Bab 7

5.8K 311 0
                                    

"Sorry bro. Panik semuanya." Althaf memohon maaf kepada kawan-kawannya.

"Drama do isteri kau."

"Kau kenapa Kamal? Dari tadi dok buruk-burukkan isteri si Althaf. Ingat Althaf ni tak ada perasaan ke?"

"Kau kecewa? Sebab Maya tak tahu Althaf ni kahwin. Kau dah tahu Althaf ada isteri, kau pergi jelah pikat perempuan tu. Biar Althaf ni bahagia dengan Aisya. Kau nak juga Maya dengan Althaf sebab tak nak Maya sedih. Kawan apa kau macam ni? He's already married." Tambah Syafiq bengang dengan sikap Kamal yang agak bodoh.

"Kau masih cintakan Maya, kan? Kau kahwin ni pun sebab terpaksa." Kamal memprovok lagi.

Althaf menunduk, tak mampu mengiya dan menidakkan kata-kata Kamal. Maya sepupu Kamal, tanpa Kamal dia tak akan dapat kenal Maya. Tapi, Maya dah hancurkan hati dia dengan memilih kerjaya dari perhubungan mereka.

"Dah ah. Aku nak balik. Kau dengar apa aku nak cakap ni baik-baik, Althaf? Kau berani sia-siakan Aisya, aku tak teragak-agak untuk rampas dia dari kau. Kau kenalkan aku macam mana?" Syafiq berlalu pergi.

Althaf agak terkejut dengan apa yang dikata Syafiq. Yup, dia tahu Syafiq tak akan cakap kosong dengan kata-kata dia.

Rakan-rakannya yang lain membisu, "Kami minta diri dulu lah. Syafiq tu esok, cari kau juga. Chill. Hati-hati dengan Kamal." Kata salah seorang kawan Althaf sebelum mereka melangkah pergi.

"Abang Althaf, jauh termenung." Masha cuba menegur abang iparnya. Dia dengar persengkataan abang iparnya.

"Eh, Masha. Tak apa, biar Abang Althaf buat semua ni. Lagipun tadi semua tetamu Abang Althaf."

"Panjang sangat nak panggil Abang Althaf. Masha panggil Along, boleh?" Althaf mengangguk.

"Sebenarnya, kak Aisya terdengar tadi apa yang Along borak. Pasal Along sebenarnya nak Masha dan pasal ex tunang tu. Tapi yang tunang tu tak sehabis apa yang Masha tahu. Pasal Masha tunang abang tahu tak? Yes, I'm engaged already, 5 bulan lepas. I know you deserve someone better. But, please, Masha merayu sangat cintailah dia, sayangilah dia. Dia isteri Along. Cukuplah apa yang berlaku dulu. Kak Aisya dah banyak menderita dalam diam."

"Apa maksud Masha?"

"Mustaqim dia anak kepada kawan baik Ayah. Dia sangat baik dan romantik. Kak Aisya kenal dia lebih dari Masha kenal dia. Waktu tu Masha tak kenal lagi dan tak pernah berjumpa lagi dengan Mustaqim. Kadang kak Aisya selalu cerita pasal dia dengan Mustaqim, macam mana Mustaqim layan dia dan macam-macam lagi. She happy, I know from her voice. Selepas, tamat sahaja pengajian Masha di Johor, finally I can go home. One day, kak Aisya ajak ikut dia pergi lunch dengan Mustaqim, that is way I meet him. Yes, he is a nice guy. Selepas hari itu, banyak kali juga kak Aisya keluar dengan Mustaqim tapi Masha ikut. Satu sebab kak Aisya tak selesa keluar berdua, dan tanpa disangka rupanya dengan cara itu sahaja Mustaqim boleh berjumpa dengan Masha." Masha menarik nafas panjang, rasa serba salah masih mencengkam dalam dirinya.

"What next?"

"Keluarga Mustaqim datang untuk masuk meminang, tanpa pengetahuan kami. Terkejut kami. Nasib baik waktu tu, kami ada di rumah. Kawan ayah menyampaikan hajat mengatakan dia ingin menyunting salah seorang dari kami. Kak Aisya dah tersenyum suka di dapur. Tetapi, senyuman kak Aisya mati apabila Mustaqim hantar keluarganya meminang Masha. Waktu tu, Mustaqim sangat kejam di mata Masha. I ask them for a week."

"Week? Kenapa tak tolak je? Bukan Masha tak suka dia ke?"

"Kak Aisya suruh fikir baik-baik. Dia suruh Masha buat solat istikharah dahulu. Dia tak nak Masha menyesal. Sebab, kak Aisya tahu sebenarnya Mustaqim sudah lama menaruh hati pada Masha dan kak Aisya hanya seorang sahabat baginya. Finally, I accept him and next month I will marry with Mustaqim."

"What makes you accept him?"

"Along nak cakap Masha kejam? Rampas dari kak Aisya." Soalan dari Masha dibiarkan.

"Kak Aisya kata, dia redha. Dia nak tengok orang yang dia sayang bahagia. Pada mulanya, Masha merajuk dengan kak Aisya sebab apa yang dia buat ini nampak tak ikhlas. Tapi, kak Aisya datang bilik dan pujuk. What she say makes me realize that I need to follow my heart and my istikharah. Kak Aisya ada cakap, tak semua yang kita rasa baik untuk kita, merupakan yang terbaik untuk kita dan tak semua yang jahat itu, tak terbaik untuk kita. 'He really loves you, kalau Mustaqim tak cintakan Masha dia tak akan berani jumpa Ayah untuk menyunting Masha.' Dengan kata dari kak Aisya tu, Masha memilih untuk setuju dengan pinangan itu."

"Kak Aisya tak sedih?"

"Gila, tak sedih. But she has Allah. Dia minta Allah tutupkan pintu hati dia untuk terus mencintai Mustaqim. Perlahan-lahan kak Aisya melepaskan perasaan tu pergi walaupun berat."

"Makes her happy. In sya Allah, Along juga akan happy." Masha melangkah masuk ke rumah.

Althaf mengeluh berat. Dia juga mengikut jejak Masha masuk ke rumah.

-CKK-

AisyahWhere stories live. Discover now