Hari Hari Sayyidatina Fatimah(3)

570 55 0
                                    

🌹 MANAQIB SAYYIDATUNA FATHIMAH AZ-ZAHRA AL-BATUUL 🌹

🌸 Hari-hari Sayyidatuna Fathimah (3) 🌸

Suatu hari Rasulullah ﷺ ketika duduk dengan para sahabat memberikan suatu pertanyaan yang membuat semua para sahabat terdiam tidak boleh menjawabnya.

Pertanyaannya iaitu, "Apa yang paling terbaik bagi seorang wanita?" Kemudian Sayyidina Ali pulang ke rumah dengan penuh rasa tanya. Sayyidina Ali menceritakan kepada Sayyidatina Fathimah, "Wahai Fathimah, sesungguhnya ayahmu hari ini memberi kepada kami pertanyaan yang mana membuat kita semua terdiam!" Sayyidatina Fathimah berkata, "Soal apa yang ayahku berikan?" "Apakah yang terbaik bagi seorang wanita?" Kata Sayyidina Ali. Sayyidatina Fathimah menjawab, "Yang paling baik untuk wanita adalah yang tidak pernah memandang lelaki dan tidak pernah dipandang lelaki."

Dengan segera Sayyidina Ali menuju rumah Rasulullah ﷺ untuk memberikan jawapan yang keluar dari Sayyidatina Fathimah. Mendengar jawapan tersebut membuat Sang Nabi ﷺ gembira atas kecerdasan dan kepintaran sang puteri seraya Nabi ﷺ mendoakannya, "Keturunan yang dipenuhi barokah." Kemudian Nabi ﷺ berkata, "Fathimah adalah bahagian dariku."

Suatu hari Rasulullah ﷺ seperti biasanya mendatangi rumah Sayyidatina Fathimah, ketika sampai di pintu rumah dan memegang dua tiang pintu ternyata Nabi ﷺ melihat tirai yang menutupi pintu rumah sebagai hiasan pintu. Maka Nabi ﷺ tak jadi masuk dan segera kembali. Melihat hal tersebut Sayyidina Ali menyusul Rasulullah ﷺ dan berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya puterimu, Fathimah merasa berat hati melihatmu datang ke rumah tidak berkenan masuk dan segera kembali."

Rasulullah ﷺ menjawab, "Bagaimana tidak, sedang kalian memiliki dunia. Dalam pandangan Rasulullah ﷺ tirai yang amat tipis tersebut adalah termasuk kemegahan dunia dan Rasulullah ﷺ tidak redha sedikitpun jika puterinya, Sayyidatina Fathimah mengambil bahagian dari kemegahan dunia tapi sang ayah mengharap puterinya meraih darjat yang tinggi dalam maqam zuhud dan wara' serta sederhana di dunia ini. Kemudian Sayyidatina Fathimah berkata, "Wahai suamiku, katakan kepada ayahku, apa yang harus aku lakukan?"

Kemudian Sayyidina Ali mendatangi Rasulullah ﷺ dan berkata, "Wahai Rasulullah, puterimu, Fathimah bertanya apa yang harus ia lakukan dengan tirai tersebut?"
Rasulullah ﷺ menjawab, "Suruh Fathimah memberikannya kepada satu keluarga dari Qobilah Fulan!"

Maka dengan segera, Sayyidatina Fathimah melepas tirai yang melekat di pintu rumahnya, lalu mensedekahkannya sebagaimana isyarat dari Nabi ﷺ.

Rasulullah ﷺ sangat amat menekankan kepada Sayyidatina Fathimah dalam hal berpakaian. Baginda ﷺ memerintahkan agar Sayyidatina Fathimah memanjangkan bahagian belakang abayanya hingga setengah meter iaitu bahagian bawah gamisnya setengah meter sehingga tertutup dengan sempurna.

Suatu hari Rasulullah ﷺ berkata kepada puterinya, Sayyidatina Fathimah, "Wahai puteriku, apa yang menghalangimu untuk mendengarkan wasiatku yang berbentuk doa kepadamu?"

Yang mana Rasulullah ﷺ telah mewasiatkan kepada Sayyidatina Fathimah sebuah doa dan baginda juga memperhatikan Sayyidatina Fathimah. Ketika Rasulullah ﷺ melihat Sayyidatina Fathimah tidak mengulang-ulang doa tersebut, Nabi ﷺ bersabda, "Wahai puteriku Fathimah, apa yang mencegahmu untuk selalu menghiasi lisanmu agar selalu basah dalam berzikir?"

Rasulullah ﷺ ingin sang putri tidak merasa lelah dan bosan dalam berzikir.

Nabi ﷺ bersabda, "Apa yang mencegahmu untuk mendengarkan wasiatku dari doa, katakanlah: Yaa Hayyu Yaa Qoyyum Bi Rahmatika Astaghits Ashlihil Sya'ni Kullih Wa Laa Takilnii llaa Nafsii Thorfata Aynin."

Inilah doa yang pernah di ajarkan oleh Rasulullah ﷺ kepada puterinya, Sayyidatina Fathimah. Maka sepatutnya bagi setiap muslimin dan muslimat agar selalu menjaganya, mengulang-ulanginya serta jangan sampai melupakannya atau bahkan meninggalkannya. Kerana ini adalah wasiat Al-Musthofa ﷺ pada Al-Batuul, puterinya tercinta. Sebuah wasiat yang peribadi yang dikhususkan kepada keluarganya. Maka sepatutnya kita tidak meninggalkannya dalam keseharian kita, baik di waktu pagi ataupun petang hari.

Jangan kalian lupa selamanya terutama untuk membacanya setelah solat Subuh.

Suatu hari Rasulullah ﷺ melewati di depan rumah Sayyidatina Fathimah, sedang Sayyidatina Fathimah saat itu dalam keadaan yang sangat amat letih kerana pada malamnya Sayyidatina Fathimah merawat anak-anaknya, yang ini menangis, yang ini membangunkannya, juga letih kerana mengemaskan rumah. Setelah semalaman begadang dan terasa sangat letih, maka Sayyidatina Fathimah setelah solat Subuh langsung berbaring oleh kerana sangat penat.

Ketika masuk, Rasulullah ﷺ menemukan sang puteri dalam keadaan tidur sebelum masuk Isyraq, yang mana termasuk sunnah Rasulullah ﷺ adalah duduk setelah solat Subuh sampai Isyraq untuk beribadah, maka Nabi ﷺ berkata, "Wahai puteriku, Fathimah bangunlah!" Nabi ﷺ pun menggerakkan Sayyidatina Fathimah dengan kakinya.

Mungkin terlintas di benak kita bagaimana sanggup Rasulullah ﷺ. Bukankah baginda penuh rahmat? Tapi orang zaman sekarang atau mungkin salah satu dari kita ketika melihat anak kita tidak solat Subuh yang mana itu solat Fardhu, kita berkata, "Biarkan.. Biarkan.. Jangan di bangunkan, kasihan dia penat!"

Akan tetapi Rasulullah ﷺ tidak ingin jika puterinya, Fathimah menyia-nyiakan sunnahnya, maka Nabi pun membangunkan Sayyidatina Fathimah dengan kakinya. Rasulullah ﷺ tahu bahwa puterinya dalam keadaan penat akan tetapi baginda ingin Fathimah mendapat bahagian dari akhirat dengan sempurna dan darjat yang tinggi.

Rasulullah ﷺ berkata, "Wahai Fathimah, bangunlah. Saksikanlah rezeki Tuhanmu dibahagikan kepada semua makhluq-Nya dari setelah Subuh sampai munculnya matahari."

Maka Nabi pun membangunkannya.

Suatu hari masuk Rasulullah ﷺ ke rumah Sayyidatina Fathimah, sebahagian riwayat Sayyidatina Fathimah yang datang ke rumah Rasulullah ﷺ, sedangkan di leher Sayyidatina Fathimah terdapat kalung emas. Melihat hal tersebut wajah Rasulullah ﷺ berubah dan berkata, "Wahai puteriku, Fathimah, jangan sampai kau tertipu jika seorang menyatakan Fathimah adalah puterinya Muhammad, sedangkan engkau memakai pakaian penguasa yang durhaka."

Tidaklah selesai Rasulullah ﷺ berkata, kecuali Sayyidatina Fathimah telah mencabut kalungnya kemudian Sayyidatina Fathimah segera keluar menjualnya dan membeli budak dari hasil wang penjualannya. Kemudian Nabi ﷺ berkata, "Apa yang kau perbuat dengan kalungmu, Wahai Fathimah?"
Sayyidatina Fathimah menjawab, "Aku telah menjualnya, wahai Rasulullah dan aku belanjakan untuk membeli seorang budak, kemudian aku bebaskan dia."

Mendengar hal itu, wajah Rasulullah ﷺ berseri-seri dan nampak pada wajah Nabi ﷺ wajah yang sangat gembira. Yang mana wajah sang Nabi jika sedang bergembira, seolah-olah sang rembulan dan matahari menari-nari di keningnya.

Jika bergembira nampak cahaya yang memancar dari wajahnya, ﷺ. Jika Rasulullah ﷺ dalam keadaan senang dengan seseorang, wajah baginda sangat cerah, bagaimana halnya kecerahan wajahnya jika sedang gembira sebab puterinya Fathimah, yang mana tidak ada dalam hati Rasulullah ﷺ yang lebih cintai dari Fathimah.

Rasulullah ﷺ pernah berkata, "Wahai puteriku, Fathimah, sabarlah atas pahitnya dunia untuk mendapatkan kenikmatan akhirat nanti."

Di suatu hari Rasulullah ﷺ melihat Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husain memakai perak, maka wajah Nabi ﷺ berubah. Melihat hal tersebut tanpa bicara Sayyidatina Fathimah memahami kehendak ayahnya yang mana Sayyidatina Fathimah sangat faham dengan gerak-gerik sang ayah. Dengan segera Sayyidatina Fathimah menarik Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husain mengambil perak yang mereka pakai dan segera mensedekahkannya. Kemudian kembali terpancar cahaya yang indah dari wajah sang Nabi kerana gembira dan mengetahui bahwa puterinya telah menyatu dengannya dan memahami kehendaknya tanpa harus memberi kata-kata atau mengajarkan dengan berulang kali. Beginilah cara Rasulullah ﷺ mendidik puterinya.

Suatu hari keluar Rasulullah ﷺ menghadiri jenazah seorang muslim, ketika kembali dari takziah, berkata seorang sahabat yang meriwayatkan hadith ini, sebagaimana disebutkan dalam Musnad Ahmad, ketika kembali, ternyata terdapat seorang perempuan sedang berdiri di pintu yang mana kita semua tidak mengetahui siapa wanita tersebut. Oleh kerana itu, para ulama' berkata, bahwa Sayyidatina Fathimah berpakaian dengan menggunakan hijab yang sempurna sehingga tidak dapat terlihat wajahnya. Para sahabat berkata, kita tidak mengetahui siapa wanita itu tapi ketika hampir dekat Rasulullah ﷺ berkata, "Datang dari mana engkau, wahai Fathimah?"

Ternyata wanita itu adalah Sayyidatina Fathimah, puteri Nabi Rasulullah ﷺ. Rasulullah ﷺ benar-benar mengenalnya. Lalu Sayyidatina Fathimah menjawab, "Wahai Rasulullah ﷺ, aku baru datang dari keluarga si mayyit untuk mengucapkan takziah serta mendoakan si mayyit."

Rasulullah ﷺ pun sangat senang melihat puterinya menunaikan pada hak orang muslim, berlapang dada serta memperhatikan hajat-hajat mereka.

Manaqib Sayyidatina Fatimah Az ZahraWhere stories live. Discover now