Bab 26

7K 290 7
                                    

"Abang..." Aisyah mencari suaminya. Dengar bunyi kereta diparking di luar tadi, tapi tuannya entah hilang ke mana. Kini dia sudah 2 bulan duduk serumah dengan suaminya dirumah mereka dan kehidupan mereka bahagia sahaja. Althaf melayan dia baik, sungguh dia bersyukur dengan takdirnya sekarang.

"Baa!" Althaf memeluk Aisyah yang berbadan dua itu. Aisya menepuk bahu Althaf, "Ish! Abang ni, terkejut Aisyah dibuatnya."

"Alolo sayang comelnya merajuk." Pipi bulat Aisya kini yang semakin berisi dicubit-cubit.

"Abang mulai esok, setiap Jumaat-Ahad akan pergi ke Johor. Ada projek yang perlu diuruskan di sana."

"Alhamdulillah, abang. Buat yang terbaik dan Aisyah doakan semoga urusan projek abang disana dipermudahkan. Please don't naughty." Aisyah mencuit hidung suaminya.

"Abang minta maaf sebab tak boleh bawa Aisyah disana. Abang stay sana pun dengan member officemate yang bujang. Kalau ada rezeki lebih sedikit, kita pindah sana ye." Pujuk Althaf, dia tidak mahu isterinya terasa. Maklumlah, sebagai suami dia tidak sepatutnya meninggalkan isterinya sendirian di rumah waktu-waktu nak dekat dengan due date begini. Tapi, hatinya tak perlu risau sangat kerana umminya dan ayah mertuanya ada untuk melihatkan keadaan Aisyah.

Alhamdulillah, lepas kes dia putuskan untuk tidak meneruskan perkahwinannya dengan Maya hubungan Aisya dan umminya baik dan semakin rapat sebelum ini.

Malam selepas mereka menunaikan solat Isyak berjemaah, Althaf sedang berbaring di katil mereka sambil melihat isterinya yang lincah mengemaskan dan menyediakan begnya. Dia melihat wanita tabah itu dari rambutnya yang ikal panjang, muka yang bujur sireh, dengan mata bulat berwarna hijau tambah seri dengan lentikan bulu mata yang panjang dan lebat, turun pula ke hidung mancung macam orang Arab dan bibir yang merah bak delima. "Amboi, menikmati indahnya ciptaan Allah ke, bang?" Teguran Aisyah menerbitkan senyuman di bibir Althaf.

"Macam manalah abang nak tinggalkan isteri abang sorang dekat sini? Tak sampai hati pula."

"Abang, jangan risau baby dengan Aisyah faham. Kan anak ummi?" Aisyah mengusap kandungannya yang kini berusia 8 bulan. Rasa tak sabar pula menunggu lagi sebulan menanti kehadiran cahaya matanya ini hadir ke bumi. Tiba dia rasa ada tendangan dari dalam kandungannya.

"Abang, he kicks." Teruja sungguh Aisyah.

Althaf menekap telinganya di perut isterinya. Lalu, dia cium di tempat yang sama. 'Maafkan abi. Kalaulah ummi tahu apa yang abi lakukan, pasti ummi tidak dapat maafkan abi. Anak abi, maafkan abi.' Bisik Althaf.

Aisyah memberanikan diri membelai rambut suaminya. 'I love abang. Always love you.'

-CKK-

Sila comment dan vote kalau nak update lagi... ^_^

AisyahWhere stories live. Discover now