Ashraf memandang Arvina berkali-kali. Arvina masih mengenakan cermin mata hitamnya. Ashraf menoleh ke arah Arvina semula bila gadis itu bersin. Dia berasa semakin bersalah.
“ Vina. Aku minta maaf. Aku sangat marah tadi. Sampaikan aku lupa yang kau naik satu kereta dengan aku. Sorry. Aku tak ada niat pun nak tinggalkan kau.”Ashraf meluahkan apa yang dia pendam selama ni dengan ikhlas. Arvina menoleh ke tingkap kereta. Tanda dia masih marah. Arvina ingin menguji sejauh mana keikhlasan Ashraf. Ashraf mengeluh. Dia menoleh ke arah Arvina. Arvina berpeluk tubuh menahan kesejukkan. Dia menggigil. Ashraf berasa kesian. Dia menghentikan keretanya di bahu jalan lalu membuka jeket yang digunanya. Ashraf menghulurkan jaket itu kepada Arvina. Arvina teragak-agak untuk menyambutnya. Akhirnya Arvina mengambil juga jeket itu. Ashraf menutup aircond keretanya. Arvina memerhati setiap perlakuan Ashraf. Selepas itu mereka masing-masing tidak bersuara sehingga mereka sudah sampai di rumah Arvina.
ARVINA meniarap di katilnya sambil merenung kalender yang dipegangnya macam nak terbakar. Esok bermulalah akad nikah Arvina dengan Ashraf dan esoklah hari dia akan sah menjadi isteri kepada Asharf. Sepanjang hari dia memikirkan macam mana kehidupan dia selepas ini. Terpaksa menghadap muka ketat 24 jam adik Ashraf yang sentiasa menyindirnya. Bukan tu aje. Perkahwinan ni akan dibuat di rumah Ashraf. Mesti ramai yang akan datang. Yalah. Ayah Ashraf kan dato’. Dato' mesti ramai kawan. Kalau boleh satu KL ni dia nak jemput. Tapi kalau jumpa mamat handsome pun okey juga. Hehehe. Arvina melihat jam di dinding lalu mengambil beg tangannya. Dia terus keluar dari bilik tidurnya. Semalam terpaksa dia dengar bebelan daripada papa sebab lupa nak bawa beg tangan. Abangnya juga kena sebab tak serahkan kunci kereta Arvina. Ashraf yang melihat hanya menahan ketawa tapi akhirnya Ashraf pun kena ceramah juga sebab tinggalkan Arvina macam tu je. Ceramah pasal tanggungjawab seorang suami. Padahal belum jadi suami pun.
ASHRAF berjalan ke hulu ke hilir tanpa henti memikirkan hari pernikahan mereka esok. Qisnie juga turut melakukan perkara yang sama. Qasih yang duduk di birai katil hanya memandang.
“ Macam mana ni? Habislah abang esok. Kena dengar bunyi ketawa kawan-kawan abang. Bukan kawan aje tapi semua orang yang datang esok. Mesti dia orang cakap ' kesian aku tengok kau. Muka kacak, Kaya,tegap tapi dapat isteri yang entah apa-apa ni.”Qasih menggelengkan kepala bila mendengar Ashraf kata macam tu. Ashraf dah berterus terang tentang perempuan yang Qisnie perli itu ialah bakal kakak ipar mereka. Sebab tu Qisnie sama macam abangnya. Ingatkan dapat yang cantik tapi lain pula.
“ Ala. Korang tak payahlah fikir pasal tu. Mesti Vina akan pakai cantik-cantik esok. Tapi kalau dia pakai tak cantik pun okey gak. Sebab abang pernah cakap yang seorang isteri mestilah cantik bila di depan suami dan bukan depan lelaki lain. Dan esok semua orang akan datang. Jadi lebih baik dia tak pakai cantik-cantik sebab kalau dia cantik mesti semua orang lelaki akan tengok dia. Tapi abang jangan risau. Malam pertama tu, Qas pasti Vina akan pakai cantik-cantik. Bukan setakat cantik je tapi seksi.”Ternganga Ashraf mendengar ayat terakhir Qasih. Ashraf pantas menggelengkan kepalanya. Dia menyambung perbuatannya tadi. Qisnie yang mendengar turut menggelengkan kepalanya. Dia orang ni memang sama kepala. Qisnie kembali berjalan ulang- alik sehinggalah mereka berlanggar antara satu sama lain. Qisnie terjatuh disebabkan tolakkan abangnya yang kuat. Qasih menahan ketawanya. Tulah ikut lagi perangai abang dia.
“ Dahlah. Qas nak keluar. Jumpa kawan. Ada hal sikit nak bincang. Bye.”Tanpa menunggu balasan daripada abangnya, Qasih terus keluar dari bilik abangnya. Qasih pergi ke dapur dahulu untuk memberitahu uminya.
MINUMAN yang ada di atas meja hampir habis diminum Arvina. Dia menilik jam di tangannya. Bila dia termenung jauh, datang seorang perempuan lalu duduk di hadapan Arvina. Arvina memberikan pandangan tajam. Gadis itu hanya tersengih.
“ Kau lewat selama 1 minit 59 saat. Apahal Qas?”“ Sorrylah. Aku bincang dengan abang aku tadi. Pasal esok. Tapi sekarang ni aku dah sampai.”
Arvina tersenyum. Nasib baik Qasih tak sama kepala macam Ashraf dan Qisnie. Kalau tak strees jadinya. Tak sangka umur 20 tahun tapi mulut mengalahkan kakaknya yang berumur 25.
“ So, apa rancangan kau esok? Cara pemakaian kau, muka kau?”Qasih terus memulakan perbincangan setelah membuat pesanan.
“ Esok aku cuma pakai makeup nipis je. Lepas tu aku akan pakai tudung sebab aku nak sembunyikan rambut aku yang perang ni. Mesti dia orang akan cakap yang aku warna rambut aku ni sedangkan ianya asli. Akukan kacukan Inggeris.”Qasih mengangguk tanda dia faham. Lepas tu dia merenung muka Arvina macam nak tembus.
“ Kau apahal?”Wah. Bahasa pun macam gangster.
“ Aku sedang bayangkan muka kau bila pakai tudung. Mesti cantik. Kan bagus kalau kau terus pakai tudung.”“ Aku belum sedia lagi nak pakai tudung. Aku nak tanya kau. Ada tak ex-girlfriends Ashraf yang akan datang esok?”
“ Seorang je ke banyak?”
“ Aku cakap ex-girlfriend ke ex-girlfriends ?”
Qasih hanya tersengih. Qasih berfikir sejenak. Lepas itu dia memetik jarinya.
“ Ada. Mak bapak dia orang kawan dengan ayah dan umi. Jadi ayah jemputlah dia orang datang sekali.”Arvina menongkat dagu sambil minum air yang baru dipesannya.
“ Siapa? ”
Amboi dah macam polis pula. Banyak tanya.
“ Pertama Fiana. Kedua Maya. Yang terakhir Jazleen. Semuanya cantik.”Arvina mengganguk tanda faham. Lepas tu dia menggeleng.
“ Ashraf tak pernah bercinta dengan perempuan yang bertudung atau tak cantik?”Qasih menggeleng dengan laju.
“ Qas. Lepas aku dah sah jadi isteri Ashraf, boleh tak aku terus masuk bilik? Sebab aku sejak kebelakangan ni rasa macam nak deman kena hujan hari tu. Boleh?”Qasih mengangguk. Arvina tersenyum gembira lalu meminum minumannya.
“ Tapi minta kat abang,umi dan ayah dulu.”Kali ni Arvina pula yang mengangguk.
HARI yang dinanti-nanti akhirnya tiba. Hari yang akan menyatukan dua jiwa. Ramai orang berpusu-pusu masuk ke dalam rumah. Semua menanti dengan penuh gembira. Penggantin lelaki akhirnya sampai. Ashraf terus duduk di hadapan Tok Kadi. Ashraf membetulkan songkoknya yang sedikit senget agar kelihatan kacak. Dalam hati dia berdoa agar segalanya dipermudahkan.
Arvina mundar-mandir di dalam biliknya. Rasa takut,gabra,marah, nervous semuanya bercampur aduk. Qasih membuka pintu bilik Arvina.
“ Beb,kau buat apa lagi ni? Cepatlah penggantin lelaki dah sampai tu.”Arvina jadi semakin gabra. Dia meninjau mukanya di cermin solek. Takut buruk pula makeup nanti. Arvina menarik nafas kemudian melepaskanya perlahan.
Ashraf termenung jauh sehingga dia tidak sedar Arvina sudah pun sampai. Azmi yang berada di sebelahnya menolak sedikit bahu Ashraf. Ashraf memandang Azmi dengan pandangan maut. Azmi membuat isyarat mata menunjukkan ke arah Arvina tapi Ashraf tidak faham. Tok kadi berdeham. Ashraf menoleh ke arah tok kadi.
“ Boleh kita mulakan?”Ashraf terus mengangguk laju. Dia masih tidak sedar tentang kehadiran Arvina sebab dalam hati rasa macam nak meletup. Dup dap dup dap dup dap. Mereka mula berjabat tangan dan bermulalah akad nikah. Selepas bacaan doa, Ashraf sekali lagi termenung jauh. Azmi menolak bahu Ashraf tapi taklah kuat. Ashraf tersedar lalu segera bangun menuju ke arah penggantin perempuan. Arvina yang sedang menunduk terkejut bila Ashraf tiba-tiba meraih lembut tangannya. Arvina menaikkan kepalannya perlahan-lahan. Pandangan mereka saling bertaut lama. Jantung Ashraf macam nak meletup bila melihat wajah Arvina yang nampak cantik walaupun hanya dengan solekkan nipis. Ditambah lagi dengan keayuannya bila bertudung. Arvina segera melarikan pandangannya. Ashraf tersedar. Dia segera menyarungkan cincin dan diikuti oleh Arvina. Arvina tunduk untuk mencium tangan Ashraf selepas itu Ashraf mencium lembut dahi Arvina. Sekarang mereka sudah sah menjadi suami isteri. Syukur alhamdullilah...
Bab kali ni pendek je. Sebab sis nak tulis malam pertama mereka kat capter baru. Vote and commants. 😄
YOU ARE READING
Isteriku I Love You
RomanceBeautiful cover by @MiaMie16 Bagi Ashraf Iskandar, Putri Arvina seorang yang tak pandai bergaya, tak cantik, macam budak-budak, suka bertoncang dua, pakai cermin mata bulat, tak pandai buat semua kerja rumah, suka pakai cekak yang bertelinga, pakai...