Bab 20

7K 337 7
                                    

"Abah, Masha dengan Mustaqim sampai dah."

"Kakak." Masha masuk-masuk terus memeluk aku. Dah kenapa budak ni? Nak buat scene ala-ala jejak kasih ke apa?

"Hi, Mustaqim. Masuklah. Dah kenapa tercegat kat luar tu? Abah ada dekat dalam."

"Sudah tu, Masha. Tahu lah rindu tapi tak perlu over macam ni. Jom makan, aku masak makanan favorite kau. Daging goreng kunyit." Masha mengheret pantas kakaknya ke dapur.

"Apa lagi, Sayang baca doa makan." Tudia bila emak buyong kebulur. Hodoh rupanya.

Aku menggeleng kepala. Selesai menjamu selera malam itu, kami berkumpul seperti biasa di depan TV dan melayan Hindustan. Hari Rabu kot, Hindustan lah kita malam ni.

"Kau ok?" bisik Masha ditelinga aku.

"Dah kenapa nya?" Aku pun turut membalas dengan berbisik.

"Along mana?"

"Fly."

"Tipu."

"Betul."

"Tipu!" Suara Masha kuat.

"Eh kenapa korang ni? Masha tak elok." Ayah menegur.

"Kakak backup menantu abah."

"Backup, what do you mean?"

"Lusa, Along kahwin kan?" Mata aku terus memandang tajam Masha. Macam mana adik aku tahu.

"Nope."

"Nah, ni buktinya. Sekarang, kakak nak tipu apa lagi?" Masha menunjukkan telefon bimbitnya yang memaparkan akaun Instagram Maya. Kad kahwin dipostkan.

"Benda boleh bincang." Aku cuba memujuk Masha. Aku tak naklah dia mengamuk, badan dia bukan kuat pun sejak berbadan dua ni.

"Kakak. Betul ke?" Pertanyaan daripada Ayah membuatkan aku diam terkelu. Tak tahu nak berikan jawapan apa.

Untuk mengelakkan dari Masha terus tempelak suaminya. Baik dia memberanikan dirinya memberitahu cerita sebenar. Aku mengangguk, ayah memegang dadanya. Masha terduduk. Mustaqim aku lihat dia cuba memberikan aku senyuman, senyuman supaya aku terus kuat. Aku pergi dekat Ayah, tangan dia aku genggam.

"Suami kakak perlukan cinta untuk bahagia. Jadi, dia dah jumpa cinta yang dicarinya. Malah, untuk elak mereka dari terjebak dengan fitnah atau zina. Althaf meminta izin pada kakak untuk bernikah sekali lagi. Ayah, kakak tak dapat berikan cinta yang apa Althaf mahu, sebab tu kakak izinkan dia. Ini bukan kes dia curang atau menduakan kakak. Tapi, kakak yang izinkan. In sya Allah, dia tetap suami yang akak cinta sampai syurga dan menantu yang ayah paling sayang."

"Kak, kau tak terluka ke?" Mustaqim bertanya.

"Alala, kau terluka ke aku cakap Along menantu kesayangan Ayah. Jangan risau lah, ayah pun sayang kau." Aku cuba mencipta gurauan. Tapi, suasana kekok bila semua diam memandang aku yang ketawa kecil. Ayah memberikan ciuman di dahiku. "Ayah tahu kamu kuat. Althaf patut sedar yang anak ayah ni terlalu cintakan dia. Anak ayah patut dihargai."

-CKK-

AisyahWhere stories live. Discover now