Jungkook yang sedang mundar-mandir di depan bilik bedah Hyoji ditempatkan, menggigit kukunya. Dia risaukan HyoJi. Sebaik sahaj doktor keluar Jungkook mendekati doktor.
"Doc, how's my friend??" Pertanyaan Jungkook tidak dijawab malah doktor Taemin hanya mengeluh.
"I'll try my best but I'm sorry I can't save her" doktor Taemin berlalu pergi meninggalkan Jungkook. Jungkook menelefon BTS dan juga keluarga HyoJi untuk memberitahu tentang pemergian HyoJi.
"Saya janji HyoJi, by hook or by crook saya akan bagi surat ni pada Jung Eun walaupun saya tidak tahu isi kandungan surat ini" ujar Jungkook sambil memandang surat Hyoji kepada Jung Eun.Kehadiran BTS dan juga parents Hyoji mematikan lamunan Jungkook.
"Jungkook!! Hyoji!!!! Hyoji!!!mana Hyoji?!!" Omma Hyoji menangis sudah teresak-esak ditenangkan oleh appa Hyoji. BTS hanya menundukkan muka kerana tidak tahu apa yang patut mereka lakukan pada situasi begini. Apa yang mereka tahu mereka rasa bersalah kerana tidak memaafkan Hyoji semasa Hyoji memohon maaf diatas kesilapannya kepada BTS.
Jung Eun pov
Aku kini berada di lapangan terbang, bersama unnie,omma dan Baekhyun. Appa??aku langsung tak nampak appa sejak dari pagi tadi. Aku sedih nak tinggalkan Korea tapi kalau dengan cara ni sajalah aku dapat lupakan Jeon Jungkook, aku harus lakukannya.
Aku perasan yang Baekhyun asyik perhatikan aku dari tadi dan itu membuatkan aku tidak selesa."Ermm,Baek. Janganlah tengok Eun macam tu, Baek buat Eun tak selesa la" aku bagitahu pada Baekhyun apa yang aku rasa. Aku tunduk dan aku menguis hujung baju aku.
"Mian" ringkas jawapan Baekhyun dan dia menggaru belakang lehernya.
Aku dan Baekhyun perlu pergi sekarang. Yes, pergi ke Jerman!!! I will start my new life there with my sister and Baekhyun. My parents?? I hope they love me as much as they love unnie. Sebelum aku menaiki kapal terbang, aku memeluk omma dan unnie dan alangkah terkejutnya aku yang omma menangis!!"Omma minta maaf, Eun. Omma jarang ambil peduli tentang kamu. Omma sayang kamu,jaga diri bila kamu berada di Jerman" terkedu aku, aku sangkakan omma langsung tak sayangkan aku. Rupanya aku salah. Omma sayangkan aku, aku rasa bersalah sebab aku tak pernah cuba memahami omma.
Aku melambaikan tangan kepada omma dan unnie kemudian aku terus menaiki kapal terbang bersama Baekhyun. Aku duduk di sebelah Baekhyun.
"Eun" aku menoleh ke arah Baekhyun
"Appa Eun sayangkan Eun" sungguh,aku langsung tak faham apa yang Baekhyun cuba sampaikan.
"Baek tak tahu apa-apa" aku cuba mengawal nada suara aku dan air mata aku dari tumpah.
"Appa Eun minta Baek jaga Eun di Jerman nanti, appa Eun cakap dia tak nak Eun rasa sedih dengan apa yang berlaku antara Eun dengan Jungkook" terkejut aku, adakah appa tahu apa yang berlaku??
"Ma..ma..maca..macam m..ma..na appa tahu??" Aku betul ingin tahu apakah sebenarnya yang sedang berlaku?
"Dia sayangkan Eun, dia tahu semua tentang Eun.. kalau Eun hairan kenapa appa Eun layan Eun macam tu, itu sebab dia nak Eun tabah dan boleh berdikari di atas kaki sendiri" kata-kata Baekhyun betul-betul buatkan aku sedih. Aku dah tak mampu nak tahan air mata aku dari tumpah. Aku tertunduk dan menangis tersedu-sedan.
Kemudian aku dapat rasakan seseorang menarik aku ke dalam pelukannya dan aku tahu ianya Baekhyun. Dia usap belakang aku untuk tenagkan aku. Aku peluk dia dan aku sembamkan wajah aku di bahu dia lalu aku menangis di bahu Baekhyun. Aku harap sangat orang yang tenagkan aku sekarang adalah Jeon Jungkook tapi ianya mustahil kerana dia langsung tidak menganggap aku sebagai sahabatnya lagi malah dia menganggap aku sebagai seorang musuh malah ianya juga mustahil kerana lelaki yang aku cintai adalah namjachingu Hyojin,rakan aku.
YOU ARE READING
[C]LOVE BEGIN +Jjk+
FanfictionJeon Jungkook merupakan seorang pelajar yang pintar,sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang...Kehadiran seorang perempuan dalam keluarganya yang mengaku sebagai isteri kedua ayahnya memporak perandakan keluarga Jeon Jungkook malah Jungkook kehila...