*Taakkk!*
Hans terjaga dari tidurnya apabila terdengar bunyi dari tingkat bawah rumahnya.Matanya melirik jam di dinding biliknya.2.40 am.
*Tap!Tap!Tap!*
Bunyi itu kedengaran seperti bunyi tapak kaki yang sedang menaiki tangga menuju ke tingkat atas.Memang jelas Hans dengar bunyi itu sebab biliknya berdekatan dengan tangga.Hans bingkas bangun.Dengan perlahan dan tanpa bunyi,Hans mencapai sebatang besi di bawah katilnya yang memang sudah dia simpan disana sekian lama.
Hans bersembunyi dibelakang pintu biliknya yang berbuka.Memang sudah kebiasaan dia tidur dan biar pintu biliknya terbuka.Sebab dia hanya tinggal seorang dirumah besar itu.Hans menarik nafas dalam-dalam.Batang besi itu digenggam kemas.
*Tap!Tap!Tap!*
Bunyi itu semakin dekat.Walaupun dalam gelap,Hans dapat melihat bayangan orang itu masuk ke dalam biliknya.Dia menuju ke katil Hans dan serta merta menikam berkali-kali bantal peluk yang tertutup dengan selimut itu,yang disangkanya Hans.Hans hanya memerhati di sebalik pintu.
"What the??"terkejut lelaki itu apabila menyedari Hans tidak ada dikatil.Yang ditikamnya rupanya bantal peluk yang tertutup dengan selimut tebal itu.Dia mula menggelabah memandang sekeliling.Dan tanpa dia sedar,Hans sudah pun berada dibelakangnya.
"You mess with the wrong person."Kata Hans.
*Bukk!*
Sekali saja Hans hayunkan batang besi itu dan lelaki dihadapannya rebah ke lantai tidak sedarkan diri.Hans cepat2 membuka lampu biliknya.Lelaki yang pengsan itu memakai topeng dimukanya.
'Who is he?!Why is he want to kill me?!'
Hatinya berdebar-debar melihat lelaki yang menceroboh rumahnya.Jari jemarinya membuka perlahan topeng lelaki itu untuk melihat wajahnya.
"Uncle John??"
Hans terundur ke belakang.Terkejut.Dia tidak menyangka,sepupu bapanya itu sanggup bertindak sejauh itu semata-mata mahu memiliki syarikat ayahnya.Hans teringat semua yang pernah dilakukan John pada ayahnya sewaktu ayahnya masih hidup.
Memang suda banyak kali John Savvan cuba menipu dan memperdaya ayahnya dulu.Namun semuanya tidak pernah berjaya.Sehinggalah Hans mewarisi syarikat itu,pun John Savvan masih tidak berhenti-henti mengganggunya.Tapi Hans tidak pernah terfikir,unclenya itu sanggup membunuhnya.Sanggup bertindak sejauh itu!
"Shit!!I should call the police now!!"
Hans bergegas mengambil hpnya di atas meja sebelah katil.Namun baru sahaja dia mahu mendail,Hans berfikir pasti unclenya itu terlepas jua.John pasti menggunakan wang untuk merasuah pihak polis dan akhirnya menyalahkan Hans.Dia tahu persis apa unclenya itu.John Savvan seorang yang licik!
"Damn it!!Argghh!!"
Hans naik berang memikirkannya.Akhirnya dia mengheret John ke dalam stor garajnya melalui pintu belakang.Dia mengikat tangan dan kaki John dengan tali.Menyumbat mulutnya dengan kain.Kemudian dia tinggalkan John sendiri didalam stor dan masuk kerumah.
Hans mengambil gelas dan menuangkan wain kedalamnya.Sakit hati dan marah masih menyelubungi dirinya ketika itu."You crossed the line John,and now you will face the consequences!"
* * * * *
'Bro..i'm gonna fly back to Korea next week.If you have free time,just let me know okay.'
SEND
PENDING

ANDA SEDANG MEMBACA
CANNIBAL
Tajemnica / ThrillerTAJUK : CANNIBAL (COMPLETED) GENRE :MYSTERY,THRILLER,ROMANCE,GORE,18sx LANGUAGE : B.M/B.I/SABAHAN DIALEK PERINGATAN Cerita ini tidak ada kaitan pada yang masih hidup dan yang telah mati.Namun begitu,cerita tentang pengamal kanibalisme ini...