KELAHIRAN DAN MASA KECIL SAYYIDATINA FATHIMAH AZ ZAHRA(1)

3.2K 205 0
                                    

🌹 MANAQIB SAYYIDATINA FATHIMAH AZ-ZAHRA AL-BATUUL 🌹

🌸 Kelahiran dan Masa Kecil Sayyidatina Fathimah (1) 🌸

Sayyidatuna Fathimah dilahirkan di rumah yang agung di Makkah rumah Al-Amiin, Ash-Shaadiq. Ibunya, Khadijah binti Khuwailid, wanita yang agung darjatnya dan mulia budi pekertinya. Dia adalah pemimpin wanita Makkah dalam segi kemuliaan, kewibawaan, serta kehormatan, sedangkan ayahnya siapakah dia? Dia adalah seorang yang dikenal di kalangan kaum Quraisy Ash-Shaadiq, Al-Amiin, dan pemuda paling pintar yang paling utama dari segala segi. Siapa yang melihat wajahnya akan terpaku atas kehaibaannya, siapa yang bergaul dengannya pasti mencintainya. Cahaya kebenaran dan rahmat selalu terpancar dari raut wajahnya.

Saudari Sayyidatuna Fathimah 3 orang, Sayyidatuna Zainab, Sayyidatuna Ruqayyah, Sayyidatuna Ummu Kultsum. Sayyidatuna Fathimah anak terakhir dari Sayyidatuna Khadijah.

Sayyidatuna Fathimah dilahirkan 5 tahun sebelum diutusnya Rasulullah ﷺ. Dilahirkan di sebuah peristiwa yang agung peristiwa yang bersejarah yang tercatat dalam hati setiap muslim.

Allah سبحانه وتعالى ingin agar manusia tidak melupakan kelahiran bayi yang mulia ini sehingga dilahirkan di hari yang mulia. Kerana Sayyidatuna Fathimah dilahirkan di hari di perbaruinya Ka'bah Baitullah. Kerana itu di sini ada rahsia yang agung, Allah menjadikan kelahiran Sayyidatuna Fathimah di hari diperbaruinya "Al-Bait / Ka'bah" kerana Fathimah adalah Ummu Ahlil Bait.

Baitullah dibangun bersamaan dengan kelahiran Ummu Ahlil Bait iaitu Fathimah binti Muhammad. Kerana akan keluar darinya keturunan dan keluarga Rasulullah ﷺ di hari ini. Akan tampak jelas Baitullah dan begitu juga telah tampak atau lahir wanita yang akan membawa Ahlul Baitnya Rasulullah ﷺ.

Wajah Rasulullah sangat gembira dan berseri-seri bagai rembulan mendengar kelahiran Fathimah walaupun beliau adalah anak perempuan ke-empat. Di mana orang-orang dulu membenci anak perempuan bahkan sebahagian dari mereka apabila lahir anak perempuan wajah mereka merah kerana marah, benci, dan malu. Bahkan mereka menyendiri malu menemui orang. Sebahagian besar mereka mengubur hidup-hidup anak perempuannya. Nabi ﷺ hidup di gelapnya zaman jahiliyah mendapat anugerah anak perempuan.

Di gelapnya zaman jahiliyah yang menjadikan wanita bagaikan binatang dan budak hawa nafsu, Rasulullah dikurniai seorang anak perempuan yang mana akan menjadi Qiblat dan Mahkota bagi para wanita.

"Siapa saja wanita yang tidak berqiblatkan Fathimah dan bermahkotakan Fathimah, maka apa yang terjadi di zaman jahiliyah akan terulang. Wanita akan hina dan jadikan budak hawa nafsu."

Bergembiralah Nabi ﷺ dengan lahirnya sang buah hati, dan berkata kepada Sayyidatuna Khadijah, "Sesungguhnya dia adalah anak yang cantik laksana angin sepoi-sepoi yang indah dan penuh barokah. Kemudian Nabi ﷺ menggendongnya dan menciumnya maka semakin tampaklah kegembiraan Sayyidatuna Khadijah kerana Fathimah adalah manusia paling mirip dengan ayahnya. Kemiripan tersebut sebagai penyebab Sayyidatuna Fathimah mendapatkan cinta yang berlebihan dan perhatian khusus.

Rumah tempat dilahirkannya Sayyidatuna Fathimah adalah rumah yang diliputi kemuliaan dan kehormatan yang berasaskan budi pekerti dan ahklaq yang luhur. Di tempat yang luhur dan yang penuh cahaya tumbuhlah sang bunga mawar yang elok nan menawan, yang menjadi harapan setiap wanita.

Rumah tempat dilahirkan Fathimah, adalah rumah tempat turunnya wahyu. Ketika turun wahyu pertama kali Nabi datang dalam keadaan takut. Berkatalah Sayyidatuna Khadijah, "Wahai Rasulullah jangan takut sesungguhnya Allah takkan menyia-nyiakanmu kerana engkau orang yang suka bersedekah, menyambung tali silaturrahmi, dan selalu membantu orang yang susah. Demi Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakanmu."

Inilah Nabi ﷺ yang mana mulai sebelum diangkat menjadi Nabi memiliki sifat-sifat yang mulia dan Sayyidatuna Khadijah yang mana tidak dikenal di Makkah kecuali sebagai wanita yang mulia dan terhormat baik dari segi akhlaq atau budi pekerti.

Di rumah tersebutlah anak-anak perempuan Nabi Muhammad ﷺ terdidik atas bimbingan orang tua yang penuh akhlaq yang mulia dan kasih sayang.

Sebahagian ulama' berkata, "Dilahirkannya Sayyidatuna Fathimah di masa sebelum diutusnya Nabi ﷺ adalah sebuah hikmah agar Fathimah membantu perjuangan ayahandanya tumbuh besar bersamaan dengan tumbuh besarnya agama. Sayyidatuna Fathimah menjadi pendamping setia ayahnya, suka dan duka sampai Nabi ﷺ meninggal."

Manaqib Sayyidatina Fatimah Az ZahraWhere stories live. Discover now