana ketinggian aku hanya separas dada ahli sihir itu.

  "Apa?" mukanya didekatkan kepada mukaku. Hembusan dari mulutnya sangat panas. Seperti mengidap demam panas. Dengan jarak muka hanya tinggal beberapa cm, aku dapat menatap dia dengan lebih jelas. Kedutan seribu jelas tampak di muka. Eyebag menebal. Bibir merekah. Sumpah aku takut sekarang. anak Mataku bergetar.

  "Sebab..." Payahnya nak keluar! haduh!

  "Woi! kau nak bagitahu ke tak?!" a.Sihir itu sudah naik angin. Dia mencengkam bawah daguku dengan tangan kirinya. Kukunya yang tajam tersentuh ditengkukku membuatkan aku mendesah.

  "Kau jangan cari nahas dengan aku!" cengkaman diperkemaskan. Aku menggigit bibir bawahku kerana menahan cengkaman ahli sihir itu.

  "Lepaskan..." Aku mengetap gigi dan menolak ahli sihir itu sehingga terdorong ke belakang. Dia tidak jatuh kerana kuasa setan apa yang dia guna dapat mengawal keseimbangan dia dengan lebih efisen. Itu aku tak mahu tahu. Yang lebih penting aku nak lari dari sini.

  Aku membuat langkah keluar dari situ sehingga aku sampai di pintu sangkar. Tetapi aku merasakan kaki kiriku kejung. Urat seperti dirasakan berbelit2 di dalam.

  "Aarrh!!!!" aku memegang kakiku kerana sakitnya hanya tuhan saja yang tahu. " Sakit ke?" huh! a.Sihir itu yang melakukannya!

  Aku macam cacing kepanasan. Bergerak tanpa hala tuju dalam keadaan berbaring kerana menahan sakit. " Kau cari nahas ngan ahli sihir serrim!" dia menghentakkan hujung tongkat sihir yang sudah sedia dalam genggamannya ke tanah. Kini kesakitan sudah merebak ke paha.

  "Aahh!!!! sakittt!!!!" aku meraung. Air mata sudah keluar bercucuran ke pipi. Peluh membasahi setiap sudut. Gesekan kulit di tanah sudah sebati dengan kotoran disitu.

  Kakiku yang mengenakan seluar pendek sahaja membuatkan ia lebih sakit. Luka jelas nyata.

  "Kesiannya...Nak buat lagi ke?" aku menggeleng. Aku tak tahu sama ada menggeleng tak mau atau menggeleng sakit. "Jap, aku nak buat penutup!" dia mengangkat tongkat sihir ke atas membuatkan aku terangkat ke atas secara melentang. Kaki masih sakit dengan sihir itu.

  "Selamat tinggal" dia menghentak sekali lagi tongkat sihir itu ke tanah.
  "Aaa!!!" badanku selamat jatuh ke bumi semula. Kepalaku terhantuk ke tanah. Dengan itu, penglihatan aku kabur. Nanar. Aku memegang belakangku yang terasa perit. Ahli sihir itu meninggalkan aku.

  Akhirnya, suasana yang malap disitu bertukar kosong. Aku pengsan. Ya, aku pengsan. Aku tak tahu juga samaada aku masih hidup atau tak. Itu terserah kepada nasibku.

Tbc..
Hohoho...Ayat advanture dah sampei! huish, camne eh cerita dia lagi? kuakua...Author akan update asap minggu ni!

My Dracula Wife [ EXO CHEN ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang