"Kerja sekolah kitaorang dah siap ke belom!" Jerkah seorang lelaki yang berbadan tegap bersama ahli kumpulannya. "Urr..urmm.. be.. belom".
Pang!
Satu tumbukan singgah di pipi kanan. "Kau tau tak subjek cikgu tu lepas ni!" Aku hanya mengangguk perlahan. "Sial lah kau.. ARGHHHHH!!!!!!". Seorang lagi lelaki datang dan merampas kasar beg sekolah aku. Dia jatuhkan semua barang di dalam beg aku. Dia ambik semua buku diorang dan mereka pergi meninggalkan aku.
Kenapa...
Kenapa semua ni terjadi...
Kenapa aku tak boleh tunjukkan kekuatan aku yang sebenar.
Ye, aku pernah lawan orang yang 10 kali ganda lagi kuat dari diorang semua. Tapi, kenapa aku mesti berlakon lemah depan diorang. Sedangkan bukan setakat lawan, malah aku membunuh juga. Tapi... Aku.. aku kena dengar cakap bos.
Aku tak boleh dedahkan identiti aku sebagai seorang... PERISIK...
🔪🔪🔪
KRINGGG....
"Ad.. sekejap! Urmm, boleh tolong hantarkan semua buku ni kat atas meja Cikgu Mar tak? Saya sibuklah sekarang. Tolong eh, Terima kasih, Adrian" Adrian tak sempat berkata ya atau tidak. Hannah terus bagi semua buku tu dekat dia. Nak tak nak kenalah dia pergi.
Semasa dia pergi ke bilik guru, dia sudah nampak kelibat The 3S. 3S yang membawa maksud Superb Strong Sexy. Tapi, bagi Ad maksudnya lebih sesuai Selekeh Sombong Seksa. Dia terus melajukan langkahnya. Dahlah lepas ni ada meeting dengan Bos dan ahli group lain. Jarang ada mesyuarat ni.
🔪🔪🔪
"Fuhh, selamat diorang tak ikut aku" Adrian membuka pintu rumahnya. "Maa, Ad dah pulang..." terus kucing kesayangannya a.k.a Miss Spy menuju ke arahnya. "Hai meow, Mama mana?" Soal Adrian. "Mama pergi beli barang dapur" balas Miss Spy. Memang tak dinafikan. Kucing aku ni robot. Ye, dia yang tolong Adrian dalam sesuatu penyiasatan. Mama dia tak kesah pun. Lagi best kalau kucing pandai cakap, kan? "Lepas ni kita ada meeting. Jom" kata Adrian dan terus dia mengangkat Miss Spy ke atas.
YOU ARE READING
© | 𝙋𝙀𝙍𝙄𝙎𝙄𝙆
ActionAku selalu dibuli... " Weh, bagi duit belanja kau". Tapi, walau macam mana pun.. aku tak boleh tunjuk siapa diri aku. "Hai, nama saya Ashley". Kini, tambah lagi seorang mangsa. Kenapa, orang suka buli orang lemah. " wah, banyaknya duit. Bagi ah...