PART 2

478 19 1
                                    


9 DAYS LATER

Hans terbaring lemah,matanya memandang tubuh ayahnya yang sudah tidak sempurna itu.Mungkin kerana suhu yang sejuk membuatkan tubuh itu tidak dihurungi oleh lalat.Satu pun tidak dia pernah lihat semenjak ayahnya menghembus nafas terakhir.Sungguh dia tidak menyangka,dia sudah memakan mayat ayahnya sendiri untuk bertahan hidup selama beberapa hari itu.

Kini rasa laparnya kembali menguasai diri.Terketar-ketar dia menghampiri mayat ayahnya yang sudah tidak punya kaki dan tangan.Sebahagian badan mayat ayahnya suda Hans makan isinya.Isi perutnya terburai.Usus-usus dan organ dalaman Gideon sudah terkeluar dari dalam.Namun Hans suda hilang rasa geli.

Hans mencapai pisau kecil yang terletak disamping mayat.Kain-kain yang tinggal sedikit membaluti tubuh ayahnya dia koyakkan.Dengan tangan yang terketar-ketar,Hans menghiris sebelah telinga ayahnya.Lalu dikunyahnya..emm..rasanya agak liat namun Hans tetap terus mengunyah dan menelannya.

*Brrurrr!!*

Bunyi helicopter kedengaran tidak lama kemudian.Nama dia dan ayahnya juga dipanggil-panggil dari atas.Rescuer team??Hans bingkas bangun dan mendongakkan kepala.Mengumpul segala tenaganya..

"Tolong!!!Tolong!!!Kami disini!!!!"Hans cuba menjerit sekuat hatinya.

Akhirnya..bantuan tiba juga walaupun sudah terlewat.Ayahnya tidak mampu bertahan lama.Hans pula terpaksa makan ayahnya untuk bertahan hidup.Hans berlari memeluk mayat ayahnya.Dia menghelah nafas lega.

"Daddy...sy selamat..I'm so sorry Daddy.."

Beberapa lelaki turun kebawah menggunakan tali dan segera menghampiri Hans.Terbeliak mata dorang nampak keadaan mayat yang ada disamping Hans.Hans menundukkan kepalanya.

"What the fuck?Is that your father?what happened?"Tanya salah seorang penyelamat itu.

"Ada binatang buas kah serang kamu??"Tanya lagi seorang.Anak mata dorang tidak lari dari memandang mayat ayahnya.Sungguh sadis dan mengerikan.Putus kedua tangan dan kakinya,sebahagian isi dan kulit sudah tiada,tulang rusuk suda kelihatan.Usus perut dan organ2 keluar terburai seperti dirobek dengan sesuatu benda yang tumpul.Telinga sebelahnya juga tiada.Buas sungguh binatang yang menyerang Gideon dan Hans,pikir dorang.

Hans dibawa keluar dari lubang itu.Tubuh ayahnya juga turut dimasukkan ke dalam beg mayat untuk dihantar ke hospital dan dibedah siasat.

"Sir,pihak kami mohon maaf kami terlewat menyelamatkan kamu.."Kata ketua team rescuer itu.Namun Hans hanya diam membatu.Dia masih terbayang-bayang bagaimana dia meratah mayat ayahnya sendiri dengan kejam.Dia mula risau,jika dia disyaki membunuh ayahnya sendiri.

Setiba dihospital,Hans terus ditahan untuk dirawat.Beberapa pegawai polis juga ada datang berjumpa dengannya untuk meminta keterangan.Dan,sebab risau disyaki membunuh,Hans mereka cerita.Mereka telah diserang binatang buas dan menyebabkan dorang anak-beranak jatuh ke dalam lubang itu.Binatang itu mencederakan ayahnya.Hans bernasib baik,pegawai itu sepertinya percaya apa yang dikatakannya.Keluar saja mereka,Hans mengeluh lega.Walhal ayahnya sendiri yang merelakan kakinya dimakan.

Dia tidak mahu ayahnya dibedah siasat atas sebab dia tidak mahu merosakkan mayat ayahnya yang memang sudah cedera teruk.Padahal,Hans risau segala yang dilakukannya akan terbongkar.Dia akan dihukum penjara.Dan jika itu berlaku,dia tidak dapat tunaikan permintaan ayahnya.Pihak hospital akur dengan keputusan Hans.

Sekembali ke tanah air,pengebumian bussinesman Gideon Manuel dijalankan.Cuma saudara mara dan rakan terdekat ayahnya sahaja yang hadir memberikan penghormatan terakhir.Almarhum Gideon dikubur di sebelah kuburan isterinya.Hans dapat mendengar para tetamu berbisik-bisik tentang kematian ayah Hans yang mengerikan.

CANNIBALTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang