Bab 1

19.2K 427 6
                                    


Orang kata bila jatuh cinta dunia kita nampak indah. Rasa bahagia yang meresap jiwa tu, kita rasa nak biar dia kekal disitu. Tapi, indah ke cinta itu, bahagia ke cinta itu jika rasa itu lebih daripada rasa pada Pencipta kita? Siapa je yang mampu haling rasa tu, dah datang nak buat macam mana kan? Tapi, awak lupa ke yang datang tu juga dari Pencipta kita.

"Amboi lekanya cik kak mengarang ayat dekat blog. Sudah tu, pergi masak jap beb. Aku lapar ni." Masha menepuk bahu sahabatnya. "Eh, pemalas. Kau pergi cari maggi dalam kabinet dapur tu, and then jerang air. Lepas tu tuang, bukan susah sangat. Tunggu 2 3 minit, siap dah." Tu dia panjang lebar cara-cara masak maggi dari cik kak kita ni.

Assalammualaikum, saya yang digelar cik kak. Nama sebenar saya Intan Mardiah Faridah Naqidah Umaiyah Saodah binti ... Hahahaha. Apa aku merepek ni, maaf readers. Segan nak beritahu nama sebenar sis. Ok, sis dah ready na perkenalkan diri sis.Bismillahirrahmannirrahim. My name is Aisya. Aisya binti Din. Simple kan? Yang Makcik kena bebel dengan aku tadi is my bestfriend merangkap adik kesayangan. Namanya Masha bin Din.

"Ala kak, tak kan kau tak sayang aku? Please." Kelip-kelip dah mata Makcik ni depan aku. Aku pun angkat la juga badan aku yang malas ni. Melangkah lah ke dapur. Dalam hati yang nak menggila ni nak je sakat adik aku dengan merangkak ke dapur. Tapi karang mahu dia kata aku buang tabiat.

"Hahh, kau nak makan apa?" Muka Masha dah tersengih. Jari bermain di dagu memikirkan apa yang dia idamkan sekarang. "Haish, lamanya kau fikir. Aku masakkan inti ayam kebab. Kau makan dengan roti tak pun nasi. Ok?" "Hah lagi nak sedapkan, aku tambah cheese. Uish meleleh air liur." Aku cadang. "Boek ah kak."

Selesai saja aku menukang menumbuk menyanyi menulis memasak di dapur, aku hidang di atas meja ruang tamu depan TV. Uish, asik buk. "Adik, kau bawa roti dengan periuk nasi depan ni. Aku lapar lak." Sudah keluar arahan mandatori dari kakak yang suka membuli adiknya. "Malas lah." Apa lagi, laju saja tangan aku menampar kaki nya. "Ewah-ewah sedap je yea kau Makcik. Dah bagi betis na paha, aku bagi lutut sat gi. Apah tak da." "Hah, jap." Terkumat-kamit mulut Makcik tu. Mengutuk aku la tu. Alhamdulillah, tak pasal-pasal aku dapat pahala free.

"Kak, tak senonoh punya anak dara. Makan depan TV dengan periuk nasi, periuk lauk. Apa nak jadi dengan kamu ni? Dah 25 tahun da kan?" Sudahan bebelen dari ayahandaku tercinta. Aku dah garu kepala, yang Makcik tu dah cabut ke dapur acah dia tak terbabit. Padahal, dialah punca bermulanya semua ini. Ok, back to my daddy. "Erk, Waalaikumussalam ayahanda. Meh jemput makan. Kakak masak sedap ni. Rasa lah sikit air tangan anakanada yang comel." Sudu yang berada tangan sudah berpindah milik ke tangan ayah.

Ayam kebab cheese yang di dalam periuk di kaut ayah. Lalu, perlahan-lahan masuk ke mulut, kemudiannya melintasi tekak dan seterusnya usus dan akhir sekali perut. Uish ayah amik feel pejam mata ibarat masakan ku seperti chef hotel lima bintang. "Sedap." Puji ayah. Bangga. Kembang kuncup hidungku menerima pujian. "Masha amikkan ayah pinggan. Lapar ni. Kamu pun sini mari makan sekali.Tak perlu nak acak rajin di dapur tu." Uish rasa nak tergolek bila ayah cakap camtu. Hahaha. Tak sangka dia join sekali. Bagaimana acuan begitulah kuihnya, bagaimana cool ayah, begitula cool anaknya.

"Masya Allah. Din, kamu ni yang join anak kamu makan depan TV ni kenapa." Telinga ayah dah ditarik oleh Tok Mami. Tu dia, merah telinga ayahandaku. "Maaf mummy." Makcik yang dari dapur tu dah terkekeh ketawa melihat ayah diperlakukan sebegitu. Jelingan dari Tok Mami terus mematikan ketawa Masha, tapi aku tidak. "Tok Mamiiiiii, I miss you." Aku peluk erat pinggang Tok Mami, telinga ayah dah dilepaskan. Rambut ikal mayang ku diusap lembut. Perlahan tanpaku sedar Tok Mami bertukar arah memiat pula telingaku. Mahu capang telinga aku macam Ceplos tak pun seperti pelawak Nabil tu.

"Kamu ni Aisya. Nama dah feminine tapi pakaian lansung taka da menunjukkan kefemininenan kamu. Apalah nak jadi anak beranak dalam rumah ni. Nasib baiklah Masha elok je terbentuk jadi perempuan sejati." "Ala, Tok Mami. Aisya ni pun terbentuk apa jadi perempuan. Tak da lak fizikal ni macam lelaki. Cukup serba serbi." Berani aku menjawab. Telingaku makin ditarik tinggi. Pedih.

"Hujung minggu lepas, ada yang bertanyakan kamu. Tok Mami dah setuju terima anak lelaki mereka sebagai menantu cucu Tok Mami. Hal ini pun ayah kamu dah tahu tadi, Tok Mami beritahu dalam perjalanan ke sini tadi."

"Whaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat??????!!!!!!!" bergegar taman perumahan ni dengar jeritanku.

'Pap' Surat khabar yang berada di tangan Tok Mami telah mendarat ke atas kepalaku.

"Masha, bawakan barang Tok Mami ke bilik. Sediakan Tok Mami teh ais sejuk sekali." Langkah Tok Mami ala diva ke kamar beradunya. Aku dah terjelepok jatuh ke lantai, terkejut dengan warkah berita yang disampaikan oleh mulut Tok Mami sebentar tadi. 'Ohhhhh Noooo.' Jerit kecil hati ku.

"Ayahhhhh."

"Tak yah nak drama lah kakak. Tok Mami dah buat keputusan dah pun." Suara ayah kedengaran serius. "Kakak ok je. Baru nak cakap dengan ayah malam ni untuk carikan kakak jodoh. Kawan-kawan semua dah ada suami dan anak-anak. Kakak ada anak mata, anak tekak, anak apa lagi." Orang tua ni dah garu kepala melihat reaksi anak sulungnya. "Dah tu tadi reaksi apa? Dengan jerit macam tu." "Acah je drama dengan Tok Mami tadi. Kalau Tok Mami ni kita kena bagi umpph sikit. Bekas pelakon wanita terkenal lah katakan. Primadona tu." Aku dah tersengih dan ayah sambung makan. Malas layan aku lah tu.

"Kakak mesti rindukan ayah lepas ni. Pape pun, kakak sentiasa sayangkan ayah." Aku mengucup pipi ayah. Lantas, membawa diri ke bilik. Sudah bergenang air mata. Sanggupkah dia melepas keluarga kecil nya dan masuk ke dalam keluarga yang lain, pasti janggal.

-CKK-

AisyahWhere stories live. Discover now