Arvina menatang dulang minuman dan meletakkannya di atas meja yang berada di belakang rumah. Arvina mengambil tempat duduk di sebelah suaminya.
“ Jadi,apa yang umi nak bincangkan? Macam penting aje.”
Ashraf memulakan perbincangan. Arvina mendengar bunyi tapak kaki sedang menuju ke arah. Dia menoleh ke arah pintu dapur. Dia melihat dua beradik Q datang menghampiri mereka. Qasis dan Qisnie. Qasih mengambil tempat di hadapan Arvina. Qisnie mengambil tempat di sebelah kakaknya. Puan Aida pula duduk di hujung meja.
“ Baiklah. Semua dah ada kat sini. Umi akan bagitahu. Umi dan abah akan pergi mengerjakan umrah.”
Semua orang tersenyum gembira.
“ Umi. Tolong doakan supaya Qis dapat pakwe yang kacak,kaya,sasa dan macho. Boleh tak?”
Qasih memukul lengan adiknya. Puan Aida menggeleng melihat perangai anaknya.
“ Qis. Umi pergi sana bukanya nak doakan benda yang tak penting. Umi dan ayah pergi sana sebab itu tanggungjawab kita sebagai islam. Umi akan doakan supaya rumah tangga Ashraf kekal dan bahagia. Umi juga akan doakan kebahagiaan semua orang. Jodoh kita,Allah yang tentukan. Faham?”Qisnie menundukkan kepalanya. Malu bila ditegur di depan kakak ipar.
“ Seminggu lagi umi akan pergi sana. Jadi, Ash akan jadi ketua dalam rumah ni sementara kami pergi. Jaga isteri dan adik-adik dengan baik. Jangan nak jadikan mereka orang gaji pula. Mentang-mentanglah ketua. Dan satu lagi. Dalam masa seminggu ni. Umi nak tengok ada perubahan. Umi perasan Ash dan Vina masih guna kau aku lagi. Bila nak tukar? Umi tak beberapa suka dengar. Korang dah kahwin. Sampai bila nak berkau aku lagi? Kalau panggil abang sayang mesti sejuk hati umi dengar. Mesti tukar sebelum umi dan ayah pergi sana.”Ashraf dan Arvina mengangguk serentak. Ashraf memandang Arvina di sebelahnya. Nampak tenang saja. Sedangkan dirinya sudah macam cacing kepanasan.
“ Okeylah. Umi nak pergi masuk dalam. Ingat apa yang umi pesan.”Puan Aida bangun lalu menapak masuk ke dalam rumah. Qasih dan Qisnis turut masuk ke dalam rumah. Arvina bangun untuk mengumpul semua cawan yang ada di atas meja. Semasa mengumpul cawannya,baru dia sedar airnya langsung tak disentuh. Dia duduk semula untuk meminum airnya. Dia memandang sekilas Ashraf di sebelahnya yang masih belum beredar. Arvina menjongketkan bahu tanda tak ambil kisah.
“ Kenapa kau tak kisah?”Arvina menoleh ke arah Ashraf.
“ Apa?”Asharf tanya soalan bergantung jadi dia pun tanya macam tu.
“Maksud aku kau kan panggil semua lelaki dengan panggilan kau aku. Termasuk suami kau juga iaitu aku. Kenapa kau tak kisah bila umi suruh kau jangan berkau aku lagi dengan aku?”Banyak betul kau aku. Arvina yang mendengar pun keliru. Jadi dia diam sejenak nak proses benda yang Ashraf cakap. Loading... Siap.
“ Sebab dia tu mak mentua aku. Aku tak boleh lawan cakap dia. Kau pun tahu mummy aku pergi masa aku baru berumur 13 tahun. Kasih sayang ibu selama 13 tahun tu bagi aku masih belum cukup. Siapa lagi yang aku nak anggap sebagai ibu kalau bukan ibu mentua aku,umi. Sekarang ni aku nak rasakan kasih sayang seorang ibu. Tapi aku tetap rasa bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku dapat rasa kasih sayang daripada ibu kandung aku. Kalau boleh aku taknak kehilangan seorang lagi ibu aku. Sebab kehilangan tu buat aku rasa sakit. Kau pernah rasa kehilangan?”Asharf tekun mendengar apa yang dikatakan oleh Arvina. Ashraf yang mengangguk membuatkan Arvina tertanya-tanya.
“ aku pernah rasa kehilangan. Bekas awek aku dulu tinggalkan aku. Sedangkan aku sangat cintakan bekas awek aku. Bila dia tak ada,aku langsung tak boleh tidur. Asyik fikirkan dia aje. Masa tulah aku rasa kehilangan.”
YOU ARE READING
Isteriku I Love You
RomanceBeautiful cover by @MiaMie16 Bagi Ashraf Iskandar, Putri Arvina seorang yang tak pandai bergaya, tak cantik, macam budak-budak, suka bertoncang dua, pakai cermin mata bulat, tak pandai buat semua kerja rumah, suka pakai cekak yang bertelinga, pakai...