Ashraf menapak ke arah Harris yang sedang duduk di kerusi di beranda rumah. Sekali sekala luangkan masa dengan abang ipar. Ashraf menepuk belakang Harris dengan kuat sehingga membuatkan Harris terbatuk. Ashraf ketawa mengekek. Dia terus mengambil tempat di sebelah Harris.
“ Macam ni ke cara kau layan abang ipar kau?”
Ashraf hanya beriak biasa. Harris kembali termenung memikirkan hal yang telah menyakitinya. Satu keluhan keluar dari bibir Ashraf. Harris menoleh ja arah Ashraf dengan pandangan pelik.
“ Kau ada masalah ke?”
“ Tak. Aku yang sepatutnya tanya kau ada masalah ke tak. Apasal termenung je. Bagitahu kat aku. Kalau aku boleh tolong aku akan tolong.”
Harris tersenyum hambar sambil memandang Ashraf. Harris mengeluh untuk kali yang ke berapa.
“ Aimi apa khabar?”
Ashraf menanya soalan lain bila Harris tidak menjawab soalan pertamanya.
“ Entah.”
Hanya tu yang keluar dari mulut Harris. Ashraf menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“ Tunang sendiri pun tak tahu.”
Dah sebulan Harris dan Aimi bertunang. Tapi sekali pun Ashraf tak pernah melihat Harris keluar dengan Aimi.
“ Dia sekarang ni kat luar negara. Biasalah modelkan. Lebih sibuk dari aku yang kerja arkitek ni.”
“ Kau ni okey ke tak?”
Harris meraup mukanya sambil menggeleng kepalanya. Ashraf menepuk perlahan bahu Harris.
“ Ceritalah. Jangan simpan luka kat hati kau tu seorang diri. Insya-Allah aku boleh tolong.”
Harris menundukkan kepalanya. Dia memandang sekilas Ashraf yang berada di sebelahnya.
“ Aimi. Dia dah banyak berubah. Sejak dia jadi model, dia macam tak pedulikan lagi hubungan kitorang. Bila aku ajak dia keluar, macam-macam alasan dia bagi. Jumpa kejap pun dia cakap tak ada masa. Aku call, whatsap, mesej pun dia tak balas. Pergi luar negara pun dia tak bagitahu aku. Sampaikan setiap hari aku cari dia kat rumah tapi tak ada. Lepas tu bibik dia cakap dia pergi luar negara. Hati siapa yang tak sakit?”
Ashraf memandang sayu Harris. Dia faham perasaan Harris kerana dia pernah alami situasi yang sama.
“ Aku harap kau dapat bersabar. Bincang dengan dia baik-baik. Buat solat istikharat, ikut gerak hati kau. Insya-Allah kau akan dapat tahu jawapannya.”
Harris hanya mampu mengangguk lemah. Kemudian dia menarik nafas dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Harris memandang Ashraf dengan segaris senyuman di bibir.
“ Thanks bro.”
“ Welcome. Selesai masalah kau. Sekarang ni masalah aku.”
Harris memandang Ashraf dengan penuh tanda tanya.
“ Apa masalah kau?”
Harris melihat wajah Ashraf yang begitu suram. Pasti adik iparnya ada masalah yang lagi besar daripadanya.
“ Aku tak boleh hidup tanpa dia. Aku betul-betul perlukan dia. Tolong aku. Aku akan buat apa aje yang kau minta.”
“Ye ye. Aku akan tolong. Cakaplah.”
Ashraf mengeluh berat sambil meraup rambutnya yang terjuntai di dahi.
“ Tolong... Aku..”
Harris menanti dengan penuh sabar.
YOU ARE READING
Isteriku I Love You
RomanceBeautiful cover by @MiaMie16 Bagi Ashraf Iskandar, Putri Arvina seorang yang tak pandai bergaya, tak cantik, macam budak-budak, suka bertoncang dua, pakai cermin mata bulat, tak pandai buat semua kerja rumah, suka pakai cekak yang bertelinga, pakai...