Arvina menguap sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik mandi. Sekarang ialah masa untuk menonton mimpi. Arvina merebahkan dirinya di katil size king. Dia menarik selimut hingga ke paras dada. Perbuatan Arvina terhenti apabila dia terasa seperti ada sesuatu di katilnya. Arvina memasang lampu tidurnya bila terasa katil itu bergerak kuat. Arvina menoleh ke sebelah kanan dan
“ Arghhhhhh!"Arvina menjerit. Ashraf terus bangun dari pembaringannya. Dia menoleh ke arah Arvina yang sedang takut. Ashraf mengeluh.
“ Kau ni kenapa? Nampak aku macam nampak hantu je.”Arvina turun dari katil.
“ Kau buat apa dalam bilik aku? Keluar. Mentang-mentanglah kita ni suami isteri,kau terus nak ambil kesempatan.”Ashraf mendengus kecil. Geram.
“ Ni rumah aku. Jadi ni pun bilik aku. Faham? Kau salah masuk bilik.”Arvina menggeleng pantas sambil berpeluk tubuh.
“ Umi cakap ni bilik aku. Keluarlah.”Arvina sudah mula merengek macam budak kecil. Ashraf ketawa kecil sambil menggeleng. Arvina pula sudah jadi takut.
“ Okey. Kalau umi cakap ni bilik kau tapi aku pula cakap ni bilik aku, maknanya ni bilik kita sayang. Kita dah kahwin. Hubungan kita halal. Bilik,cawan,pinggan pun kita kongsi.”Ashraf berkata dengan bahasa yang lembut. Tapi Arvina masih berpeluk tubuh.
“ Tak hingin aku nak berkongsi dengan kau. Tak apa. Kalau kau tak nak,biar akulah yang tidur kat sofa.”Arvina terus menggambil bantal dan selimut. Dia terus baring di sofa dalam bilik mereka. Ashraf mengeluh perlahan. Selepas beberapa minit Dia turun dari katil lalu berjalan menuju ke arah Arvina. Ashraf melutut di hadapan Arvina yang sedang tidur nyenyak. Ashraf tersenyum memandang isterinya. Tanpa berlengah, Ashraf mencepung badan kecil Arvina lalu membawanya ke katil. Arvina masih tidak sedar. Tidur mati. Ashraf menyelimutkan badan Arvina. Ashraf duduk di sebelah Arvina. Dia melihat wajah isterinya lama. Secara spontan Ashraf mengucup lembut dahi Arvina. Ashraf merebahkan dirinya di atas sofa. Dia biarkan saja Arvina tidur di katil. Dia tahu Arvina belum bersedia lagi.
Arvina turun ke dapur dengan muka yang belum di cuci dan rambut yang serabai. Sebaik sahaja di dapur semua mata tertumpu ke arah Arvina.
“ Good morning papa, abang.”Arvina yang masih mamai mengambil tempat duduk di sebelah uminya. Qisnie yang melihat macam nak terkeluar biji mata.
“ Vina. Kenapa tak cuci dulu muka tu. Pergi mandi.”Ashraf menegur Arvina yang sedang minum. Perbuatannya terhenti bila terdengar suara Ashraf. Dia membuka matanya. Terbeliak matanya bila memandang semua orang yang ada di dapur.
“ Ni rumah Ashraf ek? Maaf tak sengaja. Ingatkan rumah papa tadi.”Arvina hanya tersengih. Dia bangun dari kerusi perlahan-lahan. Tanpa berlengah dia terus memecut laju ke tingkat atas. Malu. Semua di dapur hanya menggeleng. Qisnie mendengus geram. Ashraf pula mengeluh. Puan Aida tersenyum memandang Ashraf.
“ Ashraf, itu tanggungjawab kamu.”Ucap Puan Aida. Qasih yang faham akan senyuman uminya ketawa kecil.
Pintu bilik mandi ditutup dengan kuat. Arvina yang sudah mengenakan t-shirt hitam dan seluar putih paras lutut menuju ke meja soleknya lalu menggunakan contect lens hitamnya. Selepas itu dia mengenakan cermin mata bulatnya. Arvina menyikat rambutnya. Arvina menoleh ke arah balkoni bila ada seekor burung hinggap di balkoni biliknya. Tanpa dia sedar, Ashraf sudah masuk ke dalam bilik dengan senyap lalu mencium pipi isterinya. Arvina menoleh pantas. Dia mengurut dada bila memandang Ashraf yang dah duduk di birai katil. Ashraf menjadi pelik bila Arvina tak memarahinya. Tapi niat nak gaduh-gaduh manja dengan isterinya masih belum hilang. Dia mengatur langkah ke arah Arvina yang sedang menyikat rambut sambil berdiri. Ashraf terus memeluk isterinya dari belakang. Arvina terkejut. Nasib baik dia dah simpan sikat kalau tak memang kena cucuk Ashraf ni. Arvina tidak beberapa selesa dengan keadaan itu terus cuba untuk melepaskan diri. Tapi pelukkan Ashraf sangat kuat.
“ Ashraf lepaslah. Aku tak selesalah macam ni.”
YOU ARE READING
Isteriku I Love You
RomanceBeautiful cover by @MiaMie16 Bagi Ashraf Iskandar, Putri Arvina seorang yang tak pandai bergaya, tak cantik, macam budak-budak, suka bertoncang dua, pakai cermin mata bulat, tak pandai buat semua kerja rumah, suka pakai cekak yang bertelinga, pakai...