Tiba giliran Adrian...
"Ibu bapa saya meninggal semasa saya berumur 8 tahun. Mereka dibunuh dalam satu rompakan di satu mall. Masa tu, adik kembar saya sempat diselamatkan oleh orang awam tetapi itu jugalah kali terakhir saya melihat mereka. Saya nyaris dibunuh. Tetapi saya diselamatkan oleh seorang lelaki. Saya anggap dia pakcik saya. Adik dia jadikan saya anak angkat. Saya terhutang budi sangat dengan dia. Sampai sekarang saya tetap mencari adik kembar saya.. itu sahaja yang saya nak cerita" dia terus ke tempat duduknya.
Ashley memandang Adrian dengan muka simpati. Ye... dah 2 minggu dia sekolah situ. Dia rasa kasihan. Adrian dan dialah yang selalu dibuli. Mungkin bagi Adrian 3S tu Selekeh Sombong Seksa, tapi bagi Ashley 3S tu bermaksud. Setan Syaitan Syaiton.
Dia menepuk belakang Adrian dan terus ke depan. "Nasib saya lain. Ayah saya tinggalkan saya sebiji rumah apartment. Dia suruh saya jaga mak saya. Mak saya sakit. Ayah selalu masukkan duit dalam account bank saya. Tapi saya tak guna pun duit tu. Saya cari duit sendiri. Saya tak guna duit tu sebab saya benci ayah saya. Saya nak dia bersama saya jaga mak saya. Bukan pergi dengan perempuan lain..." Ashley terus lari ke tempatnya.
Tau tak apa budak 3S tu buat.. dia gelakkan je. Nampak tak kesetanannya di situ.
🔪🔪🔪
Petang tu...
Adrian memerhati sorang lelaki boyot dari jauh. Dia memakai penutup mulutnya dan mengikuti perlahan-lahan dari belakang. Setelah lelaki itu sudah masuk dalam rumahnya.
Tok! Tok! Tok!
"Penghantaran pizza~" lelaki boyot itu terus membuka pintu dan Adrian terus masuk dan tutup pintu. Dia terus mengunci lengan lelaki itu dan mengikatnya di kerusi. "Siapa yang tau rahsia tempat tu" soal Adrian tegas. "Saya tak tau" balas lelaki itu ketakutan.
Bang! Satu das tembakan di kaki kanannya.
"Betul ah aku tak tau!!" Bang! Satu das tembakan di kaki kiri pula.
"Aku takde masa. Bagitau dan aku akan lepaskan kau" Lelaki tu pandang Adrian dengan muka tak semegahnya. "Kalau aku bagitau... kau akan biarkan aku selamat" soal lelaki itu. Adrian hanya buat tak tau. Tiada ya ataupun tidak.
Lelaki tu bangun dengan kerusi tu sekali. Dia mula berjalan ke satu tempat dengan perlahan. Keadaan yang mencurigakan. Adrian menjauhi. Dia melangkah setapak demi setapak ke belakang.
"Orang tu.. argh.. dia tauke kedai daging satu batu dari sini!!!" Lelaki itu memegang pisau dan terus menghala ke arah Adrian.
Cis, dah agak dah!
BANG! BANG! BANG!
Satu das di kepala, perut dan bahu. Maka... tamatlah riwayat sang lelaki yang boyot itu.
YOU ARE READING
© | 𝙋𝙀𝙍𝙄𝙎𝙄𝙆
ActionAku selalu dibuli... " Weh, bagi duit belanja kau". Tapi, walau macam mana pun.. aku tak boleh tunjuk siapa diri aku. "Hai, nama saya Ashley". Kini, tambah lagi seorang mangsa. Kenapa, orang suka buli orang lemah. " wah, banyaknya duit. Bagi ah...