Bab 32

13.7K 396 63
                                    

Althaf menangis di dalam kereta. Kini keretanya berada di tanah perkuburan yang menempatkan arwah Aisyah dan anaknya.

Kakinya perlahan-lahan melangkah mendekati kubur Aisyah. Dia bentangkan tikar dan duduk. Alunan Yasin berkumandang di tanah perkuburan itu dengan nada hiba. Sesalan mencengkam jiwa mengabaikan isteri yang mencintainya sepenuh hati. Tika ini dia tidak endah dan malu jika dia dilihat lemah kerana menangis. Sungguhnya dia patut malu dengan Allah apabila dia melayan arwah isterinya teruk.

"Aisyah... Abang minta maaf. Maafkan atas kesalahan yang abang pernah buat pada Aisyah. Sungguh Aisyah perempuan yang terbaik pernah hadir dalam hidup abang dan abang tidak pandai hargai. Abang menyesal. Baby... Maafkan abi kerana abi lah ummi menderita. Ummi sentiasa menangis dalam menjadi isteri kepada abi. Malah, kerana abi juga baby tak dapat tengok dunia ini." Althaf menahan tangisnya.

Sebelum dia beredar dari kubur itu sempat dia berbisik, "Bahagialah dan tenang isteriku disana. Sabarlah dan terus menanti, in sya Allah akan tibanya masa nanti abang turut serta sayang disana. Percayalah Aisyah, Aisyah sahaja satu-satunya bidadari syurga abang dunia dan akhirat. Anak abi, tolong jaga ummi untuk abi. Semoga kita jumpa di akhirat sana nanti."

-TAMAT- 

-CKK-


AisyahWhere stories live. Discover now