PART 12

248 22 11
                                    


"I told you already!Saya nda mau masuk kerja dalam beberapa minggu ni!Saya nda mau kena ganggu!Saya ada urusan mau diselesaikan!"

Hans membentak.Que Sille kedengaran mengeluh di corong hp.

"But,Hans..semua company yang ada share sama company kita mau kau juga yang datang meeting hari ni..you cant reject this meeting.Otherwise the will refuse and walk away..tanpa share,Manuel Trading will have nothing!And you have to start again dari bawah!"

Suara Que Sille tegas di talian panggilan.Hans mendengus marah.Dia menendang tin kosong yang ada didekatnya itu sehingga terpelanting jauh.Geram.Masa yang tidak sesuai juga inilah meeting diadakan.Baginya yang penting buat masa itu,adalah mengurus Alvin dan Crystal yang sudah dia bawa balik dirumah.

"Huh!!Give me 15 minutes and I'll be there!!"

*tet*

"Damn it!Damn!Damn!!Uggh!!"

Hans merenung Alvin dan Crystal yang masih tidak sedarkan diri dibelakang kereta 4wheel yang dibawanya tadi.Hans berfikir dia tidak boleh mengurung kedua-dua orang itu didalam stor bersama-sama.Pasti mereka akan bekerjasama melepaskan diri apa juga cara sekalipun

Hans mengheret dan mengikat Alvin di kerusi kemudian menguncinya di dalam stor garaj.Sementara Crystal pula Hans kurung disalah satu bilik yang lengkap dengan bilik air.Bilik itu juga dia kunci.Kemudian Hans bersiap-siap untuk ke syarikatnya.Mujur saja gatenya tidak rosak teruk gara-gara dilanggar kereta Alvin hari itu.Cuma locknya saja yang patah.Suis gate masih berfungsi.Hans menggunakan rantai besi dan mangga untuk mengunci gatenya.

Ikutkan hatinya,dia tidak mahu hadiri meeting itu.Namun ada betulnya juga apa yang dikatakan Que Sille.Dia tidak mahu kehilangan syarikat hasil dari titik peluh ayahnya hanya kerana keinginan dia mahu makan makanan kegemarannya itu.

*              *               *                *           *

"God..Alvin ko dimana ni?Dari tadi saya kol ko nda angkat..."

Mrs Jessita dari tadi mundar mandir di dalam restoran.Willer yang ada di kaunter hanya mengerutkan dahinya.Hati Mrs Jessita sungguh risau.Sungguhpun Alvin itu anak tirinya,namun bagi Mrs Jessita dia sudah anggap Alvin seperti anak kandungnya sejak dulu.Willer meninggalkan kaunter dan mendekati Mrs Jessita.Beberapa pelanggan mula berbisik sesama sendiri melihat Mrs Jessita yang tidak tentu arah.

"Madam...whats wrong?"

Tanya Willer hairan melihat bosnya itu dari tadi mundar mandir saja kerjanya.Riak wajah bosnya kelihatan cemas dan risau.Dari tadi dia melihat Mrs Jessita cuba menghubungi seseorang.

"Alvin bha..dari tadi pagi sampai petang ni belum lagi saya dapat khabar.."

"Dorang pigi mana juga Madam?"

"Dorang pigi cari abang c Crystal yang hilang tu..Willer..macamana ni..lain betul saya rasa ni.."

Mrs Jessita mendail lagi nombor Alvin dan Crystal.Namun masih tiada respon.Tangan kirinya memegang dadanya.

"Willer,teman saya pigi suatu tempat.Suruh c Amber yang jaga kaunter dan Mika yang jaga pekerja lain.."katanya dengan nada risau.

"Bha yalah yalah..saya pigi inform dorang dulu."

"Bha cepat sikit.Saya tunggu dalam kereta."

Willer bergegas ke dalam inform Mika dan Amber.Kemudian masuk ke dalam kereta Mrs Jessita.Mrs Jessita memasukkan nombor koordinat yang Alvin beri tadi.Enjin kereta dihidupkan.

CANNIBALWhere stories live. Discover now