BAB 11

136 6 2
                                    

“ Mana ada susah. Ambil ubat je kot.”

Ashraf menggelengkan kepalanya. Arvina mengeluh berat sambil menarik perlahan tangannya yang masih dipegang kemas. Tapi Ashraf tidak melepaskan pegangan malah mengeratkan lagi genggaman tangannya.

“ Ubat tak boleh sembuhkan aku tapi kalau kau temankan aku kat sini, barulah aku sihat balik.”

Arvina memandang Ashraf dengan kening terjongket sebelah. Pelik. Mengigau agaknya Ashraf ni. Nak tak nak Arvina tetap ikut aje apa yang Ashraf nak. Sebab dia nak balik. Qasih dan Qisnie bersendirian di rumah. Lambat si Ashraf sembuh, lambatlah diorang balik. Arvina menarik tangannya semula apabila merasakan Ashraf sudah melonggarkan genggaman. Arvina mengambil novel di rak bukunya lalu duduk di sofa sambil kakinya disilang rapat. Ashraf berdeham membuatkan Arvina memandang ke arah Ashraf. Dilihatnya Ashraf menepuk katil di sebelahnya tanda menyuruh Arvina duduk di sebelahnya. Arvina menjongketkan bahu lalu meneruskan pembacaannya membuatkan lelaki itu tidak puas hati. Dia berpura-pura batuk dengan kuat tapi Arvina langsung tak pandang pun. Ashraf mengeluh perlahan.

Akhirnya dia mengalah. Orang dah tak sudi buat apa nak paksa lagi. Tapi tak apa sekurang-kurangnya Arvina sudi temankan dia. Itu pun dia dah syukur sangat. Ashraf merebahkan semula badannya di katil lalu menutup rapat matanya. Selang beberapa minit, kedengaran dengkuran halus menandakan lelaki itu sudah pun tidur. Novel diletakkan di sebelahnya lalu berdiri dan menapak ke arah Ashraf dengan perlahan-lahan. Arvina memerhati seraut wajah Ashraf sebelum turun ke bawah untuk mengambil ubat dan tuala basah.

Beberapa minit kemudian Arvina kembali ke bilik. Sapu tangan direndam ke dalam air di dalam mangkuk kecil dan diperah lalu diletakkan di atas dahi Ashraf dengan perlahan-lahan sebelum menuju semula ke sofa dan mengambil novelnya lalu kembali ke katil. Dia mengambil tempat di sebelah Ashraf dengan perlahan-lahan agar tidak mengganggu lena suaminya.

HARRIS menapak ke arah Farhan sambil membawa dua cawan air hot coklat. Farhan menoleh ke arah Harris yang berdiri di belakangnya. Harris mengambil tempat di sebelah Farhan lalu air dihulurkan kepadanya. Farhan menyambut dengan ucapan terima kasih.

“ Fikirkan apa?”

Farhan mengeluh berat sambil mengurut belakang tengkuknya.

“ Apa lagi kalau bukan hal tadi. Maaflah. Aku tak ada niat pun nak buat macam tu.”

Harris tersenyum kecil.

“ Kau sepatutnya minta maaf kat Ashraf. Bukan kat aku. Tapi bila kau dah minta maaf, jangan pula kau buat macam tu lagi.”

Farhan terangguk-angguk. Dia memandang Harris sekilas dengan kening terjongket sebelah. Keliru.

“ Tapi kenapa Ashraf macam tu? Bukan ke diorang kahwin sebab aturan keluarga? Ashraf dah mula suka kat Vina ke?”

Harris menjongketkan bahunya sambil minum airnya. Terbit keluhan di bibir Farhan. Dia memcapai airnya lalu berdiri. Dia terus menapak ke beranda rumah. Harris turut berdiri lalu naik ke tingkat atas.

ASHRAF mengosok matanya lalu sambil dibuka perlahan-lahan. Selepas penglihatannya jelas, Ashraf melihat jam yang tergantung di dinding yang sudah menunjukkan pukul 5 petang. Terasa malas untuk bangun. Dia menoleh ke sebelahnya bila terasa katil seperti bergerak. Ashraf terkejut dan terus bangun dari pembaringannya. Seketika kemudian dia mengukir senyuman bila melihat Arvina tidur di sisinya dengan novel masih di tangan. Mungkin terlelap kot. Seraut wajah Arvina ditenungnya.

Bila difikirkan balik, Arvina tidaklah hodoh seperti yang dilihat. Tapi  agak cantik. Bila dia pakai cermin mata bulat nampak comel pula si Arvina ni. Bibirnya menguntum senyuman. Cermin mata isterinya ditarik perlahan sebelum meletakkannya di sisi. Mengantuk sangatlah tu sampai cermin mata pun tak buka. Wajah isterinya ditenung lama. Entah dia sendiri keliru dengan perasaannya. Tapi yang pastinya dia dah mula sayangkan gadis di hadapannya. Dan kalau boleh, dia juga ingin isterinya turut berasa begitu.  Matanya beralih pula pada novel dalam tangan Arvina lantas dia mencapai novel itu dan muka depannya dibaca.

“  Hai Encik Perfume.”

Tajuk novel dibaca. Bibirnya menguntum senyuman bila membaca sipnosis novel itu.
“ Aiqish seorang yang selekeh dan mempunyai syarikat perfume yang terkenal. Kena kahwin dengan seorang perempuan yang cantik sebab satu peristiwa. Wow. Macam kisah aku pula. Cuma terbalik je.”

Ashraf terkejut bila pintu diketuk. Dia segera turun dari katil lalu tombol pintu dipulas perlahan. Terjenggul wajah Harris di muka pintu.

“ Harris. Ada apa?”

“ Korang tak balik ke? Siapa nak jaga Qasih dan Qisnie? Aku bukannya halau cuma.. Kejap, mana Vina?”

Ashraf tersengih sambil menggaru kepalanya.

“ Dia tidur. Kejap lagi baliklah. Rehat kejap.”

Harris terangguk-angguk macam burung belatuk. Ashraf menoleh ke belakang bila mendengar suara Arvina sebelum kembali menoleh ke arah Harris.

“ Tak apelah. Korang rehatlah dulu. Aku turun bawah kejap.”

Harris terus berlalu dari situ. Sebaik sahaja bayangan Harris sudah hilang, Ashraf terus menapak ke arah katil. Arvina yang baru bangun terus duduk di birai katil. Ashraf di hadapannya dikerling sekilas.

“ Dah sihat kan? Jom balik. ” Ujarnya tanpa sedar yang dia tidak mengenakan cermin mata.

Ashraf bingung dan keliru bila melihat Arvina seperti orang yang tidak mengalami masalah mata. Dia tak tahu Arvina rabun apa tapi dia pelik. Diperhatinya Arvina yang sedang membaca mesej di telefonnya dengan selamba. Selepas itu dia melihat ke arah jam dinding dan dengan selamba menyebut angka jam tersebut. Ashraf menggaru kepalanya. Nak kata rabun jauh, boleh pula tengok jam. Rabun dekat, boleh pula baca mesej kat telefon.

“ Ash.. Ashraf. ”

Ashraf tersentak kecil sebelum memandang isterinya yang sudah berdiri di hadapannya.

“ Hah? ”

“ Dengar tak saya cakap apa? Jom balik sekarang. Risaulah budak dua orang tu tak ada yang jaga. Dah petang ni. ”

Arvina mula mencapai beg tangannya sebelum melangkah ke arah pintu namun Ashraf lebih cepat. Dia berdiri di hadapan pintu mematikan langkah Arvina.

“ Rabun ek? ” Soalnya perlahan.

Soalan Ashraf membuatkan otaknya ligat memproses apa jawapan yang sesuai.

“ Um.. Kenapa tanya? ”

“ Saja. ”

“ Ya... Saya rabun. Why? ”

Ashraf sudah tersenyum sumbing. ‘ Nak tipu aku konon. ’ Ashraf mula berganjak daripada pintu lalu tombol pintu dipulas.

“ Oh ya. Sebelum terlupa. Cermin mata kat katil tu siapa punya ek? ” Soalnya lalu terus keluar daripada bilik meninggalkan Arvina terpinga-pinga.

Arvina melihat ke arah katil. Spontan dia meraba mukanya yang tidak mengenakan cermin mata. Terus katanya terbeliak.

“ Alamak. Mampus aku. "

Arvina segera mencapai cermin matanya namun pergerakannya terhenti seketika.
‘ Dia dah tahu pun. So, maknanya tak payahlah aku nak pakai benda ni lagi. Hmm... ’ omelnya dalam hati.

Cermin mata diletakkan ke dalam beg tangannya sebelum keluar daripada bilik. Kalau Ashraf tanya, cakap jelah untuk fesyen.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 24, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Isteriku I Love YouWhere stories live. Discover now