CHAPTER 7- BABY BOY

15 1 0
                                    


Sudah hampir seminggu Jung Eun tinggalkan Jungkook. Jungkook pula tidak berputus asa mencari Jung Eun dan diatas bantuan BTS, Jungkook sudah kembali menjadi Jungkook yang dulu.

Flashback

Jungkook yang sedang makan itu secara tiba-tiba menangis dan menjerit memanggil Jung Eun. Disebabkan Jungkook tidak berhenti meraung, Jin menampar Jungkook. Terkedu Jungkook dan member BTS yang lain dengan sikap Jin.

"Jerit!! Jeritlah lagi!! Jungkook ingat Jung Eun tak sedih kalau dia tengok Jungkook macam ni?? Ha?!!" Jin menepuk meja makan dengan sangat kuat. Jelas kelihatan urat-urat di tangan Jin. Jungkook tersedu sedan menangis.

"Jungkook kenal Jung Eun dah lama tapi Jungkook lebih percaya cakap Hyoji berbanding Jung Eun. And now, look what happened!! Meraung panggil nama Jung Eun sampai air mata darah sekalipun, takkan bawa apa-apa faedah melainkan Jungkook berusaha" suara Jin mulai kendur. Tidak lagi nyaring seperti tadi.

"Kalau Kook sayangkan Jung Eun, jaga kesihatan, Jungkook kena kuat. Cari dia dan buktikan Jungkook betul-betul cintakan Jung Eun." Jimin mengeluh melihat Jungkook yang masih lagi menangis dan bertambah teruk tangisan Jungkook selepas mendengar kata-kata Jin. Jimin memeluk Jungkook dan menenangkan Jungkook.

"Cari Eun. Hyung dan yang lain akan tolong Kook." Esakan Jungkook bertambah kuat.

"Haish budak ni. Stop crying Jungkook!! Sakit telinga hyung." Senyap terus Jungkook mendengar kata-kata Suga.

End flashback

Sejak dari hari itu, Jungkook menjadi lebih matang dan tidak berputus asa mencari Jung Eun. Surat yang diberi Hyoji untuk Jung Eun, Jungkook sentiasa bawa bersama berharap dia akan berjumpa dengan Jung Eun.

Jungkook pergi ke rumah Jung Eun tetapi hampa apabila Jung Eun tiada.  Bila Jungkook membaca kembali surat dari Jung Eun barulah dia teringat yang Jung Eun sudah tiada di negara Korea. Semakin buntu Jungkook. Bagaimana dia hendak mencari Jung Eun jikalau dia tidak tahu dimanakah Jung Eun berada??

Jung Eun pov

Termasuk hari ini sudah empat hari aku bersekolah di Brilliant Highschool dan juga seminggu aku menetap di bumi Jerman. Ji Hyun unnie juga sudah berpindah ke Jerman dan menetap bersama aku. Appa pula sentiasa bank in duit untyk keperluan aku dan unnie. Pada mulanya aku berkeras mahu bekerja tetapi appa dan omma tidak mengizinkan aku berbuat sedemikian.

Sekarang aku sudah sedad yang aku silap, aku tidak separutnya menganggap appa dan omma tidak menyayangi aku padahal mereka sentiasa memantau aku. Mereka tahu dengan siapa aku berkawan dan bagaiman keadaan aku. Kandunga Ji Hyun unnie pula sudah menjangkau tiga bulan. Setiap hari aku menatap gambar Jungkook, sekurangnya itu dapat mengurangkan rasa rindu aku kepadanya.

Mujur juga ada Baekhyun dan Cristal. Jikalau tiada  mereka berdua, aku tak tahulah apa yang terjadi dengan aku. Disebabkan Brilliant Highschool adalah sekolah campuran jadi aku perlu berbicara dalam bahasa Inggeris. Walaupun begitu, Baekhyun dan Cristal tetap memaksa aku belajar bahasa Jerman. Kata mereka ianya untuk kebaikan aku. Baekhyun banyak membantu aku dalam mempelajari bahasa Jerman.

6 bulan kemudian~~

Pejam celik pejam celik tidak kusangka aku sudah berada dan menetap di bumi Jerman selama 6 bulan lebih. Usia kandungan unnie juga sudah menjangkau usia 9 bulan. Cuma menunggu masa untuk anak buah aku melihat dunia.

Seperti kebiasaan, aku bersiap untuk keluar bersenam bersama Baekhyun berdua, sepatutnya bertiga bersama Cristal tetapi Cristal sibuk dengan pelajarannya. Umur kami sudah 18 dan Baekhyun 19. Baekhyun sekarang menyambung pelajarannya dalam bidang business.

Aku dan Baekhyun keluar bersenam selama 2 jam. Baekhyun menghantar aku sehingga depan rumah aku walaupun rumah aku dan dia berhadapan tetapi aku gembira kerana sekurangnya aku tidak keseorangan. Jeon Jungkook. Nama itu sudah aku lupuskan dari minda aku tetapi malangnya hati ini tidak mahu berhenti dari mencintai lelaki bernama Jeon Jungkook.

Aku masuk ke dalam rumah dan aku lihat unnie sedang menonton televisyen. Aku segera naik ke bilik aku dan membersihkan diri aku kemudia aku turun ke bawah dan menyertai unnie menonton televisyen.

"Jung Eun" aku menoleh menghadap wajah Ji Hyun unnie dan unnie memberi senyuman yang sangat  manis. Walaupun unnie memberi senyuman yang lebar kepada aku tetapi entah mengapa aku berasa tidak sedap hati.

"Nae unnie, waeyo??" Aku lihat mata unnie bersinar, ada air mata yang bertakung di dalam mata unnie.

"Janji dengan unnie yang Eun akan jaga anak unnie sehingga dia besar dan sayangi dia tidak kira apa pun yang berlaku" aku menganggukkan kepalaku dan air mata unnie mulai mengalir di pipi mulus unnie.

"Sudah tentulah Eun akan jaga dan sayangi anak unnie macam anak Eun sendiri walaupun dia bukan anak kandung Eun" aku mengelap air mata unnie dengan ibu jariku.

"Gomawo Eun." Aku tersenyum.

"Cheonma" unnie memeluk bahu aku.

"Kalau anak unnie namja, unnie nak Eun namakan dia Kwon Jihyuk tapi kalau anak unnie yeoja, tolong namakan dia Kwon Jihye" aku menganggukkan kepalaku. Sayu suara unnie kedengaran di telinga aku. Macam dia ada rahsiakan sesuatu dari aku.

"Arghhh" unnie menjerit sambil memegang perutnya. Ada air yang sedang mengalir di celah kangkang(?) Unnie. Aku segera menelefon ambulance.

S
K
I
P

Sudah 3 jam unnie berada di dalam labour room. Aku berjalan ke hulur ke hilir dengan resah. Omma dan appa pula dalam perjalanan ke Jerman. Rasanya mereka masih berada di dalam pesawat. Baekhyun dan Cristal menemani aku. Doktor keluar dari labour room dan aku segera pergi ke arah doktor Jackson.

"Doc, how my sister" aku terus menanyakan keadaan unnie.

"She got baby boy and sorry I can't save her, she bleeding too much" terduduk aku mendengar kata-kata doktor. Aku memeluk lutut dan menyembamkan wajah aku di lutut aku dan menangis teresak-esak. Sedih memikirkan nasib anak buah aku yang akan membesar tanpa kasih sayang dari seorang ibu jauh sekali seorang ayah.

Aku kini berada di kubur unnie bersama Kwon Jihyuk. Seperti yang aku janjikan kepada unnie, aku namakan anaknya Kwon Jihyuk, muka Jihyuk banyak mengikut wajah unnie tetapi matanya saja yang mengikut mata DoKyung.

"Unnie, bayi yang Eun dukung sekarang ni adalah anak unnie. Dia boy dan Eun namakan dia Kwon Jihyuk macam yang unnie mahukan. Wajah dia banyak ikut wajah unnie, comel. Eun janji akan jaga dan lindungi Jihyuk dengan nyawa Eun sendiri. Amanlah unnie di sana. Annyeong unnie, ada masa Eun akan bawa Jihyuk melawat unnie di sini" aku mengorak langkah meninggalkan tapak perkuburan bersama Jihyuk. Baekhyun sudah menunggu aku di keretanya. Aku masuk ke dalam kereta dan Baekhyun membawa aku pulang.

Sesampai di rumah Baekhyun membantu aku membersihkan Jihyuk sementara aku mengemas bilik unnie agar lebih kemas. Aku tidak mahu menangis,aku perlu kuat demi Jihyuk. Omma dan appa sudah pulang ke Korea dan mereka sempat melihat Jihyuk. Nampaknya appa mulai menyayangi Jihyuk dan ia merupakan satu kelegaan bagi aku.

End Jung Eun pov

Hikhik, author tahu tak cukup sedih tapi tula tak sanggup author nak tulis yang lebih sedih..ehh silap,taip. Mohon korang abaikan typo yang bersepah dan author suggest korang dengar lagu sedih time baca chapter ni. Bye

Vote + Comment

[C]LOVE BEGIN +Jjk+Where stories live. Discover now