Bab 17

6.3K 303 6
                                    

Badannya tegak bila mendengar bunyi kereta Aisya masuk. "Assalammualaikum."

"Waalaikumussalam. Banyak beli barang." Mata dia menangkap beg-beg kertas berjenama ditangan Aisya.

"Untuk bakal isteri awak. Saya cuba pilih barang yang cantik dimata saya. Harap Maya berkenanlah." Aisya tersenyum manis.

"Aisya." Aisya berhenti di depan tangga. Dia tak sanggup berhadapan suaminya.

"Do you love him?"

"Him? Who?"

"Syafiq."

"NO." Apa kena pula dengan lakinya. Tanya soalan pelik-pelik. Dia letih dengan shopping dan hadap drama tak berbayar petang tadi, melayan si Syafiq yang asyik mendesak. Ada ke patut mamat tu nak datang meminang lepas sahaja Althaf melafazkan cerai. Apa dia ni tak belajar kat sekola pasal tempoh idah. One more thing, who will gonna marry him? Aku lebih rela menjanda dari berkahwin dengan lelaki lain.

"Do you love me?"

Aisya memandang ke dalam mata suaminya. Mencari apa disebalik soalan yang ditanya. Kakinya melangkah memanjat tangga. Tapi alangkah terkejutnya, bila tangannya direntap dan kini dia berada dalam dakapan Althaf. Bau minyak wangi suaminya menggoda deria. Degupan jantung Althaf semakin laju.Berlari ke bang?

"Stay with me. Terus berada disisi saya tak kira apa pun yang berlaku."

"Tapi, awak nak cer..."" bibirnya mematikan bicaraku. Beg kertas terlepas dari tanganku.

Althaf mencempung ku bawa ke bilik dia. Tubuhku diletak diatas katil. Bajunya ditanggal dan tika dia menindih tubuhku dengar sepotong ayat "Dengan nama Allah, Ya Allah jauhkanlah kami dari gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki yang Engkau anugerahkan kepada kami." Malam itu, Aisya menjadi isteri kepada Muhammad Amier Althaf dalam kata yang sebenar.

Aku mencelik mata, jam di dinding menunjukkan pukul 5 pagi. Tangan aku memeluk erat Althaf. Wajahnya tika tidur sangat menenangkan. Aku rasa bahagia sangat-sangat. Jari ku bermain di matanya, di hidungnya kemudian di bibirnya. Ciuman semalam sungguh mengasyikkan. You make me fall in love with you every second, minute, hour, day and everyday Althaf. Hidungnya digosok-gosok, tanda tak mahu diganggu. Aku kucup hidungnya. Mata kami bertentang. Dia menolak tubuhku. Nyaris tak jatuh tergolek dari katil.

"Semua ni salah dan tak betul." Katanya membuat aku berpijak ke bumi.

"KELUAR DARI BILIK AKU! SEKARANG!" selimutnya aku bawa lari keluar bilik bagi menutup tubuhku.

Aku menangis. Sangkaanku meleset jauh. Tak mungkin cintaku dibalas. Aisya bangun, solat subuh apa-apa pun. Dah lewat.

Alunan merdu bacaan ayat suci kedengaran dari bilik bacaan. Isterinya kerap menghabiskan masa di sini, nasib baik pintu bilik bacaan bersambung dengan pintu bilik isterinya. Tiba, bacaan itu berhenti dan diganti pula dengan esakan yang menyayat hati. Andai dia berani membawa Aisya masuk ke dalam pelukannya.

-CKK-

AisyahWhere stories live. Discover now