BAB 8

199 11 2
                                    

Harris melabuhkan punggungnya di sebelah Arvina yang sedang termenung. Dato' Hairul duduk di sofa bertentangan dengan Arvina. Harris menanggalkan cermin mata hitam adiknya. Arvina tersedar lalu tersenyum memandang Harris.
      
“ Mana Mak Wan?”

Arvina memandang papanya.
      
“ Macam biasa. Setiap hari sabtu Mak Wan pergi rumah dia. Jenguk sekejap. Ada anak tapi anak kat luar negara. Kenal anak Mak Wan?”

Arvina menggeleng pantas. Ashraf meraih tangan Arvina lalu meletakkan sesuatu di tapak tangan Arvina.
    
“ Abang ada beli yang baru. Gunalah.”

Arvina tersenyum gembira. Apa yang dia cari akhirnya jumpa.
 
   “ Thanks. Macam tahu-tahu je adik perlukan contect lens.”

Dato' Hairul tersenyum memandang anak-anaknya. Dulu semasa kecil bukan main lagi bergaduh. Sekarang dah tak boleh berpisah.    

Anything for my lovely sister.”

Arvina melihat contect lens hitam yang dipegangnya. Mesti Ashraf dan umi akan marah nanti sebab dia keluar tak minta izin. Dia cuma bagitahu Qasih je. Marah dan geram dengan perangai Ashraf. Tapi dia tak salahkan Ashraf sebab Ashraf tak tahu apa-apa pun tentang kisah silamnya.

“ Oh ya Vina. Papa lupa nak bagitahu. Petang nanti papa dengan abang akan datang ke rumah Ashraf. Papa dah bagitahu umi Ashraf.”

Arvina memandang papanya dengan pandangan pelik. Harris faham maksud pandangan adiknya.

“ Saje datang melawat. Lagipun papa ada benda nak bincang dengan Dato' Redza.”

Arvina terangguk-angguk mendengar penjelasan abangnya.

PUAS Ashraf mencari Qasih akhirnya jumpa juga. Qasih yang duduk di kerusi malas di dalam biliknya memandang sekilas abangnya yang tengah menyinga. Lebih baik dia update novelnya di Wattpab yang lama tak diuptade daripada layan karenah abangnya. Ashraf pula sudah mengetap bibir. Geram.

“ Nak apa?”

Ashraf mendekati Qasih dengan senyuman yang dibuat-buat.

“ Tersengih macam kerang busuk dah kenapa? Qas tak sama dengan Qis yang suka layan karenah abang. Cakap je nak apa.”

Lega hati Ashraf sebab tak payah senyum dalam keadaan terpaksa. Dia kembali serius.

“ Abang taknak apa-apa tapi cuma nak tanya. Tahu kat mana Vina?”

Qasih mengeluh berat. Ada ke suami yang tak tahu isteri sendiri pergi mana? Mestilah ada. Ianya Ashraf.
   
“ Vina pergi rumah papa abang. Sekarang ni abang dah tahu. Jadi tolong keluar. Qas nak sambung taip novel. Jangan kacau. Shuh shuh.”

Baru saje nak keluar dari bilik, Qasih memanggil abangnya semula. Ashraf berpaling memandang Qasih.

“ Kenapa abang cari Vina? Risau nampak. Dah mula suka ke?”

Qasih menguntum senyuman sinis kepada abangnya.
Ashraf hanya diam memandang adiknya. Ashraf mendekati Qasih lalu duduk di birai katil milik adiknya. Qasih bangun lalu duduk di sebelah abangnya.
 
“ Entahlah. Abang pun tak tahu.”

Qasih mencebik. Perasaan sendiri pun tak tahu.

“ Kalau jantung tu berdegup kencang maknanya sukalah tu. Kalau perasaan geram tu membuak-buak maknanya bencilah tu.”

Ashraf berfikir sejenak. Bila diingatkan balik, dia suka mengusik Arvina. Dia sendiri tak tahu kenapa dia berkata macam tu kat Arvina masa kat kolam renang tadi.

“ Abang mengaku abang berasa senang bila dengan Vina. Tapi tak ada pula jantung berdegup kencang.”

Qasih mengeluh lalu menggeleng. Qasih menyambung menaip novelnya. Ashraf pula tengah terbang entah ke mana. Termenung je kerja.

Isteriku I Love YouWhere stories live. Discover now