Bab 12

5.9K 304 9
                                    

"Her?"

"Maya."

Althaf terkejut. Daripada mana Aisya tahu nama Maya?

"Awak selalu sebut nama dia waktu awak peluk saya." Aisya menjawab seperti tahu pertanyaan hati suaminya.

"Yes, I love her. I love her a lot. I always love her. Love her till the end of my breath."

Kepala katil digenggam Aisya kuat. Tangannya menggeletar mengangkat dulang. "Maaf, saya minta diri dulu. Awak berehatlah." Aisya menutup pintu bilik suaminya. Deras air mata laju menuruni pipinya. Dadanya terasa sakit, Allah sahaja tahu. Dia menunduk dan pintu bilik suaminya dibuka semula. "Izinkan saya balik rumah ayah untuk beberapa hari. Sebelum bergerak esok, saya akan siapkan pakaian dan beg awak sebelum fly." Dan sekali lagi, Aisya dibiarkan sepi.

21.12.2016; 22:19

Aku masih lagi dibiarkan terkapai-kapai. Dah hari keberapa yea awak ignore saya?

I need him, I miss him, and I love him. Ya Allah, please let him love me.

Esok aku ingin melawat ayah, rindu ayah. Rindu juga adikku yang seorang itu. Dengar khabar dia sudah berbadan dua. Hahaha. Alhamdulillah, tak lama lagi aku akan pegang gelaran 'Makcik'. Masha menanya tentang keadaan aku dan Althaf. Bila aku nak berikan dia gelaran Makcik pulak. Hahaha. Andai kau tahu, adik...

Aku teringin nak jadi seorang ibu, sungguh teringin. Aku cemburu dengan Ida dan Dayah yang bakal menimang cahaya mata baru. Tapi aku bersyukur kerana mereka dikurniakan rezeki anak yang banyak.

Awak, saya rindukan awak sangat. Saya nak berada dalam dakapan awak sekarang. Tapi, tak mungkin sebab awak tak cintakan saya. Saya rasa sakit awak, sakit sangat dekat dada ni. Awak lebih cintakan dia. Kata awak masih bermain di kepala saya, beruntung dia kerana mendapat cinta suami saya dan saya akan tetap tunggu cinta awak. Awak, saya rasakan mungkin ada sebab kenapa awak asingkan tempat tidur kita, asingkan saya dari hidup awak.

Aku nak sangat berjumpa dengan Maya. Nak lihat, wajah bidadari yang suami aku cintakan. Mungkin, suatu hari nanti. Cukuplah sampai sini nukilanku. Terima kasih menjadi tempat untuk aku luahkan segalanya.

Air matanya tidak dapat ditahan.

-CKK- 

AisyahWhere stories live. Discover now