CHAPTER 13-FROM FAR

9 0 0
                                    

Jungkook segera menyembunyikan dirinya di sebalik dinding apabila Jung Eun menoleh ke arahnya.  Jungkook terus berlalu pergi dari situ.

Tetapi malangnya ianya merupakan  jalan mati. Jikalau dia meneruskan jalan yang lain dia bimbang dia akan dikesan Jung Eun. Nasib Jungkook agak malang kerana dia terpijak tin minuman dan itu menghasilkan bunyi yang mencurigakan pada Jung Eun.

Jung Eun perlahan-lahan berjalan kearah Jungkook. Jungkook mulai gelabah dan risau tetapi mujurlah kanak-kanak lelaki itu memberhentikan Jung Eun dari terus ke arah Jungkook.

"Omma Eun, Jihyuk lapar larrr" Jihyuk menepuk perutnya menandakan dia lapar dan Jung Eun ketawa halus.

'Omma?? Itukah anak Ji Hyun noona?' sekarang Jungkook agak gementar dan gembira pada masa yang sama. Gementar kerana dia risau Jung Eun akan mengetahui tentang kedudukannya sekarang ini dan gembira kerana dia dapat menatap wajah Jung Eun biarpun dari jauh.

"Kalau macam tu jom kita pergi kedai yang Omma Eun selalu pergi masa Omma Eun tinggal dekat sini. Nak tak?" tersenyum Jungkook melihat Jung Eun. Sekurang-kurangnya dia tahu yang Jung Eun masih tidak berubah. Dia masih Jung Eun yang penyayang.

"eung, Jihyuk nak!!" Jihyuk melompat kegembiraan sambil memegang tangan Jung Eun.

'jadi, anak Ji Hyun noona bernama Jihyuk? Comel' Jungkook mengambil keputusan untuk mengikuti Jung Eun dari jauh. Dia tidak mahu apa-apa terjadi kepada Jung Eun.

Jung Eun langsung tidak menyedari tentang kehadiran Jungkook begitu juga Jihyuk. Kanak-kanak itu kelihatan gembira dapat keluar berjalan-jalan bersama Jung Eun. Setibanya mereka di kedai yang tidak jauh dari rumah mereka disapa oleh seorang ahjumma.

[C]LOVE BEGIN +Jjk+Where stories live. Discover now