Bab 2

8.4K 325 2
                                    

Din yang masih berada di ruang tamu mengusap kesan ciuman anak daranya itu. Anak yang paling rapat, manja dan sayang. Aisya sudah menggantikann tempat isterinya sejak umur 10 tahun lagi. Siapkan makan minum nya, pakaian kerjanya dan menjaga anak bongsunya. Sifat keibuan telah ditonjolkan anaknya selepas kematian isterinya 15 tahun yang lepas. Dunianya terasa kelam selepas kehilangan wanita yang sangat dicintai. Tapi, Aisya yang masih kecil itu sentiasa ada menenangkannya. Anak sulungnya juga lah tempat dimana dia melepaskan rindunya, wajah Aisya mirip sekali isterinya. Lagi-lagi lensa mata mereka yang hijau emerald.

"Eh ayah, cik kak tu mana? Ayah siapa bakal abang ipar Masha? Hensem tak? Ada macam artis-artis Korea tak?" sudah membebel Makcik ni. Din memandang anak keduanya, manis sahaja. "Kamu ni asyik dengan K-Pop je. Nanti-nanti kamu kenal lah abang ipar kamu tu." "Ala adik tengok K-Pop pun adik ingat pesan ayah dengan kakak. Solat jaga, mengaji jangan lupa. Biasalah anak muda, leka jap dengan dunia. Bak kata kakak 'Dunia yang indah ni semua permainan sahaja. Sementara. Kalau kita harapkan dunia tempat bersandar, bukan pilihan yang bijak. Jadikan dunia ni tempat beramal, dunia tempat kita upload pahala banyak-banyak.' Uish tu dia berfalsafah sebentar, bersama Ustazah Masya." Gelak pula Makcik ni dengan kata-katanya sendiri, Din yang mendengar tersenyum, lega kerana anak keduanya ini mempunyai kakak yang tak lupa untuk memberi nasihat dan menegur,

"Dah kamu tolong kemas ni. Ayah dah kenyang. Nanti tengok kan kakak kamu tu. Dia masih terkejut tu." Pesan Din.

Malam sudah pun menjelma. Langit gelep ditaburi dengan bintang-bintang yang bersinar. Sungguh indah dan cantik ciptaan yang telah Allah jadikan. "Hah." Masha menepuk bahuku dengan kuat. Aku berpusing, maka bergemalah jeritan dari sang kuntilanak. "Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh" Tanganku menekup mulut Masha dan topeng hantu yang dipakai ditanggal. Ketawa aku pecah. "Cis, bedebah punya kakak.Habis keluar anak tekak aku terpekik macam ni." "Tahu pun. Selama ni kau terkejut dengan cara tepuk bahu aku tanpa salam tu tak gugur jantung aku. Ala, lagipun aku rindu sakat kau." Aku mengusap lembut rambut Masha dan akhirnya tangan nakal ku mengusutkan rambutnya. Kedengaran esakan dari Masha membuat kan tanganku berhenti. "Chill lah. Sakat sikit je kot. Sorry." Aku da mendongak sikit memandang wajahnya yang merah sebab menangis. Harap maklum, Makcik ni tinggi 10 cm dari aku. So, diam jangan nak kutuk-kutuk. Pendek itu comel.

"Eh berhenti nangislah. Aku gurau je kot. Kalau kau takut sangat tidur sorang, tidur dalam bilik ni." Aku cuba memujuk. Kaki Masha melangkah ke almari dan mengeluarkan Toto. Toto dihamparkan ke atas lantai. Bantal dan selimutku dicampak ke Toto. "Kau ni dah kenapa?" Aku musykil. "Rindu kau. Janganlah kahwin. Siapa nak jaga aku dengan ayah? Aku tak reti masak, nanti ayah kebulur. Aku pun kebulur. Siapa lagi nak bebel dekat aku? Siapa nak nasihatkan aku? Siapa nak marahkan aku? Siapa nak backup aku kalau ayah marah? Siapa nak sakat aku?" Ah sudah cucu Tok Mami sorang ni, Masha ni pun dua kali lima dengan Tok Mami. Drama air mata, perghh. Boleh buat orang sekeliling turut rasa hiba tu. Aku memeluk Masha, uishhh sebak do dengar tangisan Makcik ni.

"Dah sudah? Nah handkerchief." Aku hulur pada Masha. Tangisan tadi telah pun berhenti. "Nak tidur." Kata Makcik tu pulak. Aku menyanyikan selawat dan usap rambut Masha. Akhirnya, dia dibuai mimpi indah.

"Eh budak bangun. Jom qiamullail." Terpisat-pisat Masha mencelikkan mata. Siapa je yang sanggup bersengkang mata pada satu pertiga malam untuk beribadah. Jarang sekali. Aku mengimamkan solat sunat Taubat, solat sunat Tahajud serta solat Hajat. Kami sama-sama membuka kalam Allah dan membaca bersama. Jika ada salah tajwid atau cara bacaan kami akan menegur satu sama lain. Selesai saja qiamullai, aku duduk menghadap Masha. Aku mengusap rambutnya dan menarik satu nafas panjang.

"Aku nak buat ayat sedih ni. Kau jangan nangis macam buat drama semalam. Kau buat, aku hempuk." Aku memberi amaran. Maklumlah, tak nak ah jiwang-jiwang, tak cool. "Setiap pertemuan akan ada perpisahan. Tak kiralah hubungan macam mana pun, kekeluargaan, kekasih, persahabatan mahupun adik-beradik. Perpisahan dunia hanyalah perpisahan sementara. Bukanlah aku kata perpisahan dengan orang yang dah pergi tu perpisahan kekal. Aku kahwin, aku still ada untuk kau jumpa. Aku meninggal, kau still boleh jumpa tapi di alam lagi satu. Aku faham, siapa je mampu lepaskan orang yang kita sayang, lepaskan pula pada orang yang kita tak kenal siapa dia. Macam mana orang tu, perangai orang tu, mampu ke dia berikan kebahagiaan dan kasih sayang macam mana kita bagi pada orang yang kita sayang tu.But, dear, Allah dah tetapkan seseorang untuk dipasang-pasangkan dengan siapa. Dalam Al-Quran pun ada cerita, orang yang baik, untuk orang yang baik dan orang yang jahat untuk orang yang jahat. Aku akan cuba pandai bahagikan masa untuk suami aku, kau dengan ayah. Gila kau, walaupun suami aku tu orang yang paling perlu aku hormat. Aku still akan balik pada korang juga, sebab kau dengan ayah orang paling istimewa yang pernah hadir dlam hidup aku. Termasuk ibu. Tapi, apa-apa pun utama aku adalah Allah, tanpa Dia. Aku bukanlah siapa-siapa. Redhakan hati, berserah pada Allah. Doakan untuk kakak kau ni, untuk Allah hadirkan teman hidup yang mampu terima baik buruk aku. Waktu ni, waktu aku. Waktu akan datang, kau pula. Lagi kesian Ayah. Dia ada Tok Mami dengan kita berdua je."

"Betul, kata kakak. Ayah hanya ada Tok Mami, Aisya dan Masha. Ayah sayang korang berdua dan ayah beruntung tambah rasa bersyukur sebab ibu tinggalkan dua permata hati yang selalu mengutamakan Ayah walauapapun berlaku." Kata Ayah yang muncul di muka pintu.

Aku dan Masha mendakap erat Ayah. Dialah lelaki yang tidak boleh digambarkan dengan kata. Banyak sudah yang telah dia hadapi dalam membesarkan kami berdua. Orang tua-tua dulu pernah berkata membesar seorang anak perempuan lebih susah dari menjaga seekor lembu dikandang.

Bermacam ragam dalam membesarkan anak perempuan. Ini tak kena, itu tak kena. Mulut ada saja membebel menunjukkan ketidakpuasan hati. Nak itu, nak ini.

Bukan hal ini yang menyebabkan para bapa berasa susah dalam perjalanan hidup membesarkan anak perempuan. Tapi kerana tanggungjawab yang perlu dipikul hingga ke hari akhirat. Tentang dalam menjaga dan melindungi isterinya, ibunya, adik-beradik perempuannya serta anak perempuannya. Sedangkan sehelai rambut yang ditunjuk pada mahram pasti akan disoal oleh Allah di akhirat nanti. Bagaimana, si suami, si ayah, si abang, si adik lelaki akan menjawab tentang itu? Hanya Allah sahaja yang akan tahu.

"Sudah tu. Subuh nanti kita Jemaah. Pergi tidur sana." Ayah mengucup dahi kedua-dua anaknya. Terbit senyuman di bibir kami.

-CKK-

AisyahWhere stories live. Discover now