Hari Hari Sayyidatina Fatimah(1)

545 57 0
                                    

🌹 MANAQIB SAYYIDATUNA FATHIMAH AZ-ZAHRA AL-BATUUL 🌹

🌸 Hari-hari Sayyidatuna Fathimah (1) 🌸

Suatu hari seperti biasanya, Rasulullah ﷺ selalu keluar masuk ke rumah Fathimah tapi kali ini, Rasulullah ﷺ merasakan keganjilan di rumah Fathimah. Rasulullah ﷺ tahu bahawa telah terjadi selisih faham antara Fathimah dengan suaminya. Rasulullah ﷺ sangat senang mendamaikan mereka berdua. Maka Nabi pun memanggil mereka berdua, seraya menarik tangan Sayyidina Ali dan meletakkannya di perut Rasulullah ﷺ dan mengambil tangan Sayyidatina Fathimah untuk diletakkan di perut baginda Rasulullah ﷺ. Rasulullah ﷺ tetap menahan tangan mereka berdua sampai hilang pertikaian mereka dan kembali damai.

Perselisihan faham seperti ini adalah hal yang wajar terjadi pada manusia, akan tetapi selagi rasa cinta dan menghormati masih ada, maka perselisihan tersebut pasti akan cepat reda, terlebih lagi jika timbul perselisihan yang terjadi di lingkupan rumah tangga yang penuh diselimuti rasa Taqwa dan ketaatan.

Suatu hari, Nabi ﷺ mendengar bahawa telah terjadi selisih faham antara suami isteri yang mulia ini. Maka, Nabi ﷺ dengan segera bergegas dengan cepatnya menuju rumah Sayyidatuna Fathimah dengan wajah kerisauan dan keresahan. Para sahabat hairan melihat atas apa yang terjadi sehingga membuat bekas di wajah Rasulullah ﷺ. Rasulullah ﷺ pun masuk ke rumah mereka berdua, berdiam lama di rumah Fathimah. Para sahabat pun menunggu Nabi ﷺ dengan perasaan risau.

Tak lama kemudian, Rasulullah ﷺ keluar dari rumah Fathimah dengan wajah yang berseri-seri dan nampak garis kebahagiaan di wajah Sang Nabi ﷺ. Melihat hal tersebut, sebahagian sahabat bertanya atas keadaan yang menghairankan tersebut, masuk dengan perasaan gundah dan risau, kemudian keluar dengan wajah yang sangat berseri-seri.

Nabi ﷺ menjawab, "Bagaimana aku tidak gembira, kerana aku telah mendamaikan antara dua orang yang paling aku cintai."

Sekali waktu Rasulullah ﷺ mendatangi rumah Fathimah dan melihat ada perubahan di wajah sang puteri tercinta. Maka Nabi ﷺ bertanya, "Wahai Fathimah, mana suamimu?"

Fathimah menjawab, "Aku tak tahu."
Nabi ﷺ berkata, "Apakah telah terjadi sesuatu di antara kalian berdua?"
Fathimah menjawab, "Wahai ayah, Ali telah berlaku begini dan begini!"
Sayyidatuna Fathimah terus mengadu.

Maka Nabi ﷺ mencari Sayyidina Ali dan akhirnya menemukan di masjid dalam keadaan tidur. Nampaknya, Sayyidina Ali keluar dari rumah untuk menjauhi pertikaian dengan Sayyidatina Fathimah, meredakan masalah kemudian kembali. Rasulullah ﷺ menemukan Sayyidina Ali sedang tidur dan tubuhnya dipenuhi debu kerana hembusan angin, maka Rasulullah ﷺ menggerak-gerakkan Sayyidina Ali dengan kakinya dan berkata, "Bangun! Bangun, wahai Aba Turob. Bangun, wahai Aba Turob (bapa debu)!"

Maka Sayyidina Ali bangun dan Nabi ﷺ memegang tangan Sayyidina Ali, membawanya kembali ke rumah Sayyidatina Fathimah lalu mendamaikan mereka berdua. Sayyidina Ali berkata, "Demi Allah, setelah hari ini aku tidak akan membuatmu marah selamanya, wahai Fathimah."

Beginilah kehidupan rumahtangga mereka berdua, Sayyidina Ali berlemah-lembut dengan Sayyidatina Fathimah dan begitu halnya dengan Sayyidatina Fathimah kepada sang suami. Sampaikan suatu hari ketika melihat Sayyidatina Fathimah memakai siwak sebelum solat, Sayyidina Ali bergurau dengan senyuman dan melantunkan syair,

"Beruntung sekali engkau wahai kayu siwak, telah menyentuh gusinya.
Apakah kau tidak takut wahai siwak, kerana aku telah melihatmu.
Kalau sampai engkau mungkin untuk dibunuh, pasti ku bunuh engkau.
Ketahuilah wahai siwak, tidak ada yang selamat dari aku selain engkau."

Beginilah keseharian rumahtangga Sayyidina Ali dalam berbagi kasih dengan isteri tercinta.

Manaqib Sayyidatina Fatimah Az ZahraWhere stories live. Discover now