Bab 28

7.6K 308 16
                                    

"Sampai bila kau nak diamkan hal ni?"

"Sampai aku rasa bersedia untuk beritahu."

"Aisyah dah nak bersalin!"

"So what?!" Suara disana juga mula tegas.

Manakala, disini mendesak. "Along!!! Aisyah tunggu kau nak dekat sebulan. Minggu depan due date dia. Aku tak mampu sorok lagi hal ni dari Marsha dengan Aisyah. Kau tak kesiankan dekat isteri kau?"

"Kau nak kahwinkan dengan dia. Lepas dia bersalin nanti aku ceraikanlah dia." Nada Althaf selamba. Syafiq pula sudah panas hati. Kalau Althaf ada di depan matanya, mahu sahaja dia hadiahkan satu tumbukan kepada kawannya yang tak guna itu.

Syafiq mematikan panggilan tanpa bercakap apa-apa. Terasa bodoh bercakap dengan orang yang buta dengan cinta ni. Tiba-tiba telefonnya berbunyi, "Kau nak apa lagi? Kau nak ceraikan dia sangat, hah baguslah! Ceraikan!" jerit Syafiq bengang.

Aisyah dah terkulat di sebelah sana. "Syaf... Aisyah call waktu yang salah ke? Tak apalah."

Belum sempat Aisyah mematikan panggilan, "I'm so sorry." Kata Syafiq lembut. Syafiq dah mengusutkan rambutnya, tersilap langkah. Sepatutnya sebelum dia mengangkat panggilan itu dia harus tengok dulu. Tapi, nasiblah. Nasi sudah menjadi bubur.

"Aisyah nak minta tolong Syafiq. Bawakan Aisyah pergi hospital. Semua tak angkat call Aisyah. Hilman pula balik kampong." Kata Aisyah tenang. Walaupun, perutnya rasa senak dia tetap tenang. Selawat tidak lepas dari bibirnya.

"Ya Allah! Sekejap. Jangan letak!" Syafiq kelam kabut mencari jaketnya dan kunci keretanya. Aisyah menahan gelak apabila dengar kekecohan disebelah sana. Sungguh dia berasa sangat syukur kerana Syafiq mengangkat call nya. Mana tidaknya, sekarang pukul 3.30 pagi. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat tahajud dan ketika ingin bangun mengambil al-Quran di rak buku, dia terasa basah kain telekungnya.

"5 minutes."

"Syafiq, jangan pandu laju sangat."

Sepanjang menunggu Syafiq, Syafiq tidak berhenti berbual dengan dia. Ada sahaja topik yang dibangkit. Aisyah perlahan-lahan menuruni tangga dengan beg yang berisi barang-barang anaknya. Dia duduk di bangku laman rumah itu.

Kereta Syafiq tiba tepat 5 minit yang dijanji. Beg yang ditangannya tadi diambil Syafiq. Pintu depan kereta dibuka untuk diri Aisya masuk.

Akhirnya, mereka tiba di hospital. Sebelum Aisyah dibawa ke bilik untuk proses kelahiran dia memesan pada Syafiq untuk menelefon Althaf. Aisyah sangat memerlukan suaminya disisinya sekarang.

"Saya cuba." Jawab Syafiq ragu-ragu.

Gelisah Syafiq tunggu diluar bilik itu. Dia menelefon Marsha dan Umairah memberitahu keadaan Aisyah. Marsha dan Umairah dah sampai tapi Aisya masih di dalam. "Althaf mana?" tanya Marsha dan Umairah serentak.

"Tak tahu." Syafiq menggeleng. Jaket yang disarung dicabut kerana terasa panas pula. Badannya berpeluh. Gelisah. Demi kawan dia sanggup menipu dua perempuan yang berdiri di depannya tapi yang kejam dia juga menipu gadis yang sedang bertarung nyawa untuk lelaki tak guna itu.

"Encik, Encik ni suami Puan Aisyah ke?" tanya doktor yang keluar dari bilik itu.

"Bukan. Saya hanya kawan dia sahaja. Ni adik kepada Puan Aisyah." Beritahu Syafiq.

"Saya harap keluarga Puan Aisyah bertabah dengan apa yang berlaku. Puan Aisyah dan bayi tidak dapat diselamatkan." Kata doktor itu.

Marsha jatuh terduduk diatas lantai. Menangis. Umairah menahan tangisnya dan memeluk Marsha. Manakala, Syafiq tersandar di dinding. "Innalillahiwainnailahirojiun."

"Althaf mana, Syafiq?" tanya Umairah. Marsha menelefon suaminya yang berada dirumah menjaga anak kembar mereka. Umairah memeluk bahu Marsha menenangkan gadis itu. Luluh hatinya mendengar tangisan hiba Marsha.

"Di Johor uruskan projek syarikat."

"Uruskan projek atau buat projek?!" Seoktaf suara Umairah. Dimana adiknya, saat isteri telah pun pergi menghadap ilahi. Bukan sahaja isteri, tapi juga anak mereka.

Kelihatan ummi, abah dan ayah berjalan pantas kearah mereka. Marsha berlari mendakap ayahnya. "Kakak dah pergi." Din mengusap belakang anaknya. Menenangkan. Dia cuba menahan tangisnya tapi ia tetap mengalir. Anak sulungnya, anak kesayangannya Aisyah sudah pulang ke rahmatullah. Betullah, ajal seseorang manusia itu tidak kira pada umurnya. Jika Allah nak tarik nyawa, Allah tarik tanpa khabar berita.

"Firdaus mana?" tanya Abah.

Umairah buntu. Marsha memandang Syafiq. Syafiq mengeluh, "Firdaus dekat Johor, pakcik. Dia uruskan projek dekat sana."

"Siapa yang akan uruskan arwah isteri dan anak dia?"

"Jangan risau. Pandai-pandailah aku dengan Marsha uruskan. Lagipun, kami kelurganya." Jawab Din.

"Mana anak kita,bang? Aisyah dah pergi tapi dia masih di sana uruskan kerja?" tanya Ummi kepadaAbah dengan nada perlahan.

-CKK- 

Lagi 2 bab, nak habis dah.

AisyahWhere stories live. Discover now