PART 1

702 33 2
                                    

"Hold on,daddy!.sy pasti dorang cari kita tu..this is all my fault!Hu..huu.."

Hans tidak dapat menahan air matanya dari mengalir,bila melihat keadaan ayahnya,Gideon yang cedera parah.Paha kanan Gideon patah teruk sehingga menampakkan tulang terkeluar dari isi pahanya.Gideon menggigil menahan kesejukan dan kesakitan yg amat sangat.

Dia memerhati satu-satunya anak kesayangannya yang sudah berumur 22 tahun itu mula menangis.Hans sungguh menyesal kerana memaksa ayahnya mendaki gunung itu tanpa guider.Dia berasa megah dan hebat hanya kerana dia pernah mendaki gunung seorang diri sehingga ke puncak.Niatnya cuma mahu tunjukkan pada ayahnya,dia anak yang hebat.

Namun malang tidak berbau,dia tidak menyangka mereka akan terjebak begitu.Hans marah pada dirinya sendiri.Anak tak guna!Dia cuma pentingkan dirinya sendiri,tidak memikirkan keadaan ayahnya yg sudah agak berumur 50 tahun itu.

Hans pantas membongkar backpacknya.Melihat apa yang ada didalam.Hatinya lega sedikit apabila mendapati ada beberapa makanan ringan,pisau kecil,sekotak mancis,lighter,rokok dan kain kecemasan.Lantas dia mengambil kain itu ,dikoyakkan separuh untuk membalut paha ayahnya yg patah,dan separuh lagi kain itu diselimut pada badan ayahnya.Biarlah,dia menahan kesejukan dengan baju tebal yg dia suda sedia pakai.Yang penting ayahnya selamat.

"Hans...ini bukan salah kamu.."

Kata Gideon dengan nafas yg terketar-ketar,dia memerhati Hans yg sungguh tertekan dan rasa bersalah.Dicapainya rokok itu dan dinyalakan lighter.Asap rokok berkepul2 keluar dari mulut keridutnya.Dahinya berkerut-kerut menahan sakit yang dirasakannya..

"Daddy..i'm so sorry..."

Hans lantas memeluk tubuh ayahnya itu.Terimbas kembali diingatannya 3 tahun lalu,saat pertama kali mereka berdua berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu.Dia diajak oleh ayahnya mendaki gunung kerana berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam exam SPM.

Pada mulanya,Hans berasa agak kecewa,kerana ayahnya tidak memberikan kereta Mercedes sebagaimana yang diinginkannya.Namun semua perasaan itu berubah setelah Hans berjaya sampai ke puncak gunung dan terpesona melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.Dan dari situlah,hobinya hiking bermula..

3 DAYS LATER

"We run out of food...."

Lemah Hans berkata.Sudah 3 hari mereka terperangkap dalam lubang ais itu.Bantuan masih belum kunjung tiba.Hans mula berputus asa.Mereka tiada apa-apa lagi untuk dimakan mahupun diminum.Ayahnya pula suda kehilangan darah begitu banyak.Suhu juga begitu sejuk.Nasib saja mereka memakai pakaian yg agak tebal.Cuma tinggal pisau mini,lighter,sekotak mancis dan beberapa batang rokok yg ada.

Hans suda beberapa kali cuba membuat panggilan kecemasan menggunakan smartphonenya,namun sia2.Tiada satupun line yg ada.Dia mula memaki marah dengan situasi yg dihadapinya.Badannya terasa lemah,semua makanan ringan yg ada,dia beri pada ayahnya.Baginya,ayahnya lagi penting daripada dirinya.Beberapa kali Hans cuba memanjat keluar dari lubang itu,namun usahanya sia2.Tiap kali dia cuba memanjat,dia akan jatuh tergelincir.

Fikirannya buntu.Melihat keadaan ayahnya makin teruk,dia tidak sanggup berdiam diri.Hans mundar mandir disitu.

"Hans..." Panggil Gideon lemah.Cepat2 Hans duduk menghampiri ayahnya yang terbaring berlantaikan kain yang dikoyak dan berbantalkan begpack mereka.

"Hans..daddy nda mau..kita dua2 mati.Daddy tiada waris lain lagi,kau saja..Daddy nda mau,apa yg Daddy usahakan dengan keras dan susah payah selama ni sia2..dan jatuh ke tangan orang lain.."
"Daddy..jangan cakap begitu..kita..kita selamat juga ni...tolong bertahan Daddy...jangan kasi tinggal sy...sy pun tiada siapa2 lg...mumy pun lama suda kasi tinggal kita.."Hans genggam erat jari-jemari ayahnya.

CANNIBALWhere stories live. Discover now