Bab 5

6.4K 301 1
                                    

Sepanjang sebulan itu, Aisya sibuk menghabiskan masanya dengan menyiapkan barang-barang kahwin. Seperti hantaran, baju dan lain-lain lagi. Pada mulanya, dia ingin menolak tentang memasang pelamin di rumah, tapi Tok Mami mendesak juga. Maka, Aisya membuat keputusan selepas berbincang dengan semua orang, dia sendiri akan mendekorasi pelamin nya dengan pertolongan Masha. Malah, sepanjang sebulan itu juga boleh dikira dengan jari berapa kali dia bertemu mata dengan Althaf.

"Uish, Masha. Cuak. Tak nak kahwin."

'Pap' lenganku ditampar Masha. Mesti merah ni.

"Hang jangan nak buat gila. Cair mair mekap kau karang. Ish apa pula pergi cakap macam tu, daripada hang dok meroyan. Baik hang selawat ke, berzikir ke supaya tenang sikit hati hang tu. Hang tu bukan cuak apa, cuak fikir apa patut hang buat malam ni dengan laki hang."

Dahi Masha aku tunjal. "Suka hang je cakap lagu tu. Tak senonohnya pemikiran, kotor."

Tersengih-sengih macam kerang busuk si Masha.

"Pengantin perempuan, hangpa dok buat apa lama sangat kat atas. Laki hang kat bawah dah tak sabar nak akad nikah. Mata dok melilau-lilau cari hang. Hang tak kesian ka dekat laki hang tu." Tu dia, jiran Makcik Kiah Propa kita dah mai. Mulut pokpek dari tadi, mungkin kena halau dari bawah kot sebab banyak sangat ceritanya.

Aku genggam erat tangan Masha. Diiringi turun tangga. Mata aku menangkap mata Althaf. Mungkin dia terpaku dengan keindahan bakal bidadari nya. Erk, dia yang terpaku atau hang yang terpaku kat dia sebab hensem ngat. Hehehe.

"Althaf, Aku nikahkan anakku Aisya bin Din dengan mas kahwinnya 200 ringgit tunai." Ayah dah berjabat tangan dengan Althaf dan kedengaran lafaz dari bibir Althaf. "Aku terima nikahnya, Aisya bin Din dengan mas kahwinnya 200 ringgit tunai." Dengan sekali lafaz, termaktub di dada langit yang aku sudah jadi miliknya. Syukur Alhamdulillah.

Ralit dengan anganku sendiri, Althaf sudahpun berada dekat denganku. Sesi pembatalan wudhuk. Selesai dia menyarungkan cincin dan seutas rantai, dahiku dikucup lembut. Automatik mataku terpejam dan air mata mengalir. Rasa hiba senak di dada. "Terima kasih." Ucapnya.

"Amboi pengantin dekat bilik nanti boleh bisik-bisik." Kedengaran suara mengusik. Terus aku menunduk malu. Kedengaran tawa dari bibir Althaf.

Ramai tetamu yang hadir memeriahkan kenduri kahwin kami. Berpusu-pusu datang mengucapkan tahniah dan mengambil gambar dengan kami. Aku masih gugup kerana tangan Althaf setia merangkul pinggang.

Melihat saja kelibat sahabat-sahabat baik ku. Aku berlari ke arah mereka. "Oh my Allah, I miss all of you." Group hugggggg. "Wei-wei pedih." Sakit wei kena serangan cubit ketam dari Dayah. "Kau ni pun, dah kahwin pun tak berubah. Gelojoh kalau nampak kitaorang, macam tak jumpa bertahun-tahun."

"Sayang." Tu dia merdu nya panggilan dari sang suami tercinta. Cinta ke? In sya Allah, aku doa dan berharap sangat dia lah lelaki yang terpilih untuk memiliki cinta aku.

"Tudia, mata melekat terus pandang suami."

"Suami muka cam pak arab-arab. Mancung, segak. Siapa tak terpaku tengok. Aku pun terpaku." Mendengar kata Ida. Aku menutup mata nya dengan tapak tanganku.

"Uish laki aku ni."

"Aisya, walaupun beribu wanita yang terpaku dan tergoda melihat Taf. Taf tetap akan memandang Aisya sebagai wanita yang paling cantik, kerana Aisya merupakan kebahagiaan yang tak akan pernah Taf dapat dari perempuan lain." Mata nya aku tatap. Indah sungguh bait kata yang keluar dari mulutnya.

"Erk, guys. Umum ni. Wake up." Ida menegur.

Muka aku mesti dah merah macam buah tomato. Aduhai, leka sangat tengok suami sendiri.

"Taf, kenalkan sahabat dunia akhirat Aisya. Mak buyung ni Ida, suaminya Tengku dan yang lagi seorang ni Dayah dan Raqib." Aku kenalkan mereka pada Althaf.

"Eh, terima kasih datang. Jemput makan. Kalau melayan Aisya ni bukan korang kenyang pun." Aku menjeling Althaf.

"Jelingan manja. Auch, jangan goda saya sayang." Althaf berbisik.

Dup dap dup dap jantungku. Hilang rentak.

"Awak teman kawan awak makan. Saya nak ke atas tukar baju, lagipun tetamu dah tak ramai. Lagi satu, kawan-kawan saya semua datang lambat. Nanti kalau diaorang sampai, suruh tunggu dulu." Beratnya la hati jauh dari dia. Sayup tubuhnya hilang ditelan perut rumah. Acahhhhh.

"Apalagi, nak anak kau yang kecik molek tu. No disturb mummy makan, meh kat ummi." Aku memapah anak Dayah. Comel wey macam mummy dia.

"Tak lama la tu. Amik berkat sikit." Kata Raqib, suami Dayah.

"Apa yang tak lama?" terpinga-pinga aku dibuatnya. Nak kata jawab soalan, tak pula ku tanya. Nak kata sambung ayat, ayat siapa nak disambung.

"Tak lama lagi adalah tu baby." Aku tak tahu nak bagi reaksi apa.

"Wey dayah. Aku bawa budak ni jalan-jalan jap. Kau makan kenyang-kenyang. Penat aku dengan Masha siapkan bahan semalam."

"Acah la kau. Katering cakap la."

"Eh tak percaya pula. Rewang yea malam semalam. Apa kelas katering-katering. Aku plan baik punya rewang satu taman perumahan. Siap ajak taman sebelah lagi."

"Boek ah beb. Best plan ever. Kalau aku tahu, aku turun padang semalam."

"Nak turun padang konon. Ingat apa, kau permaisuri nak junjung titah jemput turun padang." Ida membidas.

Aku mengangkat kaki pergi. Biarkan dua sahabat ku berperang mulut. Gaduh-gaduh manja. Sedang aku bermain dengan anak Ida "Baby comel. Ucu, nak tengok baby." Anak-anak buah mengelilingi aku. Aku merendahkan badan supaya mereka dapat melihat baby Ida. Diusap-diusap, dicubit-cubit manja pipi anak si Ida. "Mari kita duduk situ. Boleh main dengan baby." Ajak ku, kerana duk mencangkung gitu sakit wey. Senang baby Ida diagah-agah dan diusik oleh mereka.

-CKK-

AisyahWhere stories live. Discover now