_20_ (end)

6.7K 312 28
                                    

Adrian hampir terjatuh. Leo segera menangkapnya agar tak terjatuh... Dia memapah Adrian ke kereta polis. Di dalam kereta itu ada Aurora dan Ashley. Aurora duduk belakang dan Ashley di depan. Leo meletakkan Adrian baring di pangkuan ashley.

"Leo masuk kereta yang ada Aura dan Nash" kata polis itu. Dia segera masuk dan memandu kereta ke hospital.

"Abang Ad.. bertahan. Nanti sampailah hospital~" Aurora dah menangis. Dahlah baru jumpa. Ingat tak sedih ke. "Ad, jangan tidur. Aurora pastikan abang Ad tak tidur. Kalau dia tidur nanti jantung terus berhenti. Kalau dia bangun, peluang untuk dia hidup tinggi" kata Ashley dengan cemas.

Dia taknak tu kali terakhir dia jumpa Adrian. Dia dah mula suka Adrian. Dia taknak kehilangan Adrian. Dia cuma tinggal Adrian. Adrian you can do it. Kuatkan semangat!

🔪🔪🔪

"Kak Ash. Tengok Abang Ad. Dia taknak main piano~" Aurora mengadu kat Ashley sambil menyilangkan tangan dan mencebik. "Alololo, princess sorang ni. Takpe biar akak yang mainkan nak?" Soal Ashley walaupun dia tak tahu pun nak main piano tu macam mana.

"Boleh jugak. Tapi, kalau abang Ad dengan Kak Ash main bersama lagi sweet" sampuk Aura. Tanpa disedari kepalanya dijentik Adrian.

"Adoi!! Sakit ah bang" sambil menggosok kepalanya. "Tau pun sakit" marah Adrian.

"Mama~ tengok abang Ad jentik kepala Aura~" lalu memandang mamanya yang baru datang bawa biskut cookie yang baru keluar oven.

"Ad, janganlah naughty sangat" marah mamanya. "Ma.. Ad minta maaf sebab Ad... Tak selamatkan mama masa kejadian tu..." Adrian menunduk.

"It's okay... mama okay je. Lagipun masa tu Ad kecik lagi. Tulah... papa tinggalkan kita. Nasib Ad takkan tinggalkan mama dengan diorang ni" kata mamanya sambil menggosok kepala Adrian.

"Hah, Nash nak pergi mana tu?" Mama mereka menegur adik bongsunya iaitu Nash. "Alaaa kak. Cari peneman ah. Dah 29 kot. Takut tak laku nanti" bebel Nash. "Baguslah.. cari yang baik sikit. Bukan yang macam kau eh" Perli kakaknya.

"Eh akak ni. Mestilah yang baik punya. Cenggini hah" lalu menunjukkan thumbs up. "Yang anak akak tu dah dapat dulu dah peneman sebelum Nash. Tu yang Nash nak cari ni. Okaylah, bye. Chaw lu" lalu keluar rumah.

"Ash... kau mainlah piano ni. Tak reti kau suruhlah diorang ajar. Diorang tu pandai... mengada suruh orang main" Adrian terus naik ke biliknya.

Dia membuka komputer dan memasukkan cip yang dia jumpa kali terakhir dekat Miss Spy.

Ada beberapa video yang dia dengan Miss Spy. Tak sangka Miss Spy ni reti lak nak rekod video. Adrian mula tengok video tu satu persatu.

Tanpa dia sedari air matanya mengalir. Dari kecik sampai besar Miss spy selalu ada kat sisi dia. Walaupun hanya robot. Dialah kenangan paling indah buat Adrian.

🔪🔪🔪

"Miss Spy... janganlah tengok je. Tolonglah Ad tahan paip bocor ni..." Adrian dengan tangan kecik dia masa tu cuba menahan air dari paip yang pecah tu. Habis basah kuyup. Tapi Miss spy lari. Masa tu Adrian hanya mampu menangis. Tiba-tiba air tu berhenti. Rupa- rupanya Miss Spy pergi tutup paip.

.....

"Meow?" Miss Spy melompat kat tepi katil Adrian. Masa tu Adrian demam. Miss Spy duduk je situ sampai Adrian sembuh.

.....

"Meow~" Miss Spy menggeselkan kepalanya di kaki Adrian. Adrian hanya pandang Miss Spy dengan muka yang penat. "Miss Spy nak apa?? Ad penatlah harini.. lepas ni kena pergi lagi sekolah. Penat tau tak?? Dahlah Ad pergi sekolah dulu...." tanpa menghiraukan Miss Spy, Ad keluar dari rumah. Tanpa ucapan selamat tinggal... Itu kali terakhir dia jumpa Miss spy.

.....

"MEOW!!! Grrrr..." marah Miss Spy. "Ah kucing ni sebok jelah! Hancurkan dia. Mampos kau!" Terus orang Robert memecahkan kepala Miss Spy menggunakan kayu besbol. Seterusnya dia menghancurkan seluruh badan Miss Spy. Camera video masa tu dah rosak dan akhirnya hitam.

🔪🔪🔪

Adrian tak mampu untuk menahan tangisannya. Dia meraung sekuat hati dalam bilik tu. Semua orang terdengar dan naik ke biliknya. "Ad! Kenapa ni!!!???" Soal mamanya.

"Mi..miss Spy.. dah.. takde.." jawab Adrian tersedu- sedu. Semua orang peluk Ad. "Ad... semua yang datang tu pasti akan pergi... kalau Ad rindu jaga cip tu elok-elok. Jadikan Miss Spy sebagai pengajaran. Yang baik jadikan tauladan, yang keruh jadikan sempadan. Kitaorang semua ada kat sini untuk Ad. Ad kena ingat tu" pujuk mamanya.

Adrian cuba senyum walaupun masih tersedu. Ye.. Miss spy sentiasa jadi kenangan. Dia memeluk mereka semua.

"Mama..Aura..Aurora..Ash.. I love you guys". Diorang semua pun ketawa sambil menepuk bahu Adrian.

~tamat~

Sorry kalau hambar

© | 𝙋𝙀𝙍𝙄𝙎𝙄𝙆Where stories live. Discover now