BAB 3

181 13 0
                                    

Arvina memandu keretanya dengan laju. Marah,geram,kecewa,sedih semuanya bercampur aduk. Dia memotong setiap kereta yang berada di hadapannya. Tiba-tiba muncul seorang mak cik yang sedang melintas jalan. Arvina menekan brek dengan cepat. Nasib baiklah keretanya dapat berhenti sebelum terlanggar mak cik tu. Mak cik tu mengurut dadanya. Arvina memunyikan hon. Tanda menyuruh mak cik itu beredar. Dia berhenti apabila dia sedar tindakannya salah. Arvina keluar dari kereta. Dia segera mendapatkan mak cik itu.
 
  “ Mak cik. Saya betu-betul minta maaf. Saya tak sengaja.”

Mak cik itu tersenyum. Lega sikit hatinya.
   
  “ Tak apelah. Mak cik sepatutnya tengok jalan dulu. Mak cik pun minta maaf.”

Arvina memberikan senyuman manis kepada mak cik itu. Arvina masuk semula ke kereta bila mak cik itu sudah pergi.

MEREKA  bertiga saling membisu. Qisnie masih dengan muka ketatnya. Dahlah ada perempuan gila kacau. Lepas tu bakal kakak ipar pula tak datang-datang. Ashraf memandu dengan perasaan yang tak tenang.
‘Macam manalah bila aku kahwin dengan Arvina. Dahlah Qisnie ejek dia hodoh. Itu belum kahwin lagi. Bila dah kahwin rasanya Qisnie akan ejek lebih daripada tu kot. Salah akulah ni. Apasal aku cakap aku tak kenal dia. Bodoh”

ARVINA menutup pintu rumah dengan kuat. Harris yang baru keluar dari dapur terkejut beruk. Arvina mencampakkan kunci kereta dan beg tangan ke atas meja di ruang tamu. Dia terus naik ke tingkat atas. Sampai di hadapan bilik dia terus meluru masuk. Pintu bilik juga ditutup dengan kuat. Harris mula naik ke atas. Tak boleh dibiarkan. Nanti semua pintu kat dalam rumah pecah pula kena tendang dengan Arvina. Arvina melihat tarikh perkahwinannya di kalender. Tiga hari lagi. Belum kahwin lagi dah tak tahan dengan perlian adik Ashraf apatah lagi bila dah kahwin. Arvina terduduk di lantai. Apa yang dikatakannya semuanya betul. Lelaki hanya memandang rupa. Sakit hatinya bila diejek macam tu. Tapi dia akan meneruskan juga untuk berpenampilan seperti itu. Kalau keluarga Ashraf tak suka lantak dia oranglah. Arvina membuka contect lens hitamnya lalu mencari sampul bewarna coklat di dalam almari.
 
  “ Cari apa tu?”

Harris menanya sebaik sahaja masuk ke bilik Arvina. Arvina mengeluarkan bagasi lalu membukannya.
   
“ Kenapa? Adik nak pergi mana?”

Ashraf melutut di hadapan Arvina yang sedang duduk di lantai. Arvina memandang abangnya lama. Muka abangnya kelihatan risau.
    
“ Nak lari. Adik tak nak kahwin dengan mamat tu. Adik dah tak tahan dengan perlian Ashraf dan adik Ashraf  apatah lagi dengan keluarganya.”

  Harris mengeluh berat. Kemudian dia duduk di lantai.
 
  “ Salah adik juga. Pakai macam tu kenapa? Sayang muka cantik tapi taknak juga. Padan muka.”

Arvina tersentak. Tak sangka abangnya juga turut memerli dirinya. Teruk sangatkah pernampilannya?  Niatnya tadi nak mengusik abangnya tentang ingin lari rumah bertukar serius. Sekarang ni dia rasa betul-betul nak lari.Arvina membuka almari bajunya lalu mengambil semua bajunya. Arvina memasukkan pakaiannya tanpa melipat. Harris hanya memandang. Semakin sakit pula hati Arvina. Arvina mengemas pakaiannya dengan cepat. Dia terus menutup begnya dan keluar dari bilik. Abangnya langsung tak kisah. Ketawa pula tu. Kerana dia tahu adiknya tak akan dapat pergi mana-mana.
    
“ Aduh.. Adikku. Cakap sikit terus sentap.”

Harris turun ke tingkat bawah. Mesti adiknya sedang mencari sekarang ni. Sampai sahaja di ruang tamu, Harris terus ketawa terbahak-bahak. Arvina menoleh kepada abangnya. Harris mengambil kunci kereta adiknya yang disimpan di dalam poket seluarnya tadi. Dia terus menunjukkan didepan Arvina. Arvina cuba merampas tapi abangnya lebih pantas mengelak. Arvina menghentakkan kakinya. Harris berhenti ketawa. Dia terus mengambil bagasi adiknya. Harris mengusap lembut rambut adiknya sambil tersenyum.
 
  “ Abang gurau jelah. Takkan abang tak tahu kenapa adik pakai macam tu. Maaf. Sia-sia je adik kemas pakaian tapi tak dapat pergi mana-mana. Tulah campak lagi kunci. Nasib baik abang ambik.” 

Isteriku I Love YouWhere stories live. Discover now