🌹 MANAQIB SAYYIDATINA FATHIMAH AZ-ZAHRA AL-BATUUL 🌹
🌸 Kelahiran dan Masa Kecil Sayyidatina Fathimah (2) 🌸
Sayyidatuna Fathimah adalah jantung hati yang sangat dicintai oleh Rasulullah ﷺ dan Sayyidatuna Khadijah. Sayyidatuna Khadijah setiap melahirkan menghantar anak-anaknya agar disusui, sebagaimana adat orang-orang Quraisy. Kecuali Fathimah, Sayyidatuna Khadijah sendiri yang menyusuinya kerana cintanya yang mendalam, kerana kemiripannya dengan Rasulullah ﷺ juga kerana Fatimah adalah anak terakhir sehingga ia mendapat perhatian khusus.
Sayyidatuna Fathimah disebut dengan Az-Zahra' kerana warna kulitnya putih indah bercampur dengan kemerah-merahan. Sebahagian mengatakan Sayyidatuna Fathimah disebut Az-Zahra' kerana ia menerangi penduduk langit sebagaimana tampak penduduk bumi gemerlapnya bintang yang ada di langit.
Fathimah juga disebut Al-Batuul atau suci, kerana ia tidak putus dan bersemangat dalam beribadah. Sebahagian mengatakan ia disebut Al-Batuul kerana tidak ada wanita di zamannya yang menandingi kemuliaan, keagungan dan darjat Sayyidatuna Fathimah.
Nama-nama Sayyidatuna Fathimah masih banyak lagi, iaitu Siddiqoh, Mubarokah, At-Tohiroh Az-Zakiyyah, Ar-Rodiyah, Al-Mardiyyah.
Juga dipanggil "Ummu Abiha", mengapa? Sayyidatuna Fathimah mendapat gelaran dari ayahnya ﷺ Ummu Abiha, sebagai ibu bagi ayahnya. Mengapa? Kerana sepeninggal ibunya iaitu Sayyidatuna Khadijah, Fathimah selalu membantu Rasulullah ﷺ dalam segala hal, selalu siap siang dan malam demi kepentingan ayahnya ﷺ hingga akhir hayat Nabi ﷺ selalu dalam khidmat ayahnya, oleh kerana itu Sayyidatuna Fathimah digelar Ummu Abiha cukup bagi Fathimah gelaran tersebut satu kemuliaan dan kedudukan yang tinggi.
Sayyidatuna Fathimah adalah paling miripnya manusia dengan Rasulullah ﷺ. Diriwayatkan oleh Sayyidatuna Aisyah, "Tidak pernah aku melihat manusia yang mirip dengan Rasulullah dalam segi diam, bicara, juga dalam berjalan atau cara duduknya seperti Fathimah binti Muhammad. Rasulullah ﷺ setiap didatangi Fatimah, berdiri dari tempat duduknya dan mencium kening Fathimah dan mendudukkan Fathimah di tempat duduknya. Begitu juga Fathimah jika didatangi Rasulullah ﷺ."
Anas bin Malik berkata, "Tidak ada yang mirip dengan Rasulullah ﷺ seperti Hasan bin Ali dan Fathimah binti Muhammad."
Sayyidatuna Aisyah, "Saya tidak pernah melihat seseorang yang paling menyerupai Nabi ﷺ dalam kata-katanya atau cara bicaranya seperti Fathimah."
Sayyidatuna Fathimah adalah wanita paling cantik kerana sama dengan makhluk paling kacak. Dan Fathimah mempunyai tempat khusus di hati Rasulullah ﷺ sungguh banyak sekali Rasulullah ﷺ memberikan bisyaroh pada Fatimah.
Sayyiduna Ali bertanya, "Wahai Rasulullah ﷺ, siapa yang paling engkau cintai, aku atau Fathimah?"
Rasulullah ﷺ menjawab, "Fathimah adalah orang yang paling aku cintai sedang engkau lebih mulia darinya."
Rasulullah ﷺ juga bersabda, "Fathimah adalah orang yang paling aku cintai di antara keluarga-keluarga saya."
Sayyidatuna Aisyah pernah ditanya, "Siapakah orang yang paling dicintai oleh Nabi ﷺ?"
Aisyah menjawab, "Fathimah, dan dari golongan lelaki iaitu suaminya (Ali bin Abi Talib)."
Rasulullah ﷺ bersabda, "Fathimah adalah bahagian dariku, siapa yang menyakitinya, maka telah menyakitiku. Siapa yang membuat Fathimah gembira, maka telah membuatku gembira. Semua nasab terputus di hari kiamat kecuali nasabku."
Berapa banyak riwayat yang menyebutkan kemuliaan, kecintaan, juga kekhususan Sayyidatuna Fathimah dalam hati Rasulullah ﷺ. Yang mana akan kita lihat dalam riwayat hidupnya (manaqib ini).
YOU ARE READING
Manaqib Sayyidatina Fatimah Az Zahra
Ficção HistóricaMari kita mengenali Sayyidatina Fatimah Puteri Bongsu Rasulullah SAW.Jadilah pencinta Sayyidatina Fatimah Az Zahra. #pencintasayyidatinafatimah #kalamulama #Islamikstory