Mereka berdua hanya diam. Ashraf tahu yang Arvina sangat marah dengannya. Nampaknya terpaksalah Ashraf pujuk minah tu. Ashraf membuka radio. Dia mencari lagu yang sesuai. Akhirnya. Lagu Ed Sheeren, Perfect dimainkan.
Baby,I'm dancing in the dark.
With you between my arms.
Barefoot on the grass.
Listening to our favorite song.
When you said you looked a mess
I whispered underneath my breath.
But, you heard it. Darling you look perfect tonight.Arvina menoleh ke arah Ashraf. Ashraf membalas pandangan Arvina sambil tersenyum manis. Tapi tak lama. Arvina mendengus kecil tanda geram. Senyuman di bibir Ashraf mati. Ashraf menjadi pelik. Masih marah ke? Memang patutlah dia marah bila ada orang nak bunuh dia. Tapi bergurau je kot. Kemudian Arvina mendapat rancangan gila. Dia menguntum senyuman sinis.
“ Boleh tak kita minum dulu kat Cat Cafe? Aku nak buang panas aku ni.”Dia memandang Ashraf dengan muka yang dibuat-buat ceria. Ashraf mengangguk.
Sampai sahaja di Cat Cafe, mereka terus duduk di meja kosong yang berada di luar Cafe . Selepas membuat pesanan, Arvina terus membuka ikatan rambutnya.
“ Em.. Kau ni kenapa? Tiba-tiba pula.”“ Aku nak pergi tandas.”
Ashraf memandang Arvina dengan pelik. Nak pergi tandas pun kena buka rambut? Bila Ashraf tak nampak, Arvina segera menuju ke kaunter pembayaran yang diduduki oleh dua orang lelaki. Dua orang lelaki itu terkejut lalu tersenyum. Arvina membalas dengan senyuman manis. Ashraf terkejut bila handphonenya berbunyi. Nombor yang tak dikenali tertera si skrin handphonenya Ashraf bangun lalu pergi jauh sedikit dari mejanya. Dia menjawab panggilan itu.
“ Siapa ni?”Ashraf menanya sebaik sahaja berbalas salam.
“ Takkan tak kenal. Akulah.”Ashraf jadi keliru.
“ Siapa?”
“ Aku. Takkan dah lupa.”Pemanggil itu membuatkan Ashraf bertambah keliru.
“ Encik, saya takkan tahu kalau encik tak bagitahu siapa encik.”
“ Kau ni memang lupa jasa betulah. Menyesal aku call kau.”Panggilan terus ditamatkan. Ashraf memandang handphonenya. Masih keliru.
“ Ala. Buat apa nak fikir. Bukan penting pun. Entah-entah dia salah nombor.”Ashraf kembali ke mejanya. Dia berhenti bila melihat Arvina duduk dengan seorang lelaki yang kacak. Mereka kelihatan begitu mesra. Arvina pula tak berhenti ketawa. Apa yang diketawakan pun dia tak tahu. Tapi Ashraf takkan biarkan. Dia menuju ke arah meja Arvina dan lelaki itu. Tanpa berkata dia melabuhkan punggung di sebelah Arvina. Lelaki itu terkejut.
“ Emm. Encik ni siapa?”Lelaki itu menanya Ashraf.
“ Aku yang patut tanya kau siapa. Yang kau kacau tunang aku kenapa? Dalam banyak-banyak perempuan dalam dunia ni tunang orang juga yang kau nak kebas. Yang hodoh juga kau nak ambik.”Ashraf tersenyum sinis. Arvina sedikit terkejut. Sempat Ashraf menyindir dia. Tapi Arvina hanya diam menyaksikan pertengkaran mereka. Dia menongkat dagu sambil minum airnya. Macam menonton wayang pula.
“ Oh. Enciklah bakal suami Vina. Encik mengaku dia ni bakal isteri encik? Tapi mengikut apa yang Vina cakap, encik ni tak anggap dia macam tunang. Sebab dia hodoh dan tak macam perempuan kat luar sana yang encik pernah jalinkan cinta. Jadi kenapa nak anggap dia ni tunang pula?”Kali ni lelaki itu pula yang tersenyum sinis. Ashraf memandang Arvina yang sedang minum airnya. Nampak tenang saje.
“ Soalan aku kau belum jawab.”Lelaki itu menoleh ke arah Arvina sambil tersenyum manis. Ashraf yang melihat sudah menggempal penumbuk. Tapi dia masih boleh menahan penumbuknya daripada terbang ke arah lelaki itu.
“ Saya bukan nak rampas. Tapi nak bagi dia rasa lega sikit bila dia dah luahkan apa yang dia pendam selama ni. Sebab saya nampak dia menangis bila keluar dari tandas tadi. Jadi saya tawarkan diri untuk jadi pendengar.”
YOU ARE READING
Isteriku I Love You
RomanceBeautiful cover by @MiaMie16 Bagi Ashraf Iskandar, Putri Arvina seorang yang tak pandai bergaya, tak cantik, macam budak-budak, suka bertoncang dua, pakai cermin mata bulat, tak pandai buat semua kerja rumah, suka pakai cekak yang bertelinga, pakai...