Termenung jauh. Hanya itulah yang Arvina mampu buat. Merenung dirinya di hadapan cermin meja soleknya. T-shirt biasa, seluar panjang, cekak unggu, bertoncang dua. Arvina membuka cermin mata hitamnya dan ternampakkan matanya yang biru gelap. Serta merta kisah silamnya terlintas semula.
2 tahun lepas...
“ Aku benci kau! Kau memang jantan tak guna! Arghhhhh!!” Arvina menjerit bagaikan orang yang terkena histeria. Arvina menghempas pasu kaca yang berada di atas meja makan. Mendengar bunyi tu, Harris segera ke dapur. Alangkah terkejutnya dia bila melihat Arvina memegang serpihan pasu kaca dan ingin membunuh dirinya. Harris segera menghalang. Harris merampas serpihan kaca itu dari tangan Arvina. Harris memegang lengan adiknya dengan kuat bila Arvina meronta-ronta. Akhirnya Arvina berhenti bila dia sudah mula berasa kepenatan. Harris melonggarkan genggaman tangannya. Harris memeluk adiknya dengan erat untuk meredakan lagi kemarahan adiknya. Arvina menangis teresak-esak dalam dakapan Harris untuk melepaskan segala rasa duka di hati.Harris mengusap lembut belakang adiknya. Dia tak akan biarkan adiknya melalui semua ini seorang diri.Mulai hari itu, Arvina mula menyembunyikan mata dan kecantikannya. Dia menyesal dengan sikapnya dulu yang tidak menutup aurat. Arvina mengeluh. Kenangan pahitnya masih jelas di ingatan. Dia sudah cuba untuk melupakan kisah silamnya tapi bila melihat matanya, kenangan hitam tu bagaikan baru terjadi. Tanpa sedar matanya sudah mengeluarkan mutiara putih. Pintu bilik dibuka dari luar. Arvina segera mengelap air matanya bila abangnya muncul. Harris memandang Arvina. Arvina cuba memberikan senyuman manis kepada abangnya tapi tak berjaya. Kepahitannya jelas terpampar. Harris faham akan perasaan adiknya. Harris menuju ke arah Arvina.
“ My little princess. Dah bangun rupanya. Ingatkan masih berdengkur lagi. Dah mandi belum? Kalau dah turun bawah pergi sarapan. Mak Ngah dah sediakan sarapan.”Harris mengusap lembut rambut adiknya. Melihat Arvina tak menyahut, Harris berasa pelik. Akhirnya Harris tahu apa yang difikirkan Arvina. Dia mengeluh.
“ Adik, ni keputusan adik sendiri. Adik menyesal ke?”Arvina memandang abangnya.
“ Adik akan kahwin dengan Ashraf demi permintaan terakhir arwah mummy. Nak menyesal pun tak guna. Semuanya dah terlambat. Seminggu lagi sebelum kita orang di ijab kabulkan.”Harris memandang dengan pandangan sayu. Tak ada apa lagi yang dia boleh buat selain daripada memberi sokongan dan nasihat kepada Arvina. Arvina menarik nafas kemudian melepaskan perlahan.
“ Okeylah. Jom sarapan. Perut ni dah mula nak bergendang lagu kompang dipalu...pengantin baru. Duduk bersanding...”
Belum sempat menghabiskan lagunya, Harris menarik telinga Arvina. Tapi taklah kuat sangat. Siapalah yang nak sakitkan adik sendiri. Kena sayang.. Arvina ketawa kecil. Arvina menarik lengan abangnya dan turun ke bawah. Harris hanya mengikut.
“ YES! Tinggal semingu lagi. Tak sabarnya nak tengok muka kakak ipar. Mesti orangnya manis, sopan dan cantik.”Qisnie, gadis yang berumur 20 tahun mengambil tempat di sebelah abangnya. Walaupun dah sebulan mereka bertunang lepas tu seminggu lagi nak kahwin, Qisnie masih belum melihat wajah bakal kakak iparnya. Yelah. Ashraf tak pernah bawa Arvina jumpa dengan adik-adiknya.
‘Hek eleh. Cantiklah konon. Kau belum tengok bolehlah cakap macam tu. ’
Ashraf mengomel di hati. Ashraf jadi rimas bila Qisnie menjerit kegembiraan. Orang yang nak kahwin tapi dia pula yang gembira sedangkan tuan punya badan sudah buat muka ketat 24 jam. Ashraf bangun lalu ingin keluar sebab nak duduk di tepi kolam belakang rumah tetapi dihalang oleh adiknya seorang lagi yang baru masuk ke rumah, Qasih yang muda setahun dengannya dan sebaya dengan Arvina. Qasih menguntum senyuman penuh makna. Qisnie masih lagi senyum. Dah macam orang gila.“ Abang esok jumpa Vina kan? Nak ikut boleh? Qas nak juga jumpa bakal kakak ipar. Betul tak Qis?”
Qisnie hanya tersengih macam kerang busuk. Ashraf mengeluh.
‘Kenapalah aku ada dua adik yang penyibuk macam ni. ’
Ashraf berfikir sejenak. Kemudian bibirnya mengukir senyuman. Lepas tu menganggukkan kepala pula. Mesti ada sesuatu ni.“ Okey. Esok abang bawa jumpa Vina.”
Ashraf menguntum senyuman penuh makna.
‘ Kenalah korang esok. Tak sabarkan nak jumpa bakal kakak ipar. Mesti korang tak suka.’
Ashraf ketawa di dalam hati. Sekarang dia tak sabar untuk berjumpa dengan bakal isteri yang tercinta. Konon. Qasih memandang abangnya dengan pandangan pelik. Tanpa berlengah Qasih berlalu ke dapur. Malas nak layan perangai abangnya. Lebih baik dia tolong bibik masak. Senyuman masih tidak hilang dari bibir Ashraf. Pandangannya beralih pula kepada Qisnie. Qisnie membalas pandangan abangnya sambil tersenyum gembira. Ashraf tersenyum sambil mengenyitkan matanya kepada Qisnie lalu berlalu keluar. Senyuman Qisnie terus mati. Kalau dia buat kat perempuan lain mesti dia orang cair terus. Qisnie menjadi pelik. Qisnie mula rasa tak sedap hati.Ashraf berjalan mengelilingi kolam renang. Dia melipatkan lengan baju hitamnya sehingga ke paras siku. Lepas itu dia membuka tiga butang bajunya. Rambutnya pula diserabaikan. Waseh.. Nampak aura hotnya.
( bayangkan sendiri ya macam mana rupa Ashraf masa tu.) Sudah tiga kali dia mengelilingi kolam renang itu. Qisnie yang mengintai disebalik cermin dapur pula berasa pelik. Kemudian dia mendapat idea jahat. Bila rasa bosan memang abangnya yang jadi sasaran utama untuk dikenakan. Kalau kenakan kakaknya memang tiga hari dua malam dengar bebelan dan ceramah pedas dia. Lain pula dengan Ashraf. Walaupun selalu kena dengan adiknya, dia tetap melayan Qisnie. Wah.. Dahlah kacak. Penyabar pula tu. Tapi mulutnya buka main pedas bila naik marah. Ini sudah kali keempat dia mengelilingi kolam. Ini sebab fikirannya terbang ke arah lain. Tentang Arvina. Ashraf mengambil telefonnya dari poket seluarnya. Dia menaip mesej kepada Arvina. Belum habis dia menaip, Bush!! tiba-tiba dia jatuh ke dalam kolam dan secara tak sengaja tertekan ikon hantar. Qisnie ketawa terbahak-bahak. Langsung tak ada rasa bersalah langsung.Esok kita jumpa kat Cafe Cinta. Aku ada bawa dua...
Arvina membaca mesej tersebut dengan kening terjongket sebelah.
“ Dia nak bawa apa? Hadiah ke? Lantaklah. Dia nak bawa hadiah ke, awek ke aku tak kisah.”
Arvina membiarkan mesej daripada Ashraf.
Ashraf meraup rambutnya ke belakang. Dia lihat Qisnie sudah berlari masuk ke dalam rumah. Ashraf menahan geram. Dia keluar dari kolam tapi terjun semula bila nampak telefonnya yang berada di dalam kolam. Nasib baiklah telefonnya tu tak dapat dimasuki air. Kalau tak memang habislah duit tabung adiknya. Ashraf duduk di tepi kolam sambil mengeluh.
“ Abang!”Ashraf mengeluh semula. Dia menoleh ke arah Qasih. Qasih berdiri di muka pintu sambil bercekak pinggang. Dia berjalan ke arah abangnya. Busybody versi 2 dah datang.
“ Abang kalau nak mandi pun bukalah kemeja tu. Bukannya sampai patah tangan nak buka baju tu. Kenapa malas sangat ni? Dah dah pergi masuk dalam. Lepas tu bagi kat Qas baju tu. Qas nak letak dalam mesin basuh. Cepat. Minta Qis ambilkan towel”Ashraf ketawa kecil. Geli hatinya bila mendengar adiknya membebel macam seorang ibu. Dia ni memang bagus untuk dijadikan isteri. Ashraf pula macam anak dia. Mengikut apa yang adik dia arahkan. Ashraf segera masuk ke dalam rumah. Qasih pula mendengus geram sambil menghentakkan kakinya. Mana tak geram kalau orang masuk rumah dengan keadaan basah macam tu.
ARVINA kembali menyambung kerjanya selepas habis lunch. Semua pekerjanya pun sudah memulakan kerja semula. Sudah setahun dia buka kedai pakaian yang semua pakaiannya amat laris sehinggakan kedainya dikenali ramai. Princess's fashion and design. Sebab apa princess? Sebab nama dia kan Putri Arvina. Tapi yang peliknya walaupun dia buka kedai yang over the top katakan, dia masih pakai pakaian yang old fashion. Cuma pekerja dia aje yang pelik kecuali author dan pembaca. Dah tahu sebabkan? Tengah syok buat kerja, telefonnya berbunyi. Panggilan dari..
Okeylah bersambung kat sini. Sorry kalau bab ni agak bosan. Sebab hero dan heroin belum jumpa lagi. Tapi apa-apa pun vote lepas baca ya.
YOU ARE READING
Isteriku I Love You
RomanceBeautiful cover by @MiaMie16 Bagi Ashraf Iskandar, Putri Arvina seorang yang tak pandai bergaya, tak cantik, macam budak-budak, suka bertoncang dua, pakai cermin mata bulat, tak pandai buat semua kerja rumah, suka pakai cekak yang bertelinga, pakai...