CHAPTER 6- NEW LIFE

23 2 0
                                    

Setibanya Jung Eun dan Baekhyun di bumi Jerman, mereka dijemput oleh pemandu keluarga Baekhyun. Jung Eun yang kekok dengan keadaan di sekelilingnya berjalan seiring dengan Baekhyun.

Apabila mereka tiba di rumah Baekhyun, Baekhyun membantu Jung Eun mengangkut barangnya ke rumah Jung Eun yang berhadapan dengan rumah Baekhyun. Sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke dalam rumah Jung Eun, Jung Eun terlopong melihat keadaan rumahnya manakala Baekhyun tersenyum melihat gelagat Jung Eun. Diusap kepala Jung Eun dengan lembut.

"Macam mana rumah ni boleh jadi sekemas ni, bukankah appa sudah lama tidak datang ke rumah ini??" Berkerut Jung Eun. Baekhyun mengangkat bagasi Jung Eun ke sebuah bilik di tingkat kedua. Jung Eun mengikuti Baekhyun dari belakang dan Jung Eun sekali lagi terkejut. Keadaan biliknya jauh berbeza dengan kali terakhir dia datang ke sini.

"Ni bilik Eun ke??" Pertanyaan Jung Eun dibalas dengan anggukan oleh Baekhyun. Bukannya dia tidak percaya yang ini biliknya tetapi ia kelihatan berbeza dari sebelum ini. Kalau dulu katilnya tidaklah sebesar mana tetapi sekarang, di depannya katil bersaiz queen. Besar dan selesa. Di tepi tingkap juga terdapat meja belajar, kali terakhir dia menginap di bilik, meja belajar itu langsung tidak wujud. Cantik dan kemas.

"Maaflah kalau Eun tak suka, ni semua appa Eun yang sediakan. Baek cuma membantu merahsiakannya dari Eun sahaja" terbeliak mata Jung Eun mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut Baekhyun.

"Appa yang sediakan semua ni!" Sekali lagi Baekhyun hanya menjawab dengan anggukan. Setitik demi setitik air mata Jung Eun jatuh ke pipi. Baekhyun yang faham dengan perasaan Jung Eun menghulurkan sapu tangan miliknya kepada Jung Eun.

"Hey,janganlah nangis. Nanti appa Eun cakap Baek tak jaga Eun dengan baik." Jung Eun tergelak kecil mendengar kata-kata Baekhyun.

"I miss them, I miss BTS specially Jungkook" terdiam Baekhyun tetapi dia segera mengukirkan senyuman agar Jung Eun tidak bersedih lagi.

"I see, you really love him. Can you forget him?" Baekhyun dengan sengaja menanyakan soalan sedemikian kepada Jung Eun. Terdiam Jung Eun mendengar soalan Baekhyun. Mampukah dia??  Mampukah dia melupakan Jeon Jungkook, lelaki yang telah berjaya memiliki cintanya?? Jung Eun menundukkan kepalanya. Buntu memikirkan jawapan kepada soalan Baekhyun. Sangat buntu.

"Ianya menyakitkan" berkerut dahi Jung Eun dengan ucapan Baekhyun

"Sakit apabila orang yang kita cintakan langsung tidak menyedari kehadiran kita. Sakit sebab orang yang kita cinta menganggap kita tidak lebih dari seorang sahabat. Rasa dikhianati oleh orang yang kita cintai perit sangat. Seperti ditoreh dengan pisau, bukankah begitu Jung Eun??" Terkedu Jung Eun mendengar ucapan Baekhyun. Riak wajah Baekhyun yang tenang dan dekat dengannya membuatkan dia tersedar yang lelaki di hadapannya kini seorang yang sangat kacak, tetapi entahlah dia langsung tidak tergugat dengan kekacakan Baekhyun. Apa yang Jung Eun tahu ialah Jeon Jungkook seorang yang sangat baik dan dia harap yang Jungkook akan kembali menjadi Jungkook yang dulu. Jungkook yang baik, pemalu dan seorang sahabat yang memahami. Baekhyun tersenyum nipis kemudian dia keluar dari bilik Jung Eun, sempat dia mengusap lembut kepala Jung Eun.

Jung Eun segera menutup pintu biliknya selepas Baekhyun beredar. Dia mengemas pakaiannya yang dibawa dari Korea dan segala barangnya agar kelihatan kemas. Dia mengambil album gambar yang aku bawa dari Korea. Kesemuanya ada 3 album, satu album Jung Eun bersama keluarganya dan satu lagi bersama Baekhyun dan rakan karibnya yang juga tinggal di Jerman, seorang yeoja yang cantik dan peramah dan album yang terakhir adalah kenangan Jung Eun bersama Jeon Jungkook. Sedih kerana perlu meninggalkan semua sahabatnya di Korea.

Dia tidak mahu diganggu oleh sesiapa terutama Jungkook, disebabkan itulah dia mengambil keputusan menukar nombor telefonnya. Cuma Baekhyun, omma, appa dan unnie yang mempunyai  nombor dia yang baru. Dia ingin melupakan segala kenangannya bersama Jungkook, biarlah Jungkook bahagia bersama Hyoji. Tidak sanggup dia menjadi perosak dalam hubungan mereka.

[C]LOVE BEGIN +Jjk+Where stories live. Discover now