Bab 6

5.8K 313 3
                                    

Tiba-tiba, kelihatan beberapa buah kereta yang agak mahal dan mewah mermakir di depan rumah. Aku bingkas bangun, kerana tiada siapa yang menyambut tetamu. Sebentar tadi aku baru sahaja kelihatan mak long disitu. Mungkin mak long masuk ke rumah untuk berehat, penat melayan tetamu sejak pagi lagi dan kini pun jam sudah menginjak pukul 5.30 petang. Sudah tiada tetamu, yang tinggal hanya sahabatku sahaja.

"Assalammualaikum, saudara cari siapa ye?"

"Maaf, tumpang tanya. Betul ke alamat ni?" Saudara itu menghulurkan kad jemputan kahwin. Aku mengangguk. Sangat kenal dengan rekaan kad yang dipilih Althaf.

"Jemput masuk dan jemput makan. Masih banyak lauk."

Aku melihat dia menuju ke arah kereta lain. Mungkin memberitahu yang mereka sudah sampai ke destinasi yang dituju. Kaki aku dipeluk Mikayla dan yang lain. Aduhai manja sungguh budak-budak ni.

"Mana pengantin? Tak akan dah masuk bilik." Ayat dari mulut sahabat saudara itu agak menjengkelkan walaupun niatnya mengusik. Apa aku ni tak nampak macam pengantin yang diraikan ke?

"Masuk-masuk. Amik makanan disana. Saya panggil pengantin nya jap." Aku cuba berbahasa dengan mereka. Aduhai, tak akan tak ada ahli keluarga lelaki yang mahu keluar melayan tetamu. Dah lah semuanya lelaki. Segan.

"Bro. Sampai gak korang." Althaf bersalam dengan mereka. Mungkin merekalah kawan-kawan yang ditunggunya.

"Lawa pengantin." Aku sudah tersenyum di sebelah Althaf.

"Panggil lah dia bro. Buat apa bersembang dekat taman tu? Kenal-kenalkan lah kita orang dengan isteri kau." Jari sahabat Althaf menunding ke arah Masha. Yes, Masha lawa. I admit it. Aku cuba melangkah pergi, malu dengan teman Althaf. Apa pula Althaf rasa kalau aku yang biasa-biasa ini diperkenalkan sebagai isterinya. Mungkin malu.

"Aisya nak pergi mana?" Althaf menahan langkahku.

"Bersembang denga Ida dan Dayah. Anak Ida pun ada dekat Aisya."

"Guys, kenalkan. Isteri aku, Aisya. Kau tunjuk tu adik ipar aku, Masha."

"Pehal kau tak kahwin dengan adik dia? Sama lawa sama padan. Tinggi pun separas dengan kau. Isteri kau ni, pendek gemuk. Tak padan, bro." Uish pedas berapi mulut lelaki yang menjengkelkan tu.

"Maaf saya minta diri dulu."

"Apa ni Kamal, mulut kau tu. Puaka nya."

"Sorry Althaf. "

"Rilek lah. Biasa dah dengan Kamal. Korang jemput makan, boleh kita berborak sekali."

Langit bumi sudah bertukar gelap. Sahabatku semua da pulang, tapi tidak sahabat Althaf. Mereka berada di taman masih berborak. Aku pergi ke dapur menyediakan air nescafe o untuk dihidangkan.

"Kau serius la tak minat adik dia? Cun kot."

Aku genggam erat dulang yang ditatang.

"Nak buat macam mana, keluarga aku berkenan yang sulung. Aku nak yang bongsu memang tak lah Ummi aku nak layan." Kata-kata dari mulut Althaf membuat aku betul-betul terhenyak di lantai bumi. Pedih. Tak sangka, suami yang dia impikan menjadi putera dan bidadaranya suka pada adiknya sendiri, Masha. Kalau aku tahu, aku akan tarik diri. Aku akan pilih untuk kau bahagia disamping Masha.

"Kak, kenapa ni?" bahu aku disentuh Masha.

"He likes you." Jujur aku.

"But, I don't like him. He is my brother in law. Masha tak akan sama sekali merampas kebahagian kakak Masha. Masha nampak dalam mata kakak, yang kakak cinta kan dia sangat-sangat. Sejak pertama kali akak bertentang mata dengan dia. He is yours, always yours. Sis ni dah bertunang sebelum akak jumpa dengan dia lagi. Akak lupa? Mana nak campak Mustaqim tu kalau dia nak kat adik?" Aduhai, Aisya. Betul kata Masha.

Masha memeluk aku, mungkin menyalurkan sedikit kekuatan. Supaya aku tabah dengan apa yang berlaku. Ingin sahaja kaki ini pergi berdiri di depannya, tapi tak sanggup.

"Adik-adik juga, kakak-kakak juga. Kau lupa yang bekas tunang kau dah balik Malaysia? Makin lawa siot."

Tunang? Aku rampas milik orang ke?

"Assalammualaikum, Thaf. Aisya ada buatkan nescafe dengan ciskut. Awak jemputlah kawan-kawan awak. Saya masuk dulu sambung buat kerja kat dapur." Tangan aku digenggam lembut. Matanya yang redup aku tatap. Seperti berkata 'I'm sorry.' Aku memberi senyuman yang paling manis untuk suamiku.

"Pergh, lawa siot Isteri kau. Lesung pipit dia dalam, mata dia hijau."

Terkaku Althaf melihat senyuman isterinya. "Isteri aku tu, jangan pandang lama-lama."

"Kau nak tahu, Syafiq tadi cakap dia jatuh cinta pandang pertama tengok isteri." Kamal menjadi batu api.

"Woi, waktu tu manalah aku tahu dia isteri Althaf. Budak-budak ramai melekat dekat isteri dia, aku ingat mungkin saudara mara jauh isteri dia. Tapi, Althaf isteri kau tahu nak layan karenah budak. Beruntung badan." Syafiq memintas kata Akmal.

Althaf terasa agak cabar bila mendengar ayat Kamal. Isteri dia, hanya dia yang punya.

"Betul tu, tapi Kamal. Isteri Althaf mana ada gemuk. Kau je yang buta tak nampak. Punya lawa macam bidadari, tudung labuh, pakaian menutup aurat. Ni kalau aku angkut jumpa mak aku, mesti approve nya." Kata kawan Althaf yang lain.

"Sunggohhhh." Yang lain sokong kecuali Kamal.

"Acik-acik, kakak bidadari pengsan." Rahim memanggil Althaf. Kelam kabut Althaf berlari masuk ke rumah. Matanya menangkap tubuh Aisya di atas lantai. Lantas, dia mengangkat isterinya dan letakkan diatas sofa ruang tamu.

"Macam mana Aisya boleh pengsan?" Tangannya di letakkan diatas dahi Aisya bagi memeriksa suhu. "Demam."

"Hah, demam? Sejak bila Aisya demam? Pagi tadi elok je ayah tengok. Masha?" mata Ayah dah memandang tajam Masha.

"Erk, kakak dah telan painkiller pagi tadi. Semalam badan dia panas sikit je, tapi pagi tadi Masha periksa dah kebah."

"Tak apa lah, Ayah. Althaf bawa Aisya naik atas, bagi dia rehat. Mungkin penat sangat kot dengan rewangnya apanya." Sampai di dalam bilik mereka, Althaf melabuhkan badan isterinya ke atas katil. Ingin dia berlalu pergi, tangan Aisya merangkul lehernya. "I'm sorry for everything." Bibir Althaf dikucup lembut buat pertama kali. Aisya seperti tidak sedar akan perlakuannya, tangan nya jatuh dari leher Althaf. Althaf menarik selimut menutup tubuh isterinya dan coolfever yang diberi Masha ditampal di dahi Aisya.

Pintu bilik ditutup, dia memegang bibirnya. 'She stole my first kiss.' Althaf tersenyum.

-CKK-

AisyahWhere stories live. Discover now